27 December 2008

Bila pemimpin Islam lupa diri dan memperlekehkan Hudud

Saya agak kecewa apabila membaca tajuk artikel dibawah yang tersiar di Agenda Daily memetik kata kata atau kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkecilkan hasrat dan matlamat Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan Syariah Islam dibumi Malaysia ini.

'Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS' – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu'


SOALAN
Saya ingin bertanya bakal Perdana Menteri Malaysia ini akan apa sebenarnya agama yang dianuti nya?

Siapa Tuhan nya?

Siapa Nabi yang diutuskan kepada nya?

Apakah berlainan Tuhan yang disembah oleh Mohamad Najib bin Abdul Razak ini?

Jika memang berlainan, saya tidak hairan akan cara manusia yang bakal dilantik oleh Yang di Pertuan Agong Malaysia menjadi Perdana Menteri negara yang kononnya 'Negara Islam' ini berkata dan memperlekehkan hasrat murni umat Islam yang berjuang melalui Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan panji panji Allah dimuka bumi Malaysia ini!

Jika yang disembah Mohamad Najib Abdul Razak ini sama dengan kita umat Islam seMalaysia, saya ingin mengetahui apakah perkara yang membuatkan manusia ini sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam di tanahair ini sehingga mudah mempertikaikan dan memperkecilkan niat pimpinan Parti Islam seMalaysia didalam memperdaulatkan Ad Deenul Islam?

Apa benda yang susah sangat hendak difahami makhluk bernama Mohamad Najib ini tentang perlunya kita selaku umat Islam menegakkan Syiar Islam dengan sebaik mungkin didalam kehidupan kita yang bersifat sementara ini dengan peruntukan kuasa yang Allah Azza Wa Jalla kurniakan pada dirinya?

Apakah Najib merasakan dirinya akan hidup kekal selama lamanya dan boleh melupakan bahawa segala yang berkuasa sekarang ujud hanya dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Manusia yang sombong dan bongkak dimuka bumi ini akan ditimpa bala bencana baik semasa hayatnya mahupun setelah ruhnya berpisah keluar dari jasadnya sebaik tiba ajalnya!

Tidak terawal barang sesaat atau terlewat barang sedetik!

Sadar lah diri kamu wahai saudara Najib dan sebaik mungkin carilah jalan penyatuan ummah dari berkokok bongkak tanpa perlu terhadap hasrat sesama Ummah mendaulatkan Hukum Allah!

Kekadang musuh Islam itu bukan datang dari luar tetapi dari kalangan mereka yang mengaku sesama Muslim kita sendiri!

Kepada pucuk pimpinan PAS, saya menyeru agar tidak terus bersekongkol dengan musuh Islam dan terus berjuang secara istiqamah tanpa perlu menggadaikan prinsip perjuangan parti selama ini.

Jika tidak integriti parti PAS akan hancur berkecai reput seperti kayu dimakan anai anai!

Berwaspadalah terhadap serigala berkulit bebiri didalam permuafakatan bersama seteru seteru Ad Deenullah.

by MAHAGURU58

03 December 2008

Kereta bawa penumpang ke 4 dibelakang boleh disaman

"KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Dipetik dari Harian Metro.

Dimanakah rasionalnya peraturan seperti di atas ?

Bayangkan jika sebuah keluarga yang mempunyai 6 orang dan hanya mampu memiliki sebuah kereta penumpang biasa bukan MPV atau Van atau pun Bas. Jika kereta hanya dibenarkan membawa 5 orang sahaja,bagaimana nasib anak ke 6. Hendak ditinggalkan di rumah, siapa yang nak jaga ? Andai ditinggalkan di rumah, berlaku kejadian culik umpamanya, sudah tentu bapa pula akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana cuai terhadap keselamatan anak.

Adakah undang-undang tersebut praktikal dan relevan untuk dilaksanakan ? Sama-samalah kita fikirkan. Diharap wakil rakyat kita dapat membincangkan di Parlimen berkenaan undang-undang yang hanya membenarkan hanya 5 penumpang sahaja bagi sebuah kereta."

21 November 2008

DISKAUN TOL: AWAT BAHALOL SANGAT DEPA NI!!

Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan. Begitulah kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di Kuala Lumpur, pada Selasa, 18 November 2008.

Selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.

Kata Mohd. Zin, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Keputusan di atas adalah bahalol punya keputusan. Bayangkan, rakyat jelata sibuk lalu-lalang gunakan lebuhraya waktu siang, daripada jam 6.00 pagi sampai 6.00 petang. Sebelah pagi, mereka keluar cari makan. Sebelah petang mereka pulang ke pangkuan keluarga.

Kalau gitu, apa punya bahalol bagi diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus daripada 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi? Bukankah dalam tempoh waktu ini ramai pengguna lebuhraya dah balik ke rumah masing-masing?

Kalau gitu, diskaun di atas hanya untuk orang yang keluar malam dan balik lewat pagi sajalah. Macam orang yang balik dari menyundal, dari karaoke, dari bar, dari rumah mistress, dari berjudi dan lain-lainnya. Hanya golongan ini sajalah yang dapat manfaat diskaun yang diumumkan di atas.

Sapa punya otak yang cadangkan diskaun macam ni? Adakah ini ikut otak bahalol-bahalol di PLUS atau otak sapa? Masa nak naikkan tol dulu tak pulak ditentukan masa tapi bila nak turunkan tol kenapa mesti tertakluk pada masa.Kalau macam inilah bentuk keputusannya, apa halnya kerajaan setuju? Kerana kerajaan fikir kononnya untuk kurangkan beban rakyat jelata, pi jalanlah…

Jangan bodohkan rakyat. Jangan tipu rakyat. Kalau nak beri diskaun berilah kepada majoriti pengguna lebuhraya pada peak-hours, waktu orang sibuk pergi kerja dan balik kerja. Beri diskaun tol kepada pengguna lebuhraya di malam buta apa gunanya?Ini menggambarkan seolah-olah pemberian diskaun dari kerajaan BN tidak ikhlas kerana bukan semua rakyat dapat menikmati pemotongan tersebut.Kerajaan sepatutnya boleh menurunkan tol lebih daripada itu tanpa memberi had waktu tertentu.

12 November 2008

Pilihanraya Kecil di DUN Kuala Nerang?

Khabar angin yang mula bertiup menunjukkan kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Kuala Nerang, di bawah Parlimen Padang Terap, Kedah setelah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dilaporkan muflis.

Menurut berita yang dipercayai, Speaker DUN Kedah, Dr. Isa Ismail sudah menghantar surat kepada SPR berkenaan kekosongan kerusi DUN tersebut.

Berikutan itu, semua jentera parti terutama PAS dan UMNO mula digerakkan untuk mengadakan persiapan menjelang pengumuman pilihanraya kecil tersebut.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang memenangi Pilihanraya ke 12 yang lalu menewaskan Ust.Zawawi Ahmad yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Terap dengan majoriti hanya 805 undi.

N7 KUALA NERANG

Jumlah Pengundi: 18,394
Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93%

1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856)
2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051)

Majoriti: 805
Jumlah undi: 15,216
Peratus mengundi: 82.72%
Undi rosak: 309

10 November 2008

Hukuman Tembak Telah Dijalankan Tengah Malam Semalam


Indonesian hardliner Muslims clash with policemen as the dead bodies of Bali bombers Amrozi and Muklas alias Ali Gufron arrive at Tenggulun village near Lamongan, East Java province November 9, 2008. Thousands of people including some hardliners gathered for the funerals of three Indonesians executed on Sunday for the 2002 Bali bombings, sparking clashes between police and emotional supporters. REUTERS/Beawiharta (INDONESIA)


Indonesian Muslims carry a coffin of Bali bomber Imam Samudra in Serang, Banten province, Indonesia, Sunday Nov. 9, 2008. Indonesia executed Samudra, 38, and brothers Amrozi Nurhasyim, 47, and Ali Ghufron, 48, Saturday for helping plan and carry out the 2002 Bali bombings that killed 202 people, many of them foreign tourists. (AP Photo/Achmad Ibrahim)


Indonesian Muslims prepare to pray in front of the coffin of Bali bomber Imam Samudra inside a mosque in Serang, Banten province, Indonesia, Sunday Nov. 9, 2008. Indonesia executed Samudra, 38, and brothers Amrozi Nurhasyim, 47, and Ali Ghufron, 48, Saturday for helping plan and carry out the 2002 Bali bombings that killed 202 people, many of them foreign tourists. (AP Photo/Achmad Ibrahim)


Indonesian Muslims carry the coffin of Bali bomber Imam Samudra in Serang, Banten province, Indonesia, Sunday Nov. 9, 2008. Indonesia executed Samudra, 38, and brothers Amrozi Nurhasyim, 47, and Ali Ghufron, 48, Saturday for helping plan and carry out the 2002 Bali bombings that killed 202 people, many of them foreign tourists. (AP Photo/Achmad Ibrahim)


Supporters carry a coffin containing either Mukhlas or Amrozi (unclear) as they arrive at Al Islam boarding school in Tenggulun on November 9, 2008. Grief and religious fervour boiled over into calls for revenge here as two brothers executed for their role in the 2002 Bali attacks were buried amid tight security. A crowd of about 500 supporters briefly clashed with police near the family home of 47-year-old Amrozi.


Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara dikawal ketat di pulau Nusakambangan island.

“Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak,” kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

“Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia,” katanya.

Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

04 November 2008

Betulkah PKNS ni Bantu Orang Melayu?

Punyalah heboh satu kampung kononnya MB Selangor sudah khianat pada orang Melayu kerana sudah melantik Mdm Low sebagai Pengurus Besar PKNS.Saya telah merujuk kepada kawan saya yang bekerja di pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.

Rupa-rupanya selama ini PKNS telah mendiskriminasi kontraktor Bumiputra. Misalnya, dalam projek pembangunan Kota Damansara, segala tempat yang bernilai tinggi, telah diberikan oleh PKNS kepada kontraktor bukan-bumiputra. Kontraktor Melayu hanya mendapat projek membina rumah murah dan projek bermasaalah.

Semua ini berlaku semasa PKNS di"perintah" oleh Melayu dan kerajaan BN Selangor dipimpin oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu. Hairannya, orang yang sama ini juga heboh satu negeri membantah perlantikan Madam Low tetapi membisu seribu bahas apabila kontraktor Bumiputra didiskriminsi oleh PKNS.

Wahai Khir Toyo, Satim Diman, Rahman Palil, Bushra Mat Johor dsbnya, mana suara kamu semasa kontraktor Melayu didiskriminasi oleh PKNS semasa projek pembangunan PKNS?

Malahan mengikut sumber saya yang lain, 75% kontraktor PKNS adalah daripada kalangan bukan-Bumiputra. Saya berpendapat, di bawah Mdm Low, kontraktor Bumiputra akan lebih terbela dan akan berjaya mendapat bahagian yang lebih besar berbanding di bawh orang Melalyu.

Tan Sri Khalid setuju melantik Mdm Low kerana sewaktu Tan Sri bermesyurat dengan "kepimpinan" PKNS, hanya Mdm Low shaja yang berani menjawab soalan2 beliau. Ahli Lembaga Pengarah yang lain semuanya membisu seribu bahasa. Juga, Tan Sri berkata bahawa hanya Mdm Low tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam anak-anak syarikat PKNS.

Dengan kata lain, hanya Mdm Low sahaja yang dapat meyakinkan Tan Sri Khalid akan kebersihan beliau.

PAS pula tidak bersetuju dengan perlantikan Mdm Low kerana Mdm Low dilihat sebagai seorang yang terlibat dengan sistem yang lepas. Ini bererti sekiranya beliau bersih sekalipun, beliau tidak mampu membersihkan PKNS yang berjumlah RM4billion itu. Dan, masa 1 tahun adalah panjang memandangkan terma kerajaan Selangor hanyalah 4 tahun. Sekurang-kurangnya 10 tahun diperlukan untuk menjadikan PKNS sebuah industri yang membantu rakyat bukan menindas rakyat.

Sekiranya PKNS bersih dan amanah, nescaya harga rumah di Selangor berada 30% di bawah nilai yang ada sekarang.

Malangnya PKNS digunakan untuk mengkayakan pimpinan2 UMNOPutra dengan bantuan kontraktor2 bukan-bumiputra. Orang Melayu di Selangor secara umum hanya mampu dapat sekam sahaja. Orang lain yang dapat makan beras.

Saya ulangi nasihat kawan saya yang bekas UMNO:

"Kalau ada orang UMNO kata tuhan itu satu, kamu jangan percaya. Bukan sebab kenyataan itu tidak benar, tetapi yang bercakap itu adalah orang UMNO"

Kepada Fraksi UMNO dalam PAS, kamu semua adalah manusia yang paling bodoh dalam dunia.

Oleh:Tulang Besi

29 October 2008

ROMPAKAN RM 1.67 BILION DIGAGALKAN

Satu rompakan besar duit rakyat yang telah lama di rancang telah dapat di gagalkan petang tadi.

Rompakan ini telah dirancang dengan licik sekali tetapi masih dapat digagalkan.

Rompakan RM 1.67 bilion ini telah digagalkan oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah bagun sebaris menentang rompakan Eurokopter EC725.

Minggu lepas satu gerombolan perompak dari kumpulan yang sama telah berjaya merompak Rm5 bilion duit KWSP. Ketika berita ini ditulis orang ramai masih lagi sedang mencari nama-nama perompak yang akan mendapat agihan duit rompakan RM 5 bilion itu.

Rakyat Malaysia di minta berjaga-jaga kerana lanun-lanun dan perompak-perompak ini masih berkeliaran. Perompak ini akan terus beruasaha walau pun kali ini rompakan mereka telah digagalkan.

Rakyat Malaysia wajib berwaspada kerana perompak ini sedang menggunakan nama jalan tulisan Jawi, Cina dan India untuk mengaburi mata orang ramai. Rakyat Malaysia juga diingatkan agar berwaspada agar tidak termakan racun perompak ini hingga menjadi lalai.

Perompak ini sedang menimbulkan hal ekuiti harta rompakan mereka yang mereka anggap masih belum mencukupi. Rakyat Malaysia jangan termakan racun ekuiti ini kerana ini ialah sebahagian dari taktik untuk melahirkan sangka buruk antara kita sesama kita. Bila kita bergaduh sesama sendiri maka inilah masa yang terbaik untuk mereka merompak.

Perompak dan penjarah ini memang cekap dalam pengunaan taktik Orang Melayu benci Orang Cina , Orang Melayu benci Orang India dalam usaha rompakan mereka.

Rakyat Malaysia diingatkan agar jangan lupa kepada satu jampi yang cukup mujarab untuk melawan perompak-perompak ini. Jampi ini ialah : Rakyat Bersatu Tidak Akan Di Tipu - ( Laporan Ajensi Berita TT)

Hasil Tulisan:Hishamuddin Rais (Tukar Tiub)

23 October 2008

Al-Fatihah buat Samad Lefthanded

KUALA LUMPUR: Bekas gitaris kumpulan Lefthanded, Abdul Samad Mian 45, beliau yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari tadi.

Difahamkan Allahyarham terjatuh dipejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Ampang.Bagaimanapun ketika tiba di hospital berkenaan, pihak hospital mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Samad meninggalkan seorang balu Norliza Sumairi, dan empat orang anak berusia di antara 6 hingga 18 tahun.Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor patang ini.Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.

Menurut bekas vokalis Lefthanded, Nash, Allahyarham dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh."Saya tak dapat pastikan punca sebenar kematian beliau. Saya cuma diberitahu Allayarham terjatuh. Ini pun saya sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melihat jenazah arwah,"katanya.

Difahamkan Samad mengidap penyakit kencing manis.

21 October 2008

Menyingkap penubuhan PKMM demi menuntut kemerdekaan penuh dari British

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.

Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya.

PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis.

PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Kedua-duanya memainkan perana dalam pucuk pimpinan awal parti itu:

Yang Dipertua: Mokhtaruddin Lasso
Naib Yang Dipertua - Dr. Burhanuddin Helmi
Setiausaha - Dahari Ali
Bendahari - Arshad Ashaari
Ahli Jawatankuasa - Ahmad Boestamam

Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan beberapa cawangan di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun Ahmad Boestamam telah dapat merenggangkan API dari PKMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan dari PKMM.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.

Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Bagaimanapun pengaruh PKMM tidak kekal lama. Antara sebab utamanya ialah kemunculan UMNO, parti yang lebih diyakini oleh orang-orang Melayu untuk memperjuangkan nasib mereka. Sebab-sebab lain ialah kegiatan-kegiatan PKMM yang anti-UMNO dan anti-penjajah sangat dicurigai oleh Kerajaan. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dianggap oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948[4], PKMM (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Masih aku teringat kata-kata ayah aku (Pak Cik Ban) yang mana ianya berbunyi begini:-

"Kita mendapat Kemerdekaan daripada British dengan menerusi TINTA, tetapi kita sebenarnya mengharapkan Kemerdekaan penuh dari British melalui SENJATA"

Mungkinkah jika kita mendapat kemerdekaan melalui senjata, Malaysia akan bebas sepenuhnya dari anasir-anasir penjajah seperti yang ada sekarang?Adakah sekarang ini kita mendapat Kemerdekaan penuh dari British?Perlukah apa yang diajar oleh guru-guru kita tentang sejarah Tanah Melayu ditelan bulat-bulat?Kenapakah pejuang-pejuang Nasionalis seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako, Shamsiah Fakeh, Dr. Burhanudin, Abdullah CD dan yang seangkatan dengannya dinafikan dan dilenyapkan jasa-jasa pejuangan mereka didalam sejarah menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu?Adilkah pejuang-pejuang bangsa ini dituduh sebagai pengkhianat?

British memilih UMNO untuk diberikan kemerdekaan kerana UMNO sahaja yang boleh diharapkan oleh British untuk menjaga kepentingan-kepentingan mereka didalam Tanah Melayu pada waktu itu.Untuk pengetahuan kita bersama Tanah Melayu adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil dan sumber aslinya.Demi kebobrokan mereka, demi ketamakan mereka, mana mungkin mereka melepaskan Tanah Melayu kepada yang lain selain UMNO.Kerana UMNO pada waktu itu kebanyakkannya dianggotai oleh anak-anak bangsawan, yang mana mereka semua ini bagai kerbau yang dicucuk hidung.

Apapun sejarah Malaysia perlu di kaji semula untuk anak-anak kita dimasa depan.Janganlah disorokkan fakta-fakta yang benar tentang sejarah kita.

20 October 2008

"Nasionalis Kiri" Shamsiah Fakeh meninggal dunia


Innalilahiwainahirojiun...

Salam takziah buat keluarga bonda Shamsiah Fakeh

Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah. Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.

Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa tidur seharian suntuk semalam.

"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, beliau sudah tidak ada. Wajahnya kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang berlainan bapa.

Tambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais hadir memberikan penghormatan terakhir.

Hujan lebat sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.

Menurut memoirnya, Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

15 October 2008

Sokongan Untuk Utusan Meloya - AMENO

Parti perkauman nombor satu di Malaysia Umno dengan angkuh dan sombong melancarkan kutipan untuk bantu Utusan Meloya yang tersohor nombor satu pemfitnah di Malaysia yang disaman Teresa Kok kerana fitnah !

Mangkuk-mangkuk ahli totok Umno senang dicucuk hidung dan beri sokongan kuat buat pemimpin Umno Cheras keturunan penyamun 'tarbus' arwah Syed Abas Al Habsee pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang sedikit masa dulu yang bersekongkol dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta MPPP dan Umno untuk menyeleweng tanah sekangkang kera yang di wakafkan oleh Allahyarham Tn Hj Kassim di Kampung Makam Jalan Dato Keramat Pulau Pinang di tengah George Town bernilai jutaan ringgit.

Kesinambungan tradisi menipu Melayu oleh geng-geng mamak dan yang mengaku keturunan Arab celup mudah perdaya bangsa Melayu yang senang dijual dan gadai ! Sejak dulu lagi kaum-kaum inilah merosakkan bangsa Melayu yang 'simple' dan mudah percaya bukan 'mudah lupa' seperti saranan seorang lagi penipu besar bangsa Melayu bapak putar alam Mahazalim Madey dari Malbari !

Kebodohan ahli parti Melayu penyokong si Arab celup ini sungguh menghairankan ,dengan modal slogan mempertahankan 'bangsa Melayu,membela ketuanan dan hak ' maka ayat perkauman terkenal ini akan dijadikan modal me'lembu'kan ahli-ahli Umno untuk menyokong seratus peratus puak-puak penipu ini atas nama pembela bangsa dan agama, lihat sajalah keahlian dalam pimpinan Umno kaum mana yang banyak memegang jawatan, adakah Melayu seratus peratus?

Buta huruf kah mereka atau buta akal kerana semua penjelasan telah pun dikeluarkan oleh MP dari Seputih tentang kes azan,tulisan jawi dan lain-lain yang diputar reka oleh media pengampu perdana tapi masih lagi buta mata dan pekak badak si ahli-ahli Umnoi !
Dengan angkuh dan sombong mereka memulakan dengan sumbangan RM 20 ribu untuk permulaan demi mempertahankan akhbar penipu dan pemfitnah besar Utusan Meloya yang mungkin kebanyakkan pemberitanya tidak beragama , kerana jika beragama walau yahudi sekalipun mereka tidak akan sanggup makan duit haram yang jadi gaji bagi mereka dengan kerja memfitnah ,berita berunsur perkauman dan menipu serta laporan jahat ! Halalkah duit gaji itu yang jadi nafkah makan anak dan isteri? Tidak takut kah terpaksa menjawab depan Rab'bal Jalil di hari kemudian nanti?

Kesungguhan memburuk-burukkan dan memfitnah Teresa Kok sangat menghairankan kerana seperti ketakutan akan segala pembongkaran beliau atas semua penyelewengan pemimpin Umno ,maka hanya dengan cara membunuh 'karekter' beliau sahaja yang mungkin mereka nampak akan berhasil menutup segala pembongkaran najis kebejatan pemimpin-pemimpin Umno !

Tetapi mereka lupa rakyat marhaen kini bukan yang seperti dulu percaya bulat-bulat apa saja yang keluar dari mulut pekung pemimpin-pemimpin Umno/BN, mereka sudah celik dan mahu perubahan bukan seperti banyak dalam Umnoi yang sudah dicucuk hidung dan akal !
Masa kini perlu perubahan dan pemikiran drastik /kritis bukan terima bulat-bulat apa saja yang keluar dari tong najis media Umno ! Bukalah minda dan mata hati untuk melihat kebenaran yang dituntut Islam !

Wassalam

Kini masa untuk ubah kerajaan kelentongan !

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Oleh: jingoza
amuraria-alikram.blogspot

09 October 2008

Bermulalah Perang terhadap Najib Razak


Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.



Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.

Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.

Di banner ini pula tertulis,

“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?

Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
Membeli isteri orang untuk dikahwini.
Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
Misteri pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”

Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.

Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.

Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.

Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.

(Gambar dan Tulisan dari Blog Amin Iskandar)

08 October 2008

Surat Bapa Altantuya bela RPK


Diatas adalah surat yang dikirim oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Dr. Shariibuu Setev kepada Raja Petra Kamarudin (RPK) yang kini terpenjara selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting dan sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diatas tuduhan dibawah Akta Hasutan.

Surat tersebut dikirimkan olehnya kepada penulis blog Susan Loone yang ditulis dengan tulisan tangannya sendiri. Terjemahan dalam Bahasa Inggeris surat tersebut berbunyi begini:

I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity.

I understand that the below issues were directly connected with murder case of my daughter:

- Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French?
- Who was attending in the trip to French and what did they do?

If it could make clear those issues, they would understand every thing. Why is there so much force and influence in the case? Because there was a serious issue. Thus they destroyed my daughter.

Unfortunately, they pressed down Mr.Raja Petra’s statement. I think this issue needs to get attention from international human right organizations.
He (RPK) shouldn’t be a victim of politic for justice. It would be justice if they release Mr.Raja Petra.

As we are, all Mongolian worry for him and his justice, we lack of information on truth and situation.

Signed:
Mongolian citizen:Shaariibuu Setev
06.Oct.2008

Dalam surat tersebut, Dr. Shaariibuu turut mempersoalkan tentang siapakah yang menguruskan visa Altantuya untuk ke Perancis. Selain daripada itu beliau merasakan bahawa RPK menjadi mangsa ISA kerana membongkar pengelibatan pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Diharap teman-teman penulis blog yang bersimpati kepada RPK dapat turut menyiarkan surat ini diblog masing-masing

Mansuhkan ISA!!!

07 October 2008

JAKIM yang tak berKUASA

Rasanya soal halal haram barangan pengguna Islam seolah-olah seperti dipandang remeh oleh pihak JAKIM. Apa yang mengelirukan terdapat beberapa barangan yang dijual di pasaran yang berlabel Halal JAKIM langsung tidak dapat dikesan dalam direktori halal JAKIM sendiri. Soalnya mengapa hal ini terjadi.

Sebagai seorang yang beragama Islam apabila kita mendapat maklumat daripada artikel-artikel yang dibaca, kita berasa bimbang dan ragu akan kesahihan logo halal JAKIM tersebut.

Kita kerap kali terbaca sama ada dalam forum atau dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri tentang keraguan sesuatu produk itu.Tapi sayangnya pihak JAKIM gagal menanganinya dengan baik.Isu Roti High5 dan produk Syarikat Silver Bird yang dikatakan mengandungi lemak babi sampai sekarang masih belum terjawab.

Kita dapat lihat apabila produk syarikat tersebut masih terjual dengan logo halal JAKIM.Tapi apa yang mendukacitakan apabila dirujuk pada direktori halal JAKIM tidak ada sebarang pengesahan halalpun.

Begitu juga dengan isu barangan Apollo dan Wall's yang heboh diperkatakan terdapat sumber yang tidak halal digunakan, pihak JAKIM langsung tidak memberikan sebarang respon.Hanya pihak syarikat terbabit sahaja yang mengeluarkan kenyataan.

Sebagai pengguna kita masih lagi terkeliru dengan penggunaan kod E pada kandungan makanan yang kita tahu ia merupakan kod yang digunakan bagi lemak haiwan dan sayuran.Tetapi soalnya berapa ramai pengguna Islam yang tahu tentang kod tersebut.Yang menghairankan mengapa sumber lemak sayuran juga menggunakan kod E. Apakah pihak JAKIM hanya berpeluk tubuh sahaja.Tiada langsung usaha untuk membezakan antara kod bagi lemak haiwan dan lemak sayuran.

Tidak perlu pergi lebih jauh, sosej yang dikatakan menggunakan sumber lemak babi tidak lama dulu juga sampai sekarang tidak dimaklumkan tentang syarikat mana yang terbabit.Hal ini sangat mendukacitakan kita di mana para pemimpinnya sentiasa mencanangkan untuk menjadi pengeluar makanan halal terbesar di dunia.

Itu belum lagi yang berkaitan dengan pakaian seperti kasut,selipar dan dompet yang sesetengahnya dikatakan menggunakan kulit babi.

Kepada para pegawai yang duduk di kerusi empuk di JAKIM tu jangan lena kat sana.Jangan biarkan umat Islam makan makanan yang bersumberkan haram.Rasanya tidak salah mewujudkan satu program di RTM yang dapat menjelaskan tentang semua ini.Jangan makan gaji buta aje.

03 October 2008

Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !!

Ramai pihak kini panik dan tertanya-tanya, apakah punca sebenar Pengendali laman web Malaysiatoday ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sedangkan kes yang beliau hadapai itu, jika dibawa ke mahmakah pun kerajaan belum tentu menang.

Tuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk tulisan pada "komen artikel" adalah amat tidak wajar sama sekali. Semua orang tahu bahawa "komen artikel" boleh ditulis oleh sesiapa pun dengan menggunakan nama samaran. Mungkinkah beliau diperangkap oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha menyelamatkan kepentingan politik peribadi masing-masing?. Inilah yang sedang dinilai oleh rakyat.

Jika sekadar bersandarkan kepada hina agama dan Nabi, lebih banyak kes yang sepatutnya ditahan ISA sebelum ini. Bukankah kita pernah digempar dengan individu yang mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan sebagainya. Mengapa pulak "Ayah Pin" tidak ditangkap dan ditahan ISA? Umum mengetahui bahawa kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Begitu juga dengan laporan bekas Ustazah yang murtad iaitu Kamariah Ali, 54, yang berkelulusan pengajian agama dari Asia Barat. Beliau merupakan anak buah ayah Pin yang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan tersebut. Ini belum lagi kes yang melibatkan artis Rosnah Mat Aris yang dihebohkan dimedia baru-baru ini. Bahkan apa yang dilakukan oleh Rosnah itu jelas sekali "menghina" Nabi dan Islam? Mengapa beliau tidak didakwa dan ditahan ISA. Walhal apa yang dilakukan oleh mereka ini lebih jelas dan nyata dan ada faktanya. Bahkan kenyataan Rosnah pula disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ribuan penonton. Begitu juga dengan Ayah Pin, perbuatan beliau jelas "menghina Islam" dan telah menarik ramai pengikut untuk mendalami ajaran sesatnya itu. Tetapi mengapakah mereka semua terlepas dari hukuman dibawah akta ISA?. Apa bezanya Raja Petra dengan mereka-mereka itu? Inilah yang dikatakan undang-undang "double standard" yang diamalkan oleh kerajaan kita.


Bila disiasat semula kes ini, sedarlah kita bahawa Raja Petra ditahan atas "satu sebab lain" sebenarnya. Ini kerana sebelum ini beliau pernah berkata akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak. Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang. Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis. Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis. Oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis. Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu. Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan :-

Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (Pakar Letupan C4 orang yang bertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.

Memandangkan keputusan kes tersebut akan diumumkan sekitar penghujung bulan Oktober ini, maka peluang untuk Raja Petra mengeluarkan lebih banyak bahan bukti akuan berkanunnya "terhalang". Dengan itu, proses keadilan akan gagal ditegakkan bila perkara sebenarnya disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mungkin atas alasan inilah agaknya, Raja Petra akhirnya ditahan atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal kes yang sama melibatkan orang lain dibiarkan bahkan hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah sahaja. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi gambaran tentang betapa lemahnya sistem undang-undang di negara kita. Bila individu itu dikatakan boleh mengancam negara hanya kerana mereka memegang dan mempunyai bukti kukuh tentang penyelengan dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Kita tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Namun tiada pihak pula yang mengambil tindakan "saman" terhadap Raja Petra selepas akuan berkanunnya itu dilaporkan kepada pihak polis. "Hina Nabi: Bicarakan Raja Petra Di Mahkamah Terbuka !"

[Sebenarnya ini jelas sekali membuktikan kepada kita betapa pincangnya amalan undang-undang di negara kita sebenarnya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Bahkan ISA itu sendiri sepatutnya dihapuskan demi memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Kiranya akta itu terus dipertahankan maka selagi itulah amalan undang-undang negara kita akan ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa].

25 September 2008

Shabery Hairan Kat Rakyat, Rakyat Lagi Hairan Kat Shabery

Shabery Cheek dalam Utusan Malaysia menzahirkan kehairanannya terhadap sikap rakyat ini yang terus mempercayai pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penerangan tersebut berkata,”kalau dahulu seseorang yang berbohong melebihi dua kali tidak lagi dipercayai oleh masyarakat tetapi kini ia tidak berlaku sedemikian”.

“Orang ini berbohong berkali-kali dan masih ada yang mempercayainya.”


Shabery patut malu mengeluarkan kenyataan seperti ini.Kalaupun Anwar berbohong, apa kurangnya diri beliau?Kalau tak sama pun macam Anwar, malah lebih teruk lagi.

Sejarah lompat parti beliau satu hal.Sejarah yang baru berlaku baru-baru ini berkaitan debat beliau dengan Anwar juga satu hal.Hari tu bukan main lagi kata masa sebelum debat dengan Anwar, kalau dia kalah, dia akan letak jawatan sebagai Menteri Penerangan. Walaupun kalah menang perkara subjektif dalam debat tersebut tetapi reaksi spontan orang ramai menunjukkan Anwar ‘menguasai’ perdebatan tersebut. Berbanding hujah-hujah Anwar yang mantap dan berpijak di bumi nyata, orang lebih mengingati hujah menyerang peribadi Anwar oleh Shabery. Shabery tenggelam. Tenggelam bermakna kalahlah.Maka sepatutnyalah beliau meletak jawatan. Tetapi di mana dia sekarang? Masih memegang portfolio itu. Sungguh tak tahu malu. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Dengan berkata,”Tetapi pemimpin yang penuh tipu helah dan berbohong secara terang-terangan seperti ini masih boleh dipercayai juga sebahagian rakyat’”, Shabery seolah-olah menghina rakyat,merendah-rendahkan kemampuan rakyat berfikir dan menilai.Rakyat seolah-olah bodoh kerana mempercayai Anwar.

Sepatutnya sebelum mengeluarkan kenyataan ini, Shabery menyoal diri beliau sendiri, kalau Anwar berbohong apa pasal rakyat masih mempercayai beliau dan menyokong Pakatan Rakyat. Tentu ada sebab dia. Takkan percaya dan sokong melulu.Tidak nampakkah rakyat betul-betul inginkan perubahan kerajaan?Daripada sebuah kerajaan yang korup, menyeleweng dan punah kepada sebuah kerajaan baru yang lebih adil, telus dan berwibawa?Tidakkah Nampak rakyat sudah bencikan kerajaan BN dan tidak ingin lagi hidup di bawah bayang kerajaan BN.

Kalau tarikh 16 September dan 23 September yang tidak berlaku dipertikaikan beliau sebagai pembohongan Anwar, sepatutnya beliau tahu rakyat tidak kisah tarikh yang tepat, rakyat cuma mahu kerajaan BN ditukar dalam masa terdekat dan sesegera mungkin. Tidak esok, lusa.Tidak lusa, tulat.kalau tak tulat pun sesegera mungkinlah! Beliau tidak nampakkah penolakan rakyat terhadap kerajaan BN atau saja-saja buat tak nampak.Tanda-tandanya sudah banyak.Sesama pemimpin BN pun bercakaran sesama sendiri.BN sudah nyawa-nyawa ikan.Kain kapan dan keranda sudah disediakan.Sukar untuk dimengertikan masih ada orang yang harap kerajaan UMNO akan hidup segar semula.Malah semakin pelik, mereka yang bersedia menguruskan jenazah pula dipangil pembohong!

Siapakah sebenarnya yang lebih berbohong.RTM yang di bawah kementerian beliau adalah jaguh sebenar pembohongan. Corak pemberitaan yang dibentuk untuk ‘membelasah’ pembangkang.Penuh dengan putarbelit, tipudaya dan propaganda.Fenomena ini sepatutnya Shabery hairan. Kenapa TV RTM yang menguasai sebahagian besar rumah rakyat tetapi tidak mampu menguasai minda rakyat dengan dakyah dan isu yang dimainkan terhadap pembangkang.Bukan sekali atau dua kali RTM berbohong dengan cara memutarbelit isu dan memetik ucapan pemimpin pembangkang diluar konteks. Banyak kali!

Sepatutnya Shabery jaga kementerian beliau elok-elok. Sebagai Menteri Penerangan sepatutnya beliau jangan banyak menghentam tetapi banyak menerangkan. Sepatutnya beliau lebih ‘menerangkan’ minda rakyat, bukan semakin ‘menggelapkan’.Kalau air penerang hati boleh menerangkan hati sepatutnya Kementerian Penerangan boleh ditukar kepada Kementerian Penerangan Hati, bukannya berfungsi meng’kuca hanya’ atau mengkucar-kacirkan dan meng’kelabukan’ hati-hati rakyat.

Daripada menuduh Anwar berbohong, lebih aula Shabery berusaha mengikis imej RTM yang dicop oleh sebahagian besar rakyat sebagai pembohong besar. Bukan apa, bimbang kelak orang yang menjaga RTM pun akan dicop sebagai bapak kepada pembohong besar.

Oleh BekokCobbong

23 September 2008

Apakah Najib pun Ejen Zionis jugak?

Hari ini, Najib mengumumkan beliau menentang langkah menambat ringgit dalam menghadapi masalah ekonomi global yang semakin parah. Adakah ahli UMNO akan mendakwa Najib juga ejen zionis? Artikel ini mempersoalkan samada nasib anak-anak kita dan ekonomi Malaysia akan selamat di bawah Najib.

Datuk Seri Najib Razak, yang memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Kewangan semalam menegaskan, Malaysia tidak akan menambat semula ringgit seperti yang pernah dibuat oleh Tun Mahathir kerana yakin nilai mata wang tempatan itu cukup kukuh.

DULU, sewaktu Anwar menentang agar ringgit ditambat, maka menjerit-jeritlah ahli UMNO mendakwa Anwar ejen Zionis, Anwar ejen IMF, Anwar boneka Yahudi. Tun Mahathir dijulang-julang sebagai wira yang bijak kerana menambat ringgit.

KINI, bila Najib mengumumkan tidak akan menambat ringgit, ahli UMNO berdiam diri dahulu. Masyarakat maklum dengan budaya UMNO yang suka mengampu pemimpin dan sentiasa memijak-mijak pemimpin yang jatuh. Waktu Anwar dalam UMNO dahulu, melangit pujian ke atasnya oleh UMNO.

SELAMANYA, budaya mengampu subur dalam UMNO. Bangsa Melayu menjadi terhina berikutan sikap dan tindak tanduk mereka. Lihat saja di youtube tingkahlaku mereka sewaktu pilihanraya Permatang Pauh.


Sekiranya ada ahli UMNO dan SB yang membaca artikel ini, muhasabahlah diri sebelum tiba hari kamu diadili di akhirat..Allah dan Rasulnya MELAKNAT golongan yang suka menabur fitnah.

Kepada blogger-blogger di luar sana, baik UMNO atau PR, berhati-hati dalam menulis.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari kita sendiri.

Oleh melayunett

22 September 2008

Perihal ISA, Tindakan Parti, Tindakan Kerajaan dan Kenyataan Bodoh Hamid Albar

Untuk kesekian kalinya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan lagi, kali ini mangsanya adalah blogger Raja Petra, Teresa Kok dan wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng (dibebaskan selepas 16 jam dalam tahanan polis). Dan seperti biasalah, alasan yang digunakan kali ini tetap seperti dulu-dulu juga, ketenteraman awam, public order…


Dan untuk pertama kalinya saya sangsi, apakah penahanan ISA terbaru ini adalah tindakan Kerajaan, atau tindakan Kerajaan Barisan Nasional, atau tindakan Barisan Nasional? Kerana kelihatannya seolah-olah yang bersetuju dengan tindakan ini hanyalah Umno sahaja! Banyak parti lain yang menjadi komponen Barisan Nasional yang memerintah telah mula bersuara, MCA membantah, Gerakan membantah, PPP juga membantah. Maka timbul persoalan, apakah Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang masih didokong penuh oleh semua parti komponennya, atau sudah menjadi milik Umno yang syok sendiri?

Kalau dulu Umno menggunakan Zainuddin Maidin sebagai pahlawannya, kali ini Hamid Albar pula yang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri mewarisi legasi tersebut. Berdasarkan latar belakang beliau, saya mengharapkan sedikit kecerdikan dari jawapan-jawapan Hamid Albar dalam sidang medianya, tetapi apa yang saya temui hanyalah kedunguan dan kebodohan.

Kebodohan pertama, kata Hamid Albar, tindakan ini bukan arahannya selaku Menteri Dalam Negeri, tetapi sepenuhnya adalah tindakan pihak polis. Soalnya beliau bercakap dengan khalayak mana? Jika saya ada dalam sidang media itu, nescaya sudah tentu saya akan tergelak guling-guling, mengapa? Mudah, arahan penahanan mengikut ISA memerlukan tandatangan Menteri Dalam Negeri, maka penahanan mengikut ISA adalah tindakan kerajaan.

Kebodohan kedua, jawapan Hamid Albar bila ditanya mengapa Ahmad Ismail, bekas Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang mengeluarkan kenyataan menghasut mengatakan kaum China di Malaysia sebagai pendatang tidak ditahan di bawah ISA, sedangkan wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang melaporkan ucapannya itu di dalam akhbarnya pula yang ditahan, Hamid Albar menjawab dengan keras bahawa Umno telah mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail. Inilah masalah mentaliti Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno. Sedarkah Hamid Albar yang beliau ketika itu di dalam sidang media atas kapasitinya sebagai Menteri Dalam Negeri, bukan pemimpin Umno! Dan soalan yang diajukan kepada beliau adalah tentang tindakan kerajaan terhadap Ahmad Ismail, bukan tindakan Umno! Seperti tindakan kerajaan terhadap Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng. Tidak timbul langsung soal laporan polis terhadap Ahmad Ismail, saya rasa ada beratus laporan polis terhadap pimpinan Umno, tolong kirakan pada saya berapa peratuskah yang sudah berjaya dibuat pendakwaan? Atau mengapa tidak sahaja Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng disiasat di bawah akta yang sama yang digunakan untuk Ahmad Ismail, asalkan bukan ISA, Ordinan Darurat atau yang seumpamanya.

Ada persamaan dan perbezaan di sini, Tan Hoon Cheng, wartawan kanan Sin Chew Daily melaporkan ucapan Ahmad Ismail yang berbau perkauman; yang samanya Khir Toyo melaporkan Teresa Kok terlibat dengan petisyen meminta diperlahankan laungan azan di sebuah masjid di Selangor. Perbezaannya Ahmad Ismail mengakui ucapannya itu, bahkan mempertahankannya, sedangkan Teresa Kok pula menafikan penglibatannya dan ini disahkan oleh ahli jawatankuasa masjid itu sendiri serta disokong oleh laporan polis balas terhadap Khir Toyo yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Mari kita lihat status pelapor dahulu, iaitu Tan Hoon Cheng, wartawan kanan Sin Chew Daily dan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor. Kalau ikut logik Hamid Albar, pelapor ucapan atau perbuatan orang lain boleh mengganggu ketenteraman awam, seperti ditunjukkan melalui penahanan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, maka Khir Toyo juga berada dalam darjah yang sama dengan wartawan kanan Sin Chew Daily tersebut.

Orang yang dilaporkan pula iaitu Ahmad Ismail (yang mengaku akan ucapannya) masih menjadi rakyat Malaysia yang bebas dan merdeka, sedangkan Teresa Kok (yang menafikan dakwaan terhadapnya, dengan disahkan oleh jawatankuasa masjid dan disokong oleh Ahli Parlimen PAS Kota Raja) pula sampai sekarang tidak ketahuan di mana duduknya, terpenjara di bawah ISA. Perbandingan inilah yang ingin ditanya wartawan kepada Hamid Albar, yang ingin diketahui oleh rakyat semua.

Sesungguhnya saya menulis ini dengan penegasan bahawa saya menentang penggunaan ISA tidak kira untuk mana-mana kumpulan atau mana-mana pemimpin politik. Saya menulis ini juga bukan kerana dengkikan pemimpin Umno yang tidak ditahan sama, tetapi sebagai hujah pembuktian bahawa inilah bahagian sumbing dan canggung setiap kali pimpinan Umno mahu bercakap soal public order.

Bagaimana POLIS-BPR Mereka cipta Fitnah - Part 1

Kali ini saya akan menulis kembali bagaimana sejarah kerajaan malaysia dan Jabatan Polis yang menjadi barua kepada Kerajaan yang Zalim mereka cipta bukti dan tuduhan, terbaru bagaimana Teresa kok menjadi mangsa kepada hasil laporan Utusan dari hasil fitnah Khir Toyo ukan hasil penyiasatan, dan sebelum itu Exco Kerajaan Negeri Perak , manakala pada bulan jun yang lalu dengan mereka cipta sekali lagi satu Konspirasi Liwat. mereka tidak pernah serik. Polis di Bukit aman bertindak amat jahat dan kejam. mereka sangggup memberi alasan Bodoh untuk dan dangkal bagi memuaskan serakah pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa. dan jangan lupa awal tahun ini semasa pilihanraya Polis , SPR dan jabatan peguam Negara mereka cipta berita palsu bersama utusan yang mana tangkapan telah dibuat terhadap kumpulan yang cuba membuat huru hara semasa hari pengundian dengan membawa maksuk " dakwat hitam kekal", dan akhirnya berita ini disahkan tidak wujud, tiada tangkapan? bagaimana Ketua Polis, spr dan Jab Peguam negara boleh membuat sidang media? padehal laporan polis pun tidak wujud! inilah bukti mereka bersedia pada bila bila masa mereka cipta tuduhan palsu!!

Pertamanya saya akan dedahkan bagaimana BPR telah mereka cipta tuduhan yang sengaja dirancang untuk menjatuhkan kerajaan pakatan. dan bahagian dua kita akan dedahkkan siapa Imran Abdullah yang memerangkap Exco Perak. dia agen BPR putrajaya yang menjadi barua kepada perancangan jahat tingkat 4 dan hamzah Zainuddin? dan apa kaitan agen ini memerangkap Hakim Mahkamah syariah Ipoh itu saya akan dedahkan dibahagian2 pendedahan saya. betul dia orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah. nantikan pendedahan ke 2 saya.

Artikel Saya Pertengahan Bulan Ogos

Di bawah artikel pendedahan KONSPIraSI BPR!!

Berita terbaru suara Keadilan mengesahkan artikel saya pagi semalam bahawa penangkapan 2 Exco Keadilan adalah rancangan jahat bukan sahaja dari BPR Perak malah diatur dari ibu Pejabat Putrajaya bersama pemimpin Umno, sehinggakan Ketua Pengarah BPR yang muka Panjang dan akalnya pendek naik angin dalam sidang media hari ini,bila BPR dikaitkan dalam Konspirasi. cepat betul BPR rasa pedasnya. dan pendedahan saya semalam bukanlah yang pertama, tetapi pernah dalam satu artikel lain tahun lepas saya menulis artikel bertajuk "Mungkinkah Juga Pengarah BPR PERAK pun Barua UMNO?". artikel ini disiarkan di Tranungkite pada 4.11.2007. Ok !! hari ini kita akan dedahkan satu persatu siapa disebalik permainan ini dan kita kenali personaliti mereka. Apakah benar personaliti Umno ada kaitan memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah pada tahun lepas? modus Operandinya sama. dan sehingga kini kes tersebut masih senyap seribu bahasa.

Begitulah juga kisahnya kes melibat bekas ketua Polis Bahagian Siasatan jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuf yang diperangkap BPR sehingga sekarang ia hanya dijadikan alat untuk memerangkap orang. tidak ada pendakwan susulan. Bekas ketua BPR Dato' Zulkifli pernah dilaporkan rasuah oleh Pengarah BPR sabah Ramli Manan.dan sehingga kini tiada tindakan.seperti juga laporan rasuah terhadap bekas ketua Hakim Negara sehingga kini senyap sunyi kes mereka dari perhatian BPR walaupun suruhanjaya sudah memutuskan mereka bersalah. dan Pengarah BPR sekarang ( muka panjang akal pendek)yang menggantikan Dato Zulkifli adalah orang kepercayaan untuk kerja kerja jahat dari Putrajaya.dan kini masih menjalankan kerja jahat di Putrajaya. ada yang mengatakan mungkinkah BPR sejahat Polis. jawapan saya mudah, ia lebih jahat dan hina kerana pernah dalam suatu ketika pegawai BPR menahan anak dan isteri seorang anggota Polis sebagai ugutan dalam kes Dato ramli Yusuf, tindakan mereka betul betul mengaibkan. mereka juga pernah menahan seorang peguam yang mewakili Dato Ramli Yusuf pada hari esoknya adalah hari orang menyambut hari raya. dan lebih hina lagi bagaimana BPR Perak berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke kelab malam memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah Ipoh. menjalan kerja jahat dari Putrajaya. mereka beroperasi dari Putrajaya ala operasi Unit Cawangan Khas Bukit Aman. mereka akan menjalankan agenda pemimpin Umno walaupun mereka tiada langsung bukti dan mereka hanya mereka reka bukti seperti mana yang dilakukan tuduhan liwat keatas Dato Seri Anwar. kini Konsiprasi mereka sudah bermula di Negeri Perak, tetapi siapa pula barua mereka di Perak?

SIAPA SHAMSIAH ABU BAKAR, PENGARAH BPR PERAK ?

Pengarah BPR Perak adalah wanita pertama menjawat jawatan Pengarah BPR Negeri, Namanya Shamsiah Bt Abu Bakar.dia dilantik sebagai Pengarah BPR Perak pada 2 Febuari 2007.Ibunya bernama Rahmah Mat Akit merupakan bekas ketua Wanita Umno Ulu kenas(Kuala Kangsar) yang memang sentiasa mengundi Rafidah setiap kali Pilihanraya. malah secara berterus terang dalam temu bualnya dengan Mingguan Malaysia pada 11 Febuari 2007, Shamsiah mengatakan Rafidah Aziz adalah Idolanya.mungkin pegawai BPR boleh mencari surat khabar pada tarikh berikut untuk mengetahui siapa sebenarnya Bos mereka. antara petikannya dalam temubual dengan wartawan Mingguan Malaysia dia mengatakan seperti berikut " Saya bila tengok Rafidah berkempen dan bercakap saya selalu kata aku nak jadi macam dia. Saya tengok beliau berani kerana menyuarakan perkara benar dan tidak nampak kredibilitinya boleh dipersoalkan. Beliau adalah contoh terbaik bagi wanita.- MINGGUAN MALAYSIA 11FEB 2007". Apakah boleh seorang Pengarah BPR menjadikan Rafidah sebagai Idola dan secara terang terangan mahu menjadi seperti rafidah? apakah sebagai pegawai tertinggi BPR dia tidak tahu bahawa sudah ada kes melibatkan Rafidah dalam hal Rasuah.dan saya boleh dedahkan bila bila masa 8 salinan dokumen BPR bertarikh 14 Mac 1995 yang dikategorikan sebagai sulit untuk tatapan Shamsiah Abu Bakar si Barua.... .apakah mahu Shamsiah melakukan tangkapan keatas Idolanya? kertas tuduhan itu ia berkaitan dengan peruntukan saham khas Bumiputera dua syarikat tersenarai Leader Universal Holdings Bhd (1,500,000 unit saham) dan First Allied Corporation Bhd (8,000,000 unit saham) kepada menantu Rafidah, Fazrin Azwar Md Nor

Dalam kes penahanan EXCO Perak ini keterlibatan Shamsiah nampak jelas apabila mengeluarkan kenyataan Palsu dan Fitnah berkenaan tangkapan dan satu kenyataan yang berbau Fitnah. Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain. sedangkan Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel. Madzi berkata lagi "Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang" malah ketika tahanan itu dilakukan pada jam 6 petang Cafe yang terletak berhadapan Bagunan Kerajaan Negeri dipenuhi dengan Pelanggan. Mustahil perkara tersebut(Rasuah) dilakukan. malah pertuduhan yang dibuat hari ini tidak lagi berkisar soal RM 100,000 tetapi hanya RM 5000. Konspirasi ini jelas seakan akan pertuduhan palsu yang dilakukan terhadap Anwar, iaitu satu pertuduhan yang penuh penipuan dan cacat cela.dan mereka masih menggunakan motif seks. malah diberitakan seorang Pegawai Juruteknik PKNP terlibat dalam komplot ini? dan seorang pelakon BPR dari Putrajaya. dia dikatakan punca teori palsu projek Bandar Sri Iskandar yang bernilai 180juta direka cipta, malah yang lebih malang lagi andai betulpun projek ini wujud,projek yang dikatakan dikategorikan sebagai projek Mega, dan tidak mungkin diluluskan oleh seorang Exco dan Exco tersebutpun hanya memegang Portfolio Pertanian dan pelancongan.

Namun Shamsiah jangan buat buat lupa, kerana ada satu lagi kes menggunakan modus Operadis yang sama dibawah pentadbiran Pengarah ini. iaitu penangkapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak atas dakwaan Rasuah! penangkapannya mirip kepada penangkapan 2 Exco Perak. siapa Hakim tersebut?

SIAPA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH MENJADI MANGSA BPR?

Hakim tersebut adalah Hassan Basri Syafie, Hakim tersebut adalah Hakim yang telah memutuskan dalam penghakimannya supaya Hamzah Zainuddin Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat membayar bekas isteri pertamanya Nooraini sebanyak RM 11.2juta hasil perkongsian hidupnya setelah bercerai. Hakim tersebut telah lama menjalankan tugas dengan baik. malah dikalangan pegawai Jabatan Agama sudah lama mengenali personaliti Hakim tersebut sebagai tegas dan Bersih. selain Hakim Tinggi tersebut seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam juga diperangkap dengan cara yang sama, semuanya ada kaitan dendam pemimpin Umno dan mereka menjadi proksi tauke tauke kelab malam disekitar Ipoh. untuk lebih lanjut cerita soal serbuan termasuk melibatkan 2 adun Perak anda boleh membaca artikel yang ditulis pada 4.11.2007. kini hakim tersebut dikuarantin di bagunan SUK. Shamsiah dikatakan terlibat dalam Konspirasi melibatkan Hakim ini bersama pemimpin Umno, Kesilapan Shamsiah kerana mengulang Konspirasi yang sama seperti Konpirasi liwat2 , bila dia diulang maka nampaklah banyak cacat celanya. mungkin bila saya tulis keterlibatan Pengarah BPR Perak pada November 2007 ramai yang tidak percaya tetapi bila kes berulang ia menampakkan siapa dalangnya. Hamzah Zainudin memang menyimpan dendam kepada Hakim ini kerana memerintahkannya untuk membayar bekas isterinya sebanyak 11.2juta, jadi cuba anda nilai berapa pula hartanya sekarang.

Hamzah Zainudin dikatakan berdendam kepada Hakim tersebut.

Setelah Hakim tersebut ditangkap, beberapa minggu selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah menolak penghakiman Hassan Basri diatas tuntutan 11.2juta. jadi siapa yang untung atas penangkapan Hakim Mahkamah Syariah Ipoh? tidakkah Hamzah Zainuddin? sudah tentu penghakiman Hassan Basri ditolak kerana pada ketika itu kredebiliti Hakim tersebut telah berjaya dipertikaikan diatas komplotnya bersama BPR. mudah betul, Komplotnya seakan sama dirasuah oleh seorang yang tidak dikenali. mudah betul penyiasatan BPR Perak duit sebanyak RM 4ribu dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Hakim tersebut atas sebab itu Hakim Mahkamah Syariah itu ditangkap dan dihina. mungkin anda boleh bezakan bagaimana pula layanan BPR(Baruan Pengamal rasuah) kepada Peguam mabuk VK Lingam, Eric Chia dan Bekas ketua Hakim Tun Ahmad Fairus, sehingga kini mereka tidak disentuh sedikitpun oleh BPR, sedangkan jelas bukti Video menunjukkan wujud salahguna kuasa dan aktiviiti Rasuah dikalangan mereka.

Hakim Makkamah Syariah Perak dihina, digari dan diseret ke Mahkamah Sivil hanya kerana wujud satu transaksi duit RM4ribu ke Akaunnya. apa susahnya untuk memasukkan duit kepada akaun seseorang.bayangkan seorang Hakim Mahkamah Syariah diperlakukan negitu oleh Komplot Umno dan BPR. mungkin tahun lepas anda masih ingat bagaimana isu Murtad & serangan keatas pekerja seks anak Melayu di kelab kelab malam giat dilakukan Jabatan Agama Islam Perak. atas sebab itu pemimpin Umno berkomplot untuk kenakan Hakim dan penguatkuasa Jabatan agama tersebut . yang sedihmya komplot itu dilakukan bersama tauke kelab malam. BPR sekali lagi menjadi alat untuk Konspirasi mereka, malah kerja mereka lebih mudah dengan perlantikan Shamsiah Abu Bakar pada 2fevuari 2007 sebagai Pengarah BPR( Barua Pengamal Rasuah) Perak.kali ini komplot dia adalah mengenakan Exco Perak bagi merampas Negeri Perak dengan cara yang kotor dan terdesak setelah kompromi mereka dengan Pas dan rundingan dengan dengan Adun lain gagal. dalam artikel saya pada 4.11.2007 ada menceritaka 2 adun yang ditangkap khalwat tetapi ditutup kesnya, antaranya termasuklah setiausaha MB Tajol Rosli sendiri yang bergelar Al-hafiz (palsu) kononnya.

SIAPA HAMZAH ZAINUDDIN ?

Hamzah pada tahun 1980 hanya kontraktor biasa. Hamzah pernah menjadi Ketua Umno Ipoh Barat dan kini Ahli Parlimen Larut dan menjawat jawatan dalam kabinet Paklah sebagai timbalan Menteri Perumahan.Dia juga bekas pengerusi Felcra Berhad iaitu satu agensi kerajaan dimana Hamzah banyak menggadaikan tanah tanah Flecra dan menekan peneroka. dia banyak menggunakan Felcra sebagai badan untuk mengayakan dirinya. malah dia terlibat dengan Annuar Musa dalam kes kehilangan 40juta wang rakyat miskin di Kelantan.

Pada 12.3.2004 Lim Kit Siang dalam sidang medianya pernah mengeluarkan satu kenyataan agar BPR membuat siasatan terhadap Hamzah kerana harta luar biasa yang dimilikinya,tetapi seperti biasa BPR tak mampu lakukan apa apa. dan kini BPR adalah rakan seperjuangan Hamzah dan Rafidah Aziz. Hamzah merupakan salah seorang saksi sewaktu perbicaraan Anwar yang dilibatkan dengan dakwaan cuba menggoda isteri barunya (isteri no. 2).Dalam perbicaraan tersebut, Hamzah telah mendedahkan rakaman perbualan antara isteri barunya dengan Anwar sebagai bukti. rumah Isteri keduanya itu dikatakan terletak di Meru Hight pada ketika itu.

Sebenarnya ,’suara’ Anwar dalam rakaman tersebut adalah suara ‘Yusof Chong’ pelawak terkenal yang pandai meniru suara orang-orang terkenal seperti Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Beliau suatu ketika dulu mempunyai siaran rancangan diTV dimana beliau telah mempamerkan kepakarannya meniru suara orang terkenal dalam negara terutamanya para pemimpin politik.kebetulan semalam Malaysiakini menyiarkan artikel yang sama berkenaan skandal isteri keduanya. apakah ada kaitan Hamzah dengan penangkapan 2 Exco ketika pilihanraya kecil permatang pauh yang berjalan ketika ini. malah dia dan tajol rosli, bersama Ezam berusaha untuk mengembalikan Perak kepada Umno sebelum 31Ogos2008.kini Hamzah juga sedaya upaya mahu menghalang Anwar untuk menang di Permatang Pauh, segala pengalaman Jahat dan Fitnah diera Dr Mahathir dulu cuba diulang kembali agar Anwar gagal di Permatang Pauh. kebetulan artikel terkini mendedahkan kerja jahat Hamzah Zainuddin. lihat : http://malaysiakini.com/news/88240

Hamzah telah meninggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang bersopan santun seperti mana wanita kampong yang biasa untuk berkahwin dengan isteri barunya yang kelihatan lebih bergaya, seseorang yang kononnya telah dapat menggoda Anwar. Antara kejayaan Hamzah ialah menjadi saudagar pengedar dadah yang diharamkan oleh Jabatan Vetirinar untuk ternakan babi dan ayam.Dan inilah cara bagaimana dia beroperasi.Hamzah menubuhkan sebuah syarikat diberi nama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Syarikat ini bertindak sebagai pengimpot tunggal secara resmi bagi Rhone Poulenc, sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan kerajaan Perancis.Pengurus Besar Rhone Poulenc, James AW, mempunyai kepentingan dalam Medik dan Kimia 2000 dan bertindak sebagai ‘rakan tidur’

Medik & Kimia 2000 kemudiannya mengimport dadah untuk ladang terrnakan babi dan ayam dari perancis.

Tetapi mengapa Rhone Poulenc perlu melantik Medik and Kimia 2000 sebagai pengimpot tunggalnya? Kenapa Rhone Poulenc tidak mampu mengimpot sendiri bahan-bahan tersebut?Kerana dadah tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Veterinar. jadi Hamzah ada lesen Besar untuk lepas dari pemeriksaan kerana dia adalah ahli Umno. ahli Umno ada lesen untuk buat apa sahaja tanpa halangan termasuk meletupkan seorang model dengan bom C4.mereka tak perlu disiasat, tak perlu ditahan , cukuplah dengan bersumpah ala Saiful. maka terlepaslah mereka atas segala rasuah komisen 500juta dan membunuh orang.

TAJOL ROSLI, PROKSI KHAIRY (KETUA PEMUDA UMNO PERAK), HAMZAH & BPR BERKOMPLOT.

Tajol Rosli antara orang yang merestui segala Konspirasi dari pemimpin UMNO termasuk ketua pemudanya yang baik dengan Khairy. jadi soal arahan dari Putrajaya boleh dibereskan dengan mudah. kerana Khairy memegang kuasa disebalik PM Andullah Badawi. Tajol Rosli bukan jenis orang yang pandai buat kerja kerja macam tu, kerana jahat Tajol Rosli hanya mengayakan sanak keluarganya di Pengakalan Hulu, hinggakan tanah yang sudah dianugerahkan Sultan untuk sekolah agama, diserahkan kepada tauke Balak yang juga kroni tajol, begitu juga halnya dengan runtuhnya bagunan RM 4 juta ditasik Banding, entah kenapa Pengarah BPR senyap sunyi sehingga tiada seorangpun dipertanggung jawabkan. Shamsiah.. Shamsiah.., semua cerita Rasuah Tajol kita akan dedahkan dalam artikel yang lain.Shamsiah juga sering kelihatan bertemu dengan pemimpin Umno di sekitar Ipoh. itu semua kita tunggu untuk didedahkan. yang penting kini jelaslah BPR menjadi (Badan Barua UMNO= Barua Pengamal Rasuah). mereka akan lakukan apa sahaja demi jawatan dan pangkat. termasuklah ketua pengarahnya yang mukanya Panjang tetapi akal pendek.mereka mengeluarkan kenyatan seperti mereka ketua cawangan Umno. mereka mencipta bukti, mereka cipta Fitnah untuk memenuhi hasrat tauke mereka di Putrajaya, kalau BPR Perak boleh jadi barua Tauke kelab malam, inikan Tauke mereka di Putrajaya.

Saya Berharap agar semua jentera PKR ,PAS & DAP menyebar luaskan artikel ini kepada semua rakyat yang termakan dengan Media Umno, dan kalau boleh Fakskan ke pejabat BPR Perak tentang pendedahan ini, malah Fakskan bersama Dokumen Rasuah Rafidah Aziz dan terus membuat satu laporan kepada BPR agar Shamsiah dapat bertindak segera keatas Idolanya. Shamsiah juga mungkin harus bersedia menerima pembalasan seperti Musa Hassan dan Dr Qistina. cuma waktu yang dapat menentukan. Musa Hassan telah mendapat depositnya dari Tuhan. cuma dia menunggu saat penentuan. Ayuh semua jentera kita gerakkan kembali gerakan risalah..!! sedarkan rakyat atas komplot jahat mereka!!

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
LAWAN TETAP LAWAN

Hasil Tulisan - Reformis Muda

20 September 2008

Siapakah Pengkhianat Melayu di Pulau Pinang?

Melayu Pinang Pinang dari Umno adalah pengkhianat terbesar di Pulau Pinang sejak lebih lima puluhan tahun lagi ! Kerana apa ? Kerana sekian lama Umno/BN memerintah (khasnya diPulau Pinang) apakah nasib Melayu-melayu disana dapat pembelaan yang sewajarnya ?
Berapa banyak perkampungan Melayu didalam dan sekitar GeorgeTown kini tinggal ? Haprak-haprak dalam Umno (lebih mulia dipanggil umnoi) bertempik bersorak ketuanan Melayu, pertahan dan perjuangkan nasib Melayu konon tapi lihat kini apa dah jadi ? Ditubuhkan UDA konon menjaga kepentingan Melayu dan untuk membela Melayu tapi lihat semua projek UDA ! Podaah membela atuk mereka ,lihat sajalah sebagai contoh flat UDA di Tanjong Tokong ,macam sarang burung merpati dengan dua bilik kecil dan yang pelik dan betul-betul mangkuk bodoh punya pelan dengan bertemu jamban dan bilik air mula-mula bila masuk flat tersebut ! Mana ada akal orang yang merancang flat ini ?

Sudahlah lif yang hanya dua dengan selalu rosak,hanya makhluk tak berotak layak tinggal disitu ! Perancangan yang sangat mementingkan kontrak kroni untuk tembolok dan komisen menampakkan kehilangan kampong-kampong seperti Tanjong Tokong,Batu Uban,Jelutong,Sungai Nibung ,Telok Kumbar ,Bagan Jermal,Tanjong Bunga,Batu Feringgi,Telok Bahang,Batu Maung,Bayan Lepas dan banyak lagi jika hendak dicatit, semuanya adalah projek Umnoi/BN Pulau Pinang untuk kroni dan tembolok ! Sungguh kurang ajar pemimpin-pemimpin Umnoi berteriak melolong konon nak bela Melayu tapi sebenarnya hanya bermuka-muka nak tunjuk mereka lah parti unggul pembela Melayu dan Islam !

Bila terhilang tampuk pemerintahan disana maka macam anjing gila lakonan mereka dengan kepala anjing gila melolong bertaburan dikomtar tempoh hari konon Melayu akan hilang hak ! Podah hilang hak atau hilang kontrak ? Wahai pemimpin Umnoi Pulau Pinang siapakah memegang kontrak angkut sampah ? Siapa pegang kontrak infra dan pembekalan segala maknenek projek air ,elektrik ,pasir hingga habis semua disapu pemimpin-peminpin Umnoi tapi tempik nak bela Melayu !

Siapakah pengkhianat berpakat dengan pejabat tanah dan MPSP menyeleweng tanah-tanah di Seberang Perai jika bukan pemimpin Umnoi ! Sepatutnya BPR menyiasat ini semua tapi al maklum BPR TIDAK akan siasat jika dari Umnoi/BN ! Tapi secepat kilat jika laporan diterima dari parti taik pemerintah walau fitnah jika terhadap pembangkang !

Kini hangat kepala suku Bukit Bendera mengapi-apikan sentimen perkauman sebagai 'last resort' untuk pertahankan kota yang sedang ranap ! Umnoi memainkan isu perkauman tanpa henti dan tak nampak pun ISA digunakan ! Apakah ISA hanya untuk pembangkang walau tanpa sebarang bukti ? Masih ingatkah Umno juga yang bersekongkol dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang, MPPP dan pejabat tanah sikit masa dulu terhadap kes ingin menyeleweng tanah wakaf Kampong Makam Tuan Haji Kasim di Jalan Datuk Keramat yang bernilai jutaan ringgit ,hingga arwah Pak Salim Hashim dianiaya demikian rupa termasuk merobohkan kedai runcitnya oleh MPPP dengan kerjasama PDRM hanya kerana membantah nafsu syaitan pemimpin-pemimpin Umnoi ! Demi tembolok gelojoh pemimpin-pemimpin Umnoi sanggup buat apasaja walau menolak kepentingan Melayu/Islam ketepi !

Jadi kini usahlah berdrama konon berjuang pertahankan nasib Melayu,ketuanan Melayu takut jatuh ketangan Cina (DAP) yang mana sangat-sangat berunsur fitnah malah boleh mengancam negara tapi dimana ISA ! Datuk Seri Anwar walau mengeluarkan kenyataan benar berfakta dituduh mengancam ekonomi dan keselamatan negara ! Apakah berotak dan berakal para pemimpin Umnoi ? Melayu kini bukan bangang wahai pemimpin Umnoi dan tak mudah percaya wayang dan sandiwara para pemimpin Umnoi Pulau Pinang juga dari kerajaan Umnoi/BN pusat , bukan selalu dan semua Melayu boleh percaya setiap masa kelentongan Umnoi dari dulu, kini dan selamanya, jadi pemimpin-pemimpin Umnoi Pulau Pinang jangan ingat Melayu mudah percaya isu perkauman kelentongan anda semua kerana Melayu Pulau Pinang tidak buta mata dan hati seperti penyokong totok parti najis Umnoi anda ! Wassalam Kini masa untuk ubah kerajaan kelentongan !

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Oleh: jingoza

Mahathir tidak setuju penggunaan ISA!!

Mahathir yang selama 20 tahun pemerintahannya telah menggunakan sepenuhnya akta ISA untuk menyelamatkan kedudukkannya. Tapi kenyataan beliau semalam sedikit mengejutkan saya.Beliau tidak bersetuju penggunaan ISA ke atas penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana bagi beliau mereka tidak melakukan ketegangan.
Malaysiakini melaporkan bahawa Mahathir berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.
Nampaknya Mahathir juga sudah pandai berbicara soal hak dan kebebasan bersuara. Beliau yang kini duduk diluar Umno pastinya begitu terasa dengan bahang ISA yang kini memburu para blogger termasuk beliau yang banyak mengkritik Kerajaan BN pimpinan Dollah.

Walau apa pun, Mahathir belum lagi sebut yang beliau mahukan ISA dimansuhkan. Pendapat beliau kini sama sahaja dengan Zaid Ibrahim dan pimpinan Umno yang tak sealiran dengan Dollah. Apa sahaja yang Dollah buat semua tak betul, tapi masa mereka buat dulu semua betul. Begitulah pemimpin Umno, 2X5=semuanya tak betul!

17 September 2008

Antara Kem Kamunting dan Guantanamo Bay

Terdiam seketika.

Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.

Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.

Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.
Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:

    1. Yusuf tidak bersalah

    2. Pemenjaraannya tanpa had masa.

    Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.

    Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

    Masakan tidak?

    Ditahan tanpa bicara.

    Ditahan tanpa had masa.

    Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.

    Tanpa harapan tiada kekuatan.
    Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.

    Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.

    Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.

    Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!

    Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.

    Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?

    Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.

    Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

    Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.

    4 perkara yang menjadi kerisauan Anwar!!!

    Berikut ada 4 perkara yang menjadi kerisauan Anwar untuk mendedahkan nama-nama MP yang akan melompat ke PR dan mengambil alih kerajaan secara teratur dan aman. Dalam masa yang sama, 4 perkara ini juga adalah senjata ampuh bagi Abdullah Badawi untuk menghalang Anwar merampas kuasa. Jika Anda berhadapan dengan situasi begini, bagaimana anda akan bertindak?

    1) That Barisan does not hinder or prevent the MPs from acting in accordance with their conscience, constitutional rights and independent judgement; (Kerajaan BN tidak menafikan atau menghalang MP untuk bertindak mengikut budibicara mereka, hak berpelembagaan dan pertimbangan bebas);

    2) That the Barisan government should not invoke the Internal Security Act to detain the MPs or any other current Pakatan MPs;(Kerajaan BN tidak menggunakan ISA untuk menahan MP atau mana-mana MP Pakatan Rakyat);

    3) That the Barisan government does not invoke emergency laws or police powers or suspend the Constitution or dissolve Parliament; and (Kerajaan BN tidak menggunakan undang-undang darurat atau kuasa-kuasa Polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen; dan)

    4) That the Barisan government shall not impose roadblocks or impede MPs from going to Parliament or any institution of government.(Kerajaan Barisan tidak akan mengadakan sekatan jalanraya atau menghalang MP dari menghadiri Parlimen atau mana-mana institusi kerajaan).

    Keempat-empat batu penghalang ini perlu dirobohkan untuk memastikan peralihan kuasa secara aman dan teratur. Anda nilai lah sendiri bagaimana DSAI telah mempertimbangkan bermacam-macam faktor demi menjamin ketenteraman negara. Bukan mudah untuk bertukar pemerintahan. Orang sanggup berbunuh-bunuhan, tetapi Anuar memilih jalan keamanan.

    Bagi mereka yang asyik mengutuk dan mengeji DSAI, fikirkan lah...Jika Anda sebagai DSAI, bagaimana anda bertindak memastikan keempat-empat faktur ini diatasi??"

    8 Sebab Kenapa Pak Lah Wajib Serah Kuasa Kepada Anwar Ibrahim

    Ada banyak sebab kenapa Paklah Badawi harus, mesti dan WAJIB serah kuasanya kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Antara sebabnya2 akan dihuraikan... Sebabnya ialah:-

    1) Anwar Ibrahim hampir menjadi Perdana Menteri yang ke-5 jika tidak dianiayai oleh Dr.Mahathir pada waktu dulu dan Paklah Badawi yang diambil oleh Dr.Mahathir ketika itu hanyalah untuk mengambil hati Rakyat Pulau Pinang yang marah dengan keputusan Dr.Mahathir itu.

    2) Kedudukan Politik Pulau Pinang sekarang ini unik dan tidak sama dengan negeri2 lain. Contoh jika Paklah Badawi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada waktu ini dan menyerahkan kuasanya kepada contohnya; Najib (Pahang), Muhyidin Yassin (Johor), Ku Li (Kelantan). Ok, apakah jika salah seorang mereka ini yang menjadi Perdana Menteri, adakah Pulau Pinang akan terus dipandang mereka? Adakah peruntukan akan terus diberikan kerana P.Pinang adalah negeri pembangkang dan mustahil peruntukan pembangunan akan disalurkan. Dan rakyat Pulau Pinang akn terus derita...

    3) Selepas Paklah letak jawatan, beliau akan jadi seperti Dr.Mahathir yang akan sentiasa dihentam oleh orang yang menggantikannya sepertimana yang dirasai oleh Dr.Mahathir sekarang ini dan di Pulau Pinang, Abdullah akan senasib dengan Anwar Ibrahim kerana mereka orang PULAU PINANG.

    4) Anwar adalah orang Pulau Pinang, maka jika beliau menjadi Perdana Menteri, Rakyat Pulau Pinang akan terus menikmati kesan pembangunan di samping pembangunan negeri2 lain kerana Anwar sayangkan semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

    5) Anwar Ibrahim lebih dikenali di seluruh dunia dan antara Pemimpin Politik yang cukup berpengaruh dan diiktiraf oleh beberapa negara Islam sebagai seorang Pemimpin. Beliau boleh meningkatkan ekonomi Malaysia kembali seiring dengan negara membangun yang sekarang ini sudah jauh meninggalkan negara kita.

    6) Anwar Ibrahim sudah berjanji akan mengurustadbir negara ini dengan lebih cekap, dan akan menjadikan rakyat kembali menikmati taraf hidup yang lebih stabil dengan keadaan ekonomi yang lebih kukuh. Pakatan Rakyat berjanji dan Barisan Nasional juga berjanji, tetapi mengapa kita hanya memberi peluang kepada Barisan Nasional sahaja yang memerintah negara?

    7) Bayangkan kita ni sedang minta kerja. Ada 2 kilang yang ada kerja kosong. Kilang yang pertama tawarkan gaji rm1500 sbln, kilang kedua rm1000 sbln. Kilang pertama ada jual minyak petrol dgn harga rm2.00/liter dan kilang kedua jual rm2.55/liter. Kilang pertama nak bagi pendidikan percuma untuk anak-anak pekerja, kilang kedua nak kenakan yuran. Kedua-dua kilang yakin yang pengurusan mereka akan bertambah maju. Adakah kita nak jadi hipokrit untuk berkata kilang kedua lebih bagus dan sanggup hidup susah semata2 yakin dengan masa depan kilang kedua tu?

    8) Rakyat Malaysia sudah cukup kenal dengan Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional!Itu saja yang dapat saya huraikan sebab2nya, ada yang setuju? atau ada yang nak tambah lagi? kalau nak bangkang, biarlah kena pada tempatnya...janganlah membabi buta hentam pembangkang...

    Anwar Tipu Aku - Pak Lah

    Anwar hari ini mendakwa telah menghantar surat kepada
    Perdana Menteri semalam untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah mendakwa kononnya Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

    Tetapi , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata surat yang diterimanya daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukannya berhubung peralihan kuaPerdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

    "Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara.

    Sepatutnya Pak Lah tak perlu lah bagi alasan banyak sangat. Janji surat tu dah terima , ok lah tu, apa lagi. Dalam surat tu tak perlu lah bagi tahu semua hal yang nak dibincangkan, cukup dengan surat memohon untuk jumpa.

    Agenda dan aturcara perbincangan yang berkaitan dengan peralihan kuasa tu mungkin boleh dimasukkan dalam LAIN - LAIN HAL atau PERKARA - PERKARA BERBANGKIT.

    Apa yang penting , ialah Pak Lah harus bersedia untuk mendengar pelan peralihan kuasa yang akan dicadangkan oleh DSAI dan Pakatan Rakyat.Keputusan terserah kepada Pak Lah , samada untuk menerima atau menolaknya

    Nasihat Muhyidin, Jangan Jumpa Pakatan Rakyat

    "Salam Ramadhan untuk semua.

    Tiba-tiba Abdullah mendapat penasihat baru, Muhyidin. Kenapa Abdullah akur dengan nasihat Muhyidin ini?

    Baru beberapa hari lepas, masih panas, Abdullah terkejut dengan terjahan Muhyidin agar mempercepat pelan 2010. Muhyidin jugalah yang bertanggungjawab memasukkan semula TDK ke dalam UMNO, musuh nombor wahid Abdullah.

    Takkanlah Abdullah begitu naif untuk menanggap agenda di sebalik terjahan maut Muhyidin itu. Sepatutnya, Muhyidin meneladani sikap terpuji Zaid Ibrahim, letak jawatan apabila tidak bersetuju. Kini, beliau akur pula dengan nasihat Mahyidin itu.

    Sekurang-kurangnya terselit agenda tertentu. Pertama, pelan penyelamatan dirinya daripada dihentam dalam mensyuarat MT pada 18 September ini.

    Kedua, agendanya untuk menguburkan Abdullah dengan membawa masuk TDM baru bermula. Kita sedia maklum Abdullah bukanlah perunding yang baik. Muhyidin percaya sebaik Abdullah berdepan dengan Anwar, Abdullah tentu cair secair ais di tengah terik mentari. Muhyidin percaya, agenda Anwar akan berhasil. Dengan itu pelannya akan terkubur! Tentunya, sekiranya Abdullah bersetuju tentunya Abdullah akan mengadakan tawar-menawar. Dan ini mestilah terangkum sama pelan penyelamatan maruah dirinya dan keluarganya.

    Ketiga, Anwar menjelaskan yang beliau akan mendedahkan nama-nama MP BN yang akan melompat kepada Abdullah. Barangkali namanya terselit sama (siapa tahu kan).

    Keempat, Muhyidin memang berniat untk menguburkan Abdullah sedalam-dalamnya. Dengan enggan berjumpa PR, Anwar dan PR akan mengadap Agong. Katalah Agong bersetuju, maka kejatuhanAbdullah amat aib. Nasib Abdullah, menantunya, anaknya, suku-sakatnya, tak dapat digambarkan nasib mereka di tangan Anwar.

    Walau apa pun, kita penyokong PR harus bersabar, biarkan proses peralihan berjalan lancar mengikut kebijaksanaan pimpinan. Ruang dan waktu harus diberi kepada Abdullah untuk menilai kembali pendiriannya.

    Wallahualam.

    http://helangjagat.blogspot.com

    Harga minyak - rakyat bagi subsidi pada KERAjaan?

    "Assalamu alaikum dan salam sejahtera,Sedar atau tidak, dalam pada semua menunggu pertukaran kerajaan kita sebenarnya telah memberi subsidi secara tak langsung kepada kerajaan Pak Lah dengan membayar harga minyak yang lebih dari sepatutnya. Setakat artikel ini ditulis, harga minyak dunia sudah jatuh ke paras USD 92.7 setong. Kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah yang masih lagi dalam kekalutan politik sekali lagi membelakangkan kepentingan rakyat dengan tidak mengambil apa-apa tindakan yang drastik di atas penurunan harga minyak semasa dunia ini.

    Janji telah ditabur dan dicanang kepada rakyat bahawa kerajaan akan memberi subsidi hanya 30 sen per liter kepada rakyat bermakna rakyat hanya akan dapat penjimatan harga minyak sebanyak 30 sen dengan setiap liter yang dibelanjakan untuk memenuhi tangki kenderaan masing-masing. Tapi adakah janji yang dibuat oleh kabinet Pak Lah itu relevan dengan keadaan semasa??Adakah ianya digunapakai oleh Menteri jaga harga minyak, Datuk Shahrir Samad??
    Jika mengikut perkiraan mudah, dengan harga minyak sekarang sebenarnya membuatkan rakyat pula yang memberi subsidi kepada kerajaan.

    Perkiraan mudahnya seperti di bawah :-

    1 barrel(tong) = 159 liter
    1 USD = RM 3.45
    harga minyak semasa = USD92.7 setong

    Dulu USD145 x 3.3 (Rate semasa) / 159 liter = RM3 – RM0.30
    (Subsidi) = RM2.70
    Skrg USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30
    (Subsidi) = RM1.70

    Kerajaan jual => RM2.55
    Harga tanpa subsidi => RM2.00
    Kita tanggung kerajaan = RM0.55 per liter.

    Mengikut perkiraan mudah ini, harga minyak tanpa subsidi di Malaysia adalah RM2.00 seliter. Kerajaan menjual kepada rakyat dengan harga RM2.55 seliter. Bermakna rakyatlah yang memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak 55 sen seliter. Berapa banyak agaknya kerajaan dapat dengan mengekalkan harga minyak RM2.55 sen seliter ini? Dan Pak Shahrir, menteri jaga harga minyak berkata bahawa harga minyak akan diturunkan sebelum Aidilfitri sebanyak 15 sen lagi kepada RM2.40.

    Dengan harga ini pun, rakyat masih lagi memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak 40 sen. Siapa yang tolong siapa? rakyat ke yang tolong kerajaan atau pun kerajaan tolong rakyat??? Jangan asyik nak pergi melawat sana-sini, tapi rakyat dibiarkan sengsara menanggung kesan kenaikan melampau harga minyak beberapa bulan lalu.

    Bangkitlah Pak Lah dari lena. Kapal dah nak karam pun masih lagi lena dibuai mimpi. Mana janjimu dengan mengatakan pilih BN akan menjadikan SELAMAT, AMAN, MAKMUR? Ayuh rakyat Malaysia, bangkit menentang penipuan kerajaan BN pimpinan Pak Lah!!!

    Ingat!!!! kamu pemimpin....sama ada kita membuat sejarah, ataupun kita yang akan menjadi sejarah......Renungkan!!!!!