30 April 2008

Pergolakan Umno umpama filem 'Ali Baba Bujang Lapok' - Md Sabu

KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Pergolakan dalaman Umno yang kini semakin meruncing disifatkan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu sama seperti satu babak dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok'.

Semasa berceramah di Gedung Lalang Ampangan Seremban Isnin lalu, Mohamad Sabu menyatakan, Umno kini semakin parah malah ada ahlinya yang meminta agar pihak-pihak luar menghentam kepimpinan parti itu.

Ini kerana katanya, ahli sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menjadikan menantunya sebagai penasihat kepada pentadbiran negara.

"Saya cukup pelik, masalah dalaman Umno kini semakin kronik.Ada ahli yang tak puas hati dengan kepimpinan tetapi tidak berani untuk mengkritik, akhirnya menjemput saya untuk berceramah menghentam kepimpinan mereka

"Ini macam kisah dalam satu babak filem Ali Baba Bujang Lapok yang mana seorang orang kaya berkata kepada kepala penyamun "Tolong rompak sama saya sebab saya tak mahu bayar hutang"," kata Mohamad Sabu sambil disambut dengan sorakan oleh kira-kira 3000 hadirin.

Menyambung ceramahnya, Mohamad Sabu berkata, kini orang dalam Umno sendiri sudah tidak percaya dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dan ramai yang meminta peralihan kuasa dilakukan segera.

Hal ini katanya menunjukkan Umno semakin lemah dan kelemahan itu turut didedahkan oleh ahli dan kepimpinannya sendiri yangt sudah tidak sehaluan.

Apatah lagi kepimpinan Umno kini dilanda dengan masalah perebutan jawatan hingga ada yang sanggup menghentam dan mendedahkan keburukan antara satu sama lain.

"Yang lagi memeritkan Umno, bekas Presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjadi orang yang paling lantang mengkritik Abdullah hingga beberapa pendedahan dibuat menyebabkan ahli Umno dan rakyat hilang keyakinan kepada Abdullah," ujarnya.

Hasilnya, pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat hingga lima negeri kini berada di tangan pakatan, kata Mohamad Sabu.

Beliau yakin, jika Pakatan Rakyat mentadbir negeri dengan baik dan melunaskan beberapa janji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum, tidak mustahil pilihan raya akan datang Pakatan Rakyat boleh memerintah Malaysia.

Anwar tetap Anwar

APAKAH Anwar mesti bertanding mana-mana kawasan untuk ke Parlimen? Adakah ruang lain untuk Anwar menghadirkan diri di Parlimen serta mengetuai kerajaan “Harapan Baru” Malaysia?
Apabila Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan wakil rakyat yang bakal meninggalkan BN, maka PR akan membentuk kerajaan baru. Wan Azizah boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.
Satu kemungkinan, Anwar kemudian boleh dilantik sebagai seorang senator. Wan Azizah boleh kekal menjadi PM untuk suatu ketika yang sesuai manakala Anwar boleh menjadi Menteri Kanan.
Atau Anwar terus menjadi PM sebaik sahaja dilantik sebagai senator dan Wan Azizah mengundurkan diri. (Bolehkah seorang PM dilantik dari kalangan senator? Sesiapa boleh sahkan?)
Tetapi bagi Anwar yang IB kenali, tidak mungkin Anwar mahu memasuki Parlimen dengan cara yang bukan sebagai “anak Jantan”. Mengambil alih kerajaan melalui jalan mudah seperti itu tidak mungkin sesuai dengan kehebatan karisma Anwar.
Anwar tetap Anwar. Dia mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah menerima pandangan orang. Anwar telah melalui pelbagai cabaran kerana perbezaan pendirian dengan Mahathir dan keras dengan pendapatnya.
Dia pernah di puncak kepimpinan negara dan pernah dilondehkan di hadapan orang ramai. Anwar tetap Anwar.
Sebagai seorang “politikus”, Anwar ada banyak jalan pilihan yang beliau sudah ada cuma bagi kita orang awam mungkin sukar untuk kita baca strateginya. Dia tahu kekuatan yang dia ada sekarang. Dia sekadar menunggu masa yang sesuai.
Namun, Anwar tahu bahawa kelebihan yang beliau ada sekarang mungkin tidak menyebelahinya selama-lamanya. Jika UMNO/BN dapat melakukan sesuatu yang dapat memberi kepercayaan kepada rakyat dan terutama kepada wakil-wakil rakyat mereka, maka mungkin kesempatan dan kelebihan yang Anwar ada sekarang tidak lagi menyebelahinya untuk selama-lamanya.
Anwar boleh dapat jalan mudah melalui Dewan Negara. Atau meminta mana-mana wakil rakyat PKR berkorban untuknya dengan mengosongkan mana-mana kawasan yang sesuai. Atau beliau boleh tunggu jika ada mana-mana wakil rakyat yang meninggal dunia untuk pilihan-raya kecil.
Tetapi Anwar tetap Anwar.

27 April 2008

Perihal Gila Kuasa

Maka kini, Anwar Ibrahim dituduh gila kuasa. Yang menuduhnya, YB Bung Mukhtar Radin daripada Kinabatangan. Boleh dibaca dalam The Star hari ini.

Pertamanya, kalau satu ketika dahulu Adun-Adun PAS Kelantan dipujuk menyertai BN ‘demi kepentingan Kelantan’, maka apalah salahnya MP-MP BN dipelawa menyertai PR ‘demi kepentingan Malaysia’?

Tidak beerti kita menghalalkan sebarang usaha pembelian MP-MP itu. Kalau betul mereka dibeli, wajib kita menentang habis-habisan. Tetapi kalau peralihan platform itu berlaku atas dasar melangkah ke satu tahap yang lebih baik, yang lebih telus, dan lebih bersih, untuk rakyat di akhir jalan, maka pulangkanlah yang hak kepada yang empunyanya.

Kata Bung Mukhtar lagi:

Bung Mokhtar said claims by Anwar that Barisan MPs were ready to crossover was a political gimmick that showed that he was suffering from a craze for power.
He said Anwar must accept the fact that Barisan holds the majority in Parliament and his Pakatan Rakyat coalition had lost the general election.


Kalau betul gimik, tak perlulah dilayan. Buang masa,kan? Biarlah Anwar dengan gimik serta khayalannya, yang dilayan bersungguh-sungguh buat apa?

PR mungkin tewas dari aspek kerusi Parlimen, tetapi dari konteks penguasaan negeri termasuk Wilayah Persekutuan KL, PR tawan 6 BN tawan 8. Itu namanya kalah tipis, apa saja bisa berlaku untuk ‘menterbalikkan keputusan’ seandainya rakyat mahu.

Saya fikir tak timbul soal gila kuasa. Anwar mengakui bahawa ada MP BN Sabah dan Sarawak yang menemui beliau sehingga ke Dubai dan Hong Kong. Bukan beliau yang kepingin mahu jumpa, mereka yang datang jumpa. Maka siapa yang gila, yang mahu merampas atau mahu mempertahankan diri daripada dirampas?

Meminjam kata-kata Datuk Ustaz Ismail Kamus. Ini bukan saya cakap, Ustaz Ismail Kamus yang cakap:

“Kita bukan gila kuasa. kita cuma nak mengambil kuasa daripada orang gila.”

Jambatan Kedua tetap diteruskan

Kerajaan tidak pernah berhasrat membatalkan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebaliknya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai projek tersebut serta cara terbaik mengurangkan kos.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kenaikan harga simen dan besi yang berlaku seluruh dunia telah menyebabkan kos pembinaan jambatan meningkat daripada RM3.6 bilion kepada RM4.3 bilion.

''Jadi sekarang kita sedang melihat semula reka bentuk jambatan tersebut dan perkara lain bagi mencari jalan untuk mengurangkan sedikit kos dan bukannya menilai untuk menghentikannya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyatakan demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan beberapa pemimpin masyarakat di Bagan Ajam di sini hari ini.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid.

Jelas Nor Mohamed, terdapat beberapa projek lain di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) selain pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menerima kesan akibat kenaikan harga tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci projek-projek yang terlibat.

Bagaimanapun, kata Nor Mohamed, sehingga kini, masih belum ada kontraktor yang terlibat dalam projek-projek kerajaan Persekutuan menarik diri atau memulangkan kontrak ekoran kenaikan kos tersebut.

Pada 22 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang akan mengalami kelewatan selama sembilan bulan ekoran timbul beberapa isu seperti pengambilan tanah yang sesuai, reka bentuk terbaik dan peningkatan kos pembinaan.

Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau dan dijangka siap pada 2011.

Tambah Nor Mohamed, dalam keadaan negara turut menerima kesan akibat kegawatan ekonomi yang berlaku di beberapa negara di Eropah, rakyat diminta berganding bahu dalam membendung kenaikan harga.

Dipetik dari Utusan Meloya

26 April 2008

Cerita pasal raba-meraba..

Pelik, Jelik, Bingung dan Bebal. Ini empat perkataan yang sesuai digunakan bagi mentafsirkan gelagat lucu yang memualkan oleh seorang bekas menteri yang berlaku di Kelab Havana, hotel Maridien di KL Sentral awal April 2008.

Seorang wanita muda, pelayan di kelab tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields ke atas bekas seorang menteri kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Apa yang difahami, punggung pelayan wanita tersebut telah diraba oleh bekas menteri itu pada malam 10 hb April.

Menurut laporan berita TV laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat pada 14 April.

Lapuran KLpos menyatakan, Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak. Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib.

Pada 17 April 2008, jam 7.00 petang, pelayan wanita yang punggungnya telah diraba oleh bekas menteri itu telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Pelayan wanita yang bontotnya telah diraba oleh bekas menteri telah menarik balik laporan polis kerana difahamkan semasa kejadian itu dia dalam keadaan bad mood, sedangkan bekas menteri yang meraba itu hanya ‘bergurau’.

……………

Moral yang dapat dipelajari daripada insiden ‘bekas menteri meraba punggung’ ini ialah: kalau hanya untuk tujuan bergurau-gurau, nak raba-raba punggung pelayan wanita – ‘no problem’.

Tapi mesti pastikan wanita itu tidak dalam keadaan bad mood. Kalau tengah good mood, rabalah punggungnya.

Ha ha ha…. Saya teringat gambar seorang lelaki tua yang meraba bahu wanita di Terengganu. Kalau tengok pada raut wajah lelaki miang lagi gatal yang meraba bahu wanita tu macam menteri juga. Entahlah…

Satu hal yang tidak pelik di Malaysia ialah kalau bekas menteri yang meraba, walau sudah buat laporan polis pun, namanya tidak boleh diumumkan. Tapi kalau rakyat biasa yang dituduh ‘terlanggar’ bahu wanita walaupun belum dihakimi benar, wajahnya mungkin telah terpampang dimuka depan akhbar arus perdana.

Malaysia oh! Malaysia. Double standard adalah budaya negara. Op silap!! budaya pemimpin UMNO.

Hasil tulisan Kerajaan Rakyat

25 April 2008

Filem P.Ramlee kutuk UMNO??

Itulah lelucon tajam dan ringkas yang terselit dalam filem Pendekar Bujang Lapok, karya Madji Lee dan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1959.

Sebenarnya, komen rakan pemblog (Adihamka) yang mengingatkan aku pada jenaka ini.

Mungkin ramai yang sudah tahu, dan ada juga yang tidak sempat menangkap dialog S. Shamsuddin kerana ayat tersebut ditutur perlahan.

Ini videonya:



Ramlee: Hey Sudin, ini bacanya apa macam ni Sudin? Bacanya.

Sudin: Alif, Mim, Nun, Wau. Alif tendang wau. Sarkis da!

Aziz: Apa da sarkis!

Ramlee: Tulisnya sikit punya panjang, bacanya sikit sarkis?

Sudin: Itu yang panjang bunga saja. Yang sikit tu lah, sarkis. Tak reti?

Ramlee: Tulis pun pakai bunga?

Kalau Saiful Apek, Wahid Senario, atau Nabil Raja Lawak tersasul terpacul dialog sebegini bagaimana ya?

Kalau masuk ISA pun tidak mengapa, boleh bertanding macam Manoharan. Haha.

Siasat hakim kes pindah RM10 juta

Seorang hakim dilaporkan terlibat memberi nasihat kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) dalam kontroversi penyaluran wang RM9.9 juta dari Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) selepas ia cuba dibubarkan pada 13 Mac.

Perpindahan wang Balkis, yang dipengerusikan oleh isteri bekas menteri besar Datuk Mohamad Khir Toyo, kini dipertikaikan kerajaan Selangor, lapor The Sun di halaman depan hari ini.

Sambil menggesa siasatan dijalankan terhadap hakim tersebut, bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Param Cumaraswamy berkata perkembangan itu "luar biasa"

"Jika ia benar-benar terjadi (seperti dilaporkan), hakim itu mesti dipanggil untuk menjelaskan tindakannya itu," katanya, mengulas laporan tentang skandal tersebut.

"Perilaku hakim itu boleh menimbulkan perasaan curiga bahawa beliau membenarkan kepentingan peribadinya bercanggahan dengan tugas kehakimannya yang boleh membawa kesan pelanggaran Kod Etika Hakim 1994."

Akhbar itu melaporkan Bakti menerima wang Balkis, satu persatuan negeri yang bergabung bawahnya, sebanyak itu untuk disalurkan pula kepada sebuah badan lain yang akan ditubuhkan oleh bekas ahli-ahlinya.

Zaharah Kechik, yang memegang jawatan presiden Balkis atas sifatnya isteri menteri besar Selangor itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac, dilaporkan cuba membubarkan badan itu dan menubuhkan sebuah badan lain, antaranya mungkin dicadangkan diberi nama "Balkis-BN".

Laporan itu menyebut, Zaharah memanggil mesyuarat tergempar exco Balkis pada 11 Mac untuk tujuan itu, dan keesokannya akaun badan itu ditutup dan wang sebesar itu dipindahkan ke sebuah akaun lain sebelum sampai kepada Bakti.

Dalam satu kenyataan hari ini, Param menambah:

"Pihak berkuasa yang menyiasat percubaan membubarkan Balkis dan memindahkan dananya harus memaklumkan perilaku hakim tersebut kepada ketua hakim negara yang kemudiannya harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap hakim tersebut," katanya .

Isteri Khir Toyo Cuba Songlap RM9.9 Juta??

Biasalah, nak tulis blog. Tajuk mesti pancing dan panas. Haha.

Aku terbaca pembongkaran dalam dua artikel dalam The Sun hari ini. Tulisan R. Nadeswaran.

Kalau ada yang tak pernah dengar nama itu, Nadeswaran merupakan antara orang lama dalam dunia kewartawanan Malaysia.

Pernah memenangi anugerah Journalist of The Year oleh Institut Kewartawanan Malaysia tiga tahun berturut-turut.

Terbaru, beliau bersama Terrence Fernandez memenangi Excellence in Public Service Journalism Award yang dikelolakan oleh Persatuan Penerbit-Penerbit Asia.

Ceritanya tentang isteri bekas Menteri Besar Selangor yang mengepalai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) - persatuan untuk para isteri wakil-wakil rakyat Selangor.

Tiga hari selepas kalah pilihan raya, Datin Zaharah buat mesyuarat tergempar.

Tujuannya untuk bubarkan Balkis dan tutup akaun. Esoknya, akaun Balkis ditutup dan wang dipindahkan ke sebuah akaun.

Kemudiannya dipindahkan ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti). Faham-fahamlah kenapa. Haha.

Berapa nilainya? RM9.9 juta. Ya, banyak wahai rakan-rakan pembaca sekalian.

13 Mac, notis pembubaran dihantar ke ROS. Termasuklah cadangan pindaan perlembagaan dan penubuhan persatuan baru. Balkis-BN, antara nama yang dicadang.

Satu sumber dalaman kata, ini untuk memastikan pertubuhan tersebut tidak jatuh ke tangan pembangkang dan wang tersebut kekal dalam genggaman mereka sesudah persatuan baru ini tertubuh kelak.

Malangnya, ROS hantar semula surat beritahu pembubaran mereka tidak lengkap.

Malangnya, Khalid Ibrahim - big boss baru Selangor hantar surat supaya ROS siasat dan audit tentang Balkis.

Sebab?

Kalau ikut perlembagaan Balkis, presiden persatuan tersebut mestilah isteri kepada Menteri Besar Selangor melainkan beliau sakit atau tak mahu jadi Presiden.

Maka, tiga hari selepas pilihan raya, Datin Zaharah bukan lagi isteri Menteri Besar. Khalid Ibrahim kahwin dengan orang lain.

Namanya Puan Sri Salbiah Tunut.

Maka, apakah status mesyuarat tergempar dan pemindahan wang RM9.9 juta tersebut? Kalian fikirlah sendiri.

Mungkin ada orang boleh kata, itu duit mereka - biarlah ingin dipindahkan walau ke mana.

Tahukah anda dari manakah datangnya RM9.9 juta tersebut? Semuanya sumbangan syarikat kerajaan negeri - Kumpulan Darul Ehsan Bhd menyumbang RM268,862 dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi RM 590,379.
Duit ini untuk kebajikan siapa? Fikirlah sendiri.

p/s: Begitulah kasih sayang para isteri wakil rakyat. Kesedihan tumpas di tangan Pakatan Rakyat dikongsi jua oleh mereka.

Biar kami turut berjuang untuk abang!

Petisyen mempertikaikan keputusan pilihanraya Rembau difailkan hari ini

Kuala Lumpur, 25 April- Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini bagi mempertikaikan keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard diwakili oleh Shearn Delamore & Co mempertikaian keputusan pilihanraya di Rembau yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional yang juga menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Menurut Chegubard, perjalanan pilihanraya di Rembau berjalan dengan tidak adil dan tidak demokratik.
Diantara insiden yang berlaku pada hari pilihanraya di Rembau ialah pengundi mengundi lebih dari sekali, pengundi yang berdaftar tidak dibenarkan mengundi dan pengundi yang berdaftar tidak dapat mengundi kerana namanya telah digunakan.


Selain daripada itu petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang membantu Badrul Hisham dinafikan hak untuk mendapatkan borang 14 dikebanyakkan pusat mengundi.
Ketika dihubungi, Chegubard menyatakan bahawa petisyen tersebut difailkan bagi memenuhi janji beliau kepada rakyat Rembau untuk terus berjuang sehingga keadilan ditegakkan.


Kata beliau lagi, Khairy Jamaluddin sekarang sedang berada dalam ketakutan oleh kerana tahu kemenangannya disebabkan oleh penipuan dan penyalahgunaan jentera kerajaan secara berleluasa.

Pakatan Rakyat akan terus bangkitkan isu ISA di Parlimen

Dengan jumlah anggota Parlimen yang lebih ramai pada penggal kali ini, Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan isu tahanan ISA dalam setiap sesi persidangan Parlimen yang akan diadakan kelak.

"Usaha untuk menentang akta yang zalim ini akan kita teruskan tanpa henti sehinggalah semua tahanan ini diberi hak untuk membela diri di Mahkamah atau akta ini dimansuhkan sama sekali," kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, di sini.

"Kezaliman akta ini bukan sahaja menafikan hak individu yang dituduh bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya, malah, ia turut melibatkan ahli keluarga mangsa terbabit," katanya, semasa menziarahi keluarga mangsa ISA, di Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.

Dr Abdullah Daud, 54, bekas Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, yang dituduh terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI), telah ditahan di bawah ISA sejak enam tahun lalu dan beliau sepatutnya dibebaskan pada 28 Februari 2008, bagaimanapun penahanan beliau dilanjutkan selama dua tahun lagi.

Menurut isteri Dr Abdullah, Zakiah Mat, yang ditemui memberitahu, maklumat berhubung lanjutan penahanan suaminya itu diberitahu melalui telefon oleh suaminya sendiri.

"Saya merasa sungguh terkejut apabila suami saya memberitahu dia akan ditahan lagi selama dua tahun, kami sekeluarga tidak menyangka perkara ini boleh berlaku sebab beliau sepatutnya dibebaskan awal Februari lalu, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
"Sudah enam tahun kami dipisahkan, ia suatu tempoh masa yang sangat lama, kami sekeluarga sangat menderita sekarang ini," katanya.

Beliau yang tidak bekerja sebelum ini terpaksa menyara 10 anaknya dengan berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan keluarga sejak penahanan suaminya enam tahun lalu.
Empat daripada anaknya sedang menuntut di IPTA, tiga di sekolah menengah (tingkatan satu, tiga dan lima), manakala tiga lagi di sekolah rendah (darjah dua, empat dan enam), hanya seorang anak beliau sudah bekerja.

Ustaz Nasharuddin yang begitu terharu dengan nasib keluarga mangsa ISA ini menyeru semua pihak supaya perihatin dengan nasib mereka, "saya menyeru semua pihak sama ada individu, pertubuhan atau badan korporat, bermurah hati menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan keluarga mangsa ISA ini.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi keluarga berkenaan di talian 07-5272911 (Puan Zakiah).

"Jumlahnya cukup untuk perintah Malaysia" Anwar

PENAMPANG: "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.

Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.
"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN.
"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidak harus terburu-buru", katanya.

"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.
Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti.
Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.
Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.

"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

24 April 2008

Dakwat kekal: Beza Nepal-M'sia

Amin Iskandar

Tanggal 10 April 2008 mencatat sejarah buat rakyat Nepal apabila mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam pilihanraya Dewan Perwakilan Rakyat yang pertama di negara itu.

Sehingga kini, Parti Komunis Nepal berfahaman Maoisme masih mendahului keputusan pilihanraya di seluruh Nepal, meninggalkan Parti Kongres Nepal, Parti Komunis Nepal berfahaman Marxisme-Leninisme dan parti-parti lain di belakang.

Keputusan rasmi pilihanraya ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Nepal dalam jangka masa terdekat.


Saya bersama beberapa rakan dari Malaysia mewakili Institut Nasional Untuk Integriti Pilihanraya menyertai delegasi Asian Network for Free Election (ANFREL) seramai 100 orang dari 27 negara untuk memantau perjalanan pilihanraya yang bersejarah itu.

Pilihanraya ini penting untuk Nepal kerana ia akan menentukan hala tujunya pada masa akan datang. Antara keputusan radikal yang akan dibuat di dewan perwakilan nanti ialah menukar Nepal yang sebelum ini mengamalkan Sistem Beraja Mutlak kepada sebuah negara republik.

Ertinya, selepas ini Raja Gyanendra akan menjadi rakyat biasa tanpa apa-apa keistimewaan. Dalam kalangan rakyat bawahan, kebencian terhadap Raja telah berada di tahap kemuncak. Beberapa penduduk ditemui di kawasan pedalaman di daerah Saptari memberitahu penulis bahawa Nepal tidak memerlukan lagi sistem beraja.

Pada pendapat mereka, raja terbukti tidak dapat melakukan apa-apa ketika rakyat menderita. Raja terus kaya sedangkan rakyat Nepal miskin dan kebanyakannya terpaksa bekerja di luar negara untuk meneruskan kehidupan dan membantu keluarga.

Pada pilihanraya kali ini, saya bertugas di daerah tersebut yang terletak di bahagian timur Nepal berhampiran sempadan India. Pusat pentadbiran bagi daerah Saptari dinamakan Rajbiraj.


Apabila sampai di Rajbiraj pada 6 April, saya terkejut melihat suasana lengang dan hampir semua kedai ditutup. Apabila dijelaskan oleh penterjemah, barulah saya maklum bahawa “hartal” (boikot secara total) sedang berlangsung untuk memulaukan pilihanraya 10 April.

Menurut penterjemah lagi - beliau orang tempatan - “hartal” dianjurkan oleh beberapa kumpulan ekstremis puak Madhesi yang tidak bersetuju dengan pilihanraya oleh kerana kerajaan masih lagi tidak mahu menunaikan beberapa tuntutan mereka.

Di Nepal, terdapat dua puak utama: Pahari yang berwajah mirip orang China/Mongolia dan Madhesi yang berwajah mirip orang India.

Oleh kerana “hartal” sedang berjalan di Saptari, hanya satu hotel yang dibuka. Walaupun kemudahan dan keselesaannya tidak seberapa, Hotel Star telah menjadi pusat kediaman beberapa kumpulan pemantau antarabangsa termasuk dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pilihanraya ini, penggunaan dakwat kekal menarik perhatian saya. Walaupun Nepal baru sahaja selesai konflik dan masih terdapat beberapa kumpulan ekstremis bersenjata yang tidak bersetuju dengan pilihanraya, Suruhanjaya Pilihanraya Nepal meneruskan penggunaan dakwat kekal sebagai satu cara untuk menggelak berlakunya pengundian berulang.

(foto kanan: sisa-sisa dakwat di Nepal masih melekat di kuku penulis selepas 10 hari)

Pada hari pilihanraya, sejak awal pagi lagi kelihatan ramai rakyat beratur untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Di Saptari, walaupun berlaku “hartal” untuk memboikot pilihnaraya, kelihatan ramai rakyat di kesemua tempat mengundi yang dilawati.

Pemboikotan pilihanraya yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan ektremis bersenjata puak Madhesi seakan-akan langsung tidak mempengaruhi pengundi di daerah tersebut - rakyat tidak kira tua dan muda berpusu-pusu ke tempat mengundi.

Penggunaan dakwat kekal berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Terbukti bahawa penggunaan dakwat kekal diterima oleh rakyat Nepal dan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap penjalanan pilihanraya. Penerimaan ini termasuklah di kawasan-kawasan pedalaman yang mempunyai majoriti rakyat tidak berpendidikan.

Apabila menyaksikan kejayaan pilihanraya di Nepal dan penggunaan dakwat kekal, terlintas di fikiran saya mengenai apa yang berlaku di Malaysia empat hari sebelum pilihanraya umum ke-12. Pada ketika itu pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kita membatalkan penggunaan dakwat kekal beralasankan isu keselamatan.

Menurut Abdul Rashid Abdul Rahman, SPR terpaksa membatalkan cadangan itu setelah mengambil kira laporan keselamatan yang mereka terima. Laporan keselamatan mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu di Malaysia yang telah membeli dakwat tersebut di luar negara.

Pihak tersebut dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Menurut Abdul Rashid lagi, jika pengundi itu hadir untuk membuang undi pada hari pilihanraya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan dalam kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi tersebut. SPR juga mengatakan bahawa penggunaan dakwat kekal bercanggah dengan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan.

Sementara ketua polis negara Musa Hassan yang turut bersama-sama dalam sidang akhbar bagi membatalkan penggunaan dakwat kekal berkata bahawa polis sedang menyiasat empat kes membabitkan empat orang individu berlainan yang disyaki cuba melakukan penipuan dakwat kekal.

Keempat-empat lelaki berkenaan, yang bekerja sendiri dan berusia 20 hingga 33 tahun, sedang disiasat kerana cuba menipu.

"Modus operandi mereka ialah pergi ke kampung-kampung untuk mencalitkan dakwat pada kuku pengundi dan mereka memberitahu pengundi kononnya tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi.

"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan menipu dan bahagian jenayah perdagangan sedang menyiasat," katanya. (Utusan Malaysia, 5 Mac)

Sehingga hari ini masih lagi belum kedengaran nasib empat lelaki yang ditahan oleh polis kerana cubaan menipu dengan menggunakan dakwat kekal. Apa kata Musa Hassan tentang ini? Bilakah polis akan mendedahkan hasil siastan mereka?

Jika benar terdapat empat individu yang ingin melakukan penipuan dakwat kekal, apakah rakyat Malaysia terlalu bodoh sehingga boleh ditipu dengan begitu mudah? Jika rakyat Nepal yang tinggal di kawasan pedalaman dan kurang berpendidikan tidak ada sebarang masalah untuk menggunakan dakwat kekal, apa masalahnya dengan rakyat Malaysia?

Jika dibandingkan dengan Nepal, situasi keselamatan di Malaysia jauh lebih baik, “ibarat langit dan bumi”.

Apa kata anggota SPR yang menyaksikan penjalanan pilihanraya di Nepal pada 10 April lalu?

Mungkinkah persoalan ini boleh ditujukan kepada timbalab pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar yang mengepalai delegasi SPR ke Nepal baru-baru ini.

"Mereka mula gelabah" Anwar

Oleh Anwar Ibrahim
Khamis, 24 April 2008


Semalam di Sabah
Bikin penguasa gelabah
Ada konco melatah
Konon kita merasuah!



Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!
Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.

Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.

Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

Melayu bersatu hanya di perut!

Hishamuddin Rais

Slogan 'Melayu Bersatu' semakin bising dan hingar-bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan 'Melayu Bersatu' tidak memiliki apa-apa makna - ia hanyalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan zilch.

Slogan Melayu bersatu ini samalah tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda ketuanan Melayu.

Kalau perkataan b-o-t-o-l keluar dari mulut, maka kita dapat mengenali dan memahami benda itu. Kalau bunyi t-e-l-o-r yang keluar, maka kita dapat membayangkan benda itu.

Tetapi M-e-l-a-y-u B-e-r-s-a-t-u apakah bendanya yang dapat kita fahami daripada bunyi ini? Kalau slogan ini satu konsep, ia wajib memiliki asas.

Konsep ialah perkataan yang memiliki makna tetapi tidak dapat dipegang dan dilihat (kecuali dalam akal). Konsep bukan botol. Konsep seperti berbudi bahasa, kita dapat menggambarkan makna dan kelakuan – berbudi bahasa - yang dicakupi oleh konsep ini.

Melayu Bersatu pasti bukan konsep. Melayu Bersatu hanyalah suatu ilusi, suatu mimpi, suatu khayalan, suatu angan-angan dan suatu karut yang terlalu carut. Kalau melihat kerja ilusi David Copperfield, dapatlah juga kita dihairankannya dan ditakjubkannya.

Slogan Melayu Bersatu tidak menghairankan langsung. Tidak ada yang menakjubkan. Hanya, kita berkemungkinan dapat terhibur dengan kumpulan-kumpulan lawak yang datang bersama sosok-sosok yang sedang mengheboh-hebohkan slogan ini.

Melayu Bersatu bukan konsep kerana ia tidak memiliki asas. Ia menjadi karut lagi carut kerana Melayu tidak pernah bersatu. Melayu tidak bersatu. Dan Melayu tidak akan bersatu. Melayu Bersatu hanyalah satu cerita dongeng yang sengaja dijaja oleh United Malays National Organisation.

Manusia bersatu bukan kerana bahasa. Manusia bersatu bukan kerana agama. Manusia bersatu bukan kerana warna kulit. Manusia bersatu bukan kerana negara. Manusia bersatu kerana kepentingan ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini difahami?

Memang betul, pada awalnya manusia akan berkumpul dengan orang-orang yang sama bahasa, yang sama kulit, yang sama setempat atau sama agama. Perkumpulan ini menjadi asas awal untuk mereka mengenali dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Apa tujuan mereka berkumpul? Mereka berkumpul untuk mencari makan. Mencari makan adalah asas ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini difahami?

Ekonomilah yang menjadi asas untuk manusia berkumpul, berpasukan, berpersatuan, berparti atau bernegara. Manusia juga bertengkar, bertelagah, bergaduh dan berperang kerana ekonomi.

Punca ekonomi ialah hakikat sejarah perjalanan tamadun manusia dari semenjak manusia mula merangkak, bangun, berjalan dan meninggalkan gua-gua batu di Kenya hingga ke hari ini. Sejarah manusia ialah sejarah mencari dan merebut peluang punca-punca ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini difahami?

Orang Portugis, orang Belanda dan British datang ke Tanah Melayu dahulu bukan kerana gian hendak makan petai atau tempoyak. Mereka datang untuk mendapatkan bijih, emas, rempah-rampai yang boleh mereka bawa pulang ke Eropah. Barang ini untuk diniagakan. Untuk mendapat untung - ini ekonomi.

George W Bush menyerang Iraq bukan kerana hendak melawat Makam Abu Nawas di Baghdad tetapi untuk mengambil telaga dan loji-loji minyak. Serangan ini perebutan punca ekonomi.

Kalau masih ada yang tidak yakin bahawa seluruh hidup dan tamadun manusia hari ini berpunca daripada ekonomi, maka cuba tanya diri sendiri - kenapa selalu sangat timbul cakap-cakap tentang orang Cina di Malaysia lebih kaya daripada orang Melayu.

Atau orang India di Malaysia lebih banyak yang menjadi doktor dan peguam. Atau bangunan di bandar dan di pekan Malaysia majoritinya dimiliki oleh orang Cina.

Semua kenyataan ini sering dianggap dan dilihat sebagai kenyataan ‘politik’ tetapi asas kenyataan ini ialah perebutan ekonomi.

Semua parti politik yang wujud dalam dunia ini ditubuhkan untuk tujuan ekonomi. Individu-individu berkumpul dan berpayung di bawah parti politik kerana mahu mendapat dan memiliki sumber-sumber ekonomi.

Parti-parti politik mungkin berselindung di belakang warna kulit, di belakang bahasa atau di belakang agama. Semua ini bohong!

Bahasa, warna kulit dan agama tidak dapat membeli beras. Yang dapat membeli beras hanyalah duit. Duit ialah ekonomi.

Bahasa, bangsa dan warna kulit digunakan kerana senang untuk dijadikan asas awal untuk berkumpul dan berpersatuan.

Agama? Agama digunakan sebagai asas parti politik kerana ia senang untuk dijadikan payung luas untuk berkumpul.

Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah tidak pernah mengiakan atau memberi endorsement kepada iklan parti-parti politik ini.

Nama-nama tuhan ini digunakan bertujuan merebut peluang ekonomi.
Yang membuat dasar parti politik ini bukan Yang Maha Esa tetapi manusia dan ahli-ahli parti politik. Yang Maha Esa tidak pernah mengiakan atau menidakkan manifesto dan program parti-parti ini.

Justeru, bolehkah Melayu bersatu? Jawabnya, tidak mungkin malah mustahil. Kemustahilan ini muncul kerana manusia Melayu walaupun kesemuanya bercakap Melayu, berkulit sawo matang dan menganut agama yang sama tetapi memiliki asas ekonomi yang berbeza-beza.

United Malays National Organisation adalah parti yang mewakili kelas feudal, kelas komprador, kelas birokrat kapitalis dan kelas borjuis nasional Melayu. Kelas-kelas kapitalis inilah yang menjadi teras ekonomi parti politik ini.

(Komprador adalah peniaga perantaraan di antara rakyat tempatan dengan kapitalis antarabangsa. Borjuis nasional adalah kaum pemodal tempatan. Birokrat kapitalis adalah individu yang menjadi pemodal melalui badan-badan kerajaan i.e. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri atau SEDC)

Parti PAS pula diwakili oleh borjuis kecil, tuan tanah kecil, peniaga kecil, kaum tani, tuan punya warung, nelayan, tok peraih, guru-guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, intelektual lokal dan agamawan lokal. Mereka berasa selesa dengan PAS kerana kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka akan dijaga dengan baik oleh parti ini.

Parti Keadilan Rakyat pula mewakili kumpulan yang seakan-akan sama asas ekonominya dengan PAS tetapi mereka tidak selesa dengan gaya hidup yang dibawa oleh PAS. Mereka lebih urban, lebih kosmopolitan dan memiliki pandangan dunia dan nafsu ekonomi yang luas berbanding dengan pengikut PAS.

Ada satu lagi kumpulan yang berpayung bawah PKR – mereka ini adalah kumpulan peniaga yang memiliki nafsu besar tetapi telah dipinggirkan oleh United Malays National Organisation, atau perniagaan besar mereka terpelocok ketika berlakunya krisis ekonomi 1997.

Mereka ingin mencari payung baru agar nafsu dan kepentingan ekonomi mereka dapat berkembang.

Lihatlah ketiga-tiga kumpulan Melayu ini - mereka tidak memiliki asas ekonomi yang sama. Malah kepentingan ekonomi mereka bertentangan sesama sendiri. Bangsa, bahasa dan agama hanyalah kulitan untuk mencari sokongan dan mengolah persetujuan.

Masih tidak yakin lagi?

Kalau tidak yakin tentang asas-asas ekonomi parti-parti itu, mari kita lihat ke dalam United Malays National Organisation sendiri - parti politik yang 1,000% berahlikan manusia Melayu tetapi tidak pernah bersatu malah sesudah pilihanraya 2008, mereka kelihatan sedang beramuk sesama sendiri. Amukan yang sedang berlaku hari ini berpunca daripada perebutan punca-punca ekonomi.

Mahathir Mohamad mewakili komprador dan borjuis nasional yang selama 22 tahun dulu telah kenyang dan montok. Apabila Abdullah Ahmada Badawi masuk, maka para komprador dan borjuis ini sedang diketepikan kerana Abdullah sedang membawa sosok-sosok baru untuk menggantikan mereka.

Dalam bahasa pasar, Abdullah Ahmad Badawi ada kroni baru dan kroni Mahathir dipinggirkan.

Amat jelas, perebutan punca-punca ekonomi inilah yang menjadikan Mahathir melawan Abdullah dan hasilnya United Malays National Organisation bergaduh.

Lima negeri yang diheboh-hebohkan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bermakna lima punca ekonomi hilang - ini tidak ada sangkut-paut dengan agenda Melayu, ketuanan Melayu atau slogan Bersatulah Melayu.

Orang Melayu di lima negeri ini tetap Melayu. Air sungai Perak tetap mengalir ke laut di muara Bagan Datuk. Air Sungai Gombak tetap sampai ke Klang. Melayu di mana pun mereka berada akan terpaksa juga membayar tol kalau menggunakan Lebuh Raya PLUS.

Justeru, ada kumpulan yang menuduh Abdullah Ahmad Badawi lembik - hanyalah sebagai alasan atas kehilangan punca-punca ekonomi mereka. Mereka mahu seorang pemimpin yang ‘keras’ untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka agar terus berkembang i.e. untuk mereka terus mendapat kontrak.

Kalau begitu, siapa pula Tengku Razaleigh Hamzah?

Ku Li mewakili kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu. Kelas birokrat ini muncul ketika Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Ketika itu kelas ini berenang dan berpesta dengan harta kekayaan negara. Kelas feudal Melayu juga dapat menumpang semangkuk.

Apabila Mahathir masuk, kelas-kelas ini hampir pupus kerana banyak daripada perbadanan negeri ini diswastakan oleh Mahathir untuk menjadikan mereka borjuis nasional dan komprador. Ada kelas feudal Melayu yang berubah wajah seperti keluarga feudal Negeri Sembilan, mereka bersalin kulit untuk menjadi borjuis nasional agar tidak tercicir.

Adakah saya ini antiMelayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti Melayu. Saya hanya antiperkara yang karut-marut.

Saya yakin hanya kepentingan ekonomi sahaja yang menyatukan umat manusia. Manusia berkumpul untuk kepentingan kelas ekonomi mereka. Pertembungan kepentingan kelas inilah yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang.

Perebutan punca ekonomi ini sedang dikaburkan dan dipropagandakan sebagai kepentingan bangsa, bahasa dan agama.

Saya anti sesiapa sahaja yang menjajakan perkara yang karut-marut.

Menjaga Mata ketika Berjima’ (Bersetubuh)

Melihat kemaluan isteri ketika berhubungan adalah boleh berdasarkan hadith-hadith shahih. Adapun hadith yang berbunyi:-

إِذَا جَامَعَ أَحَدُكُمْ زَوْجَتَهُ أَوْ جَاِريَتَهُ فَلَا يَنْظُرْ إِلَى فَرْجِهَا فَإِنَّ ذَلِكَ يُوْرِثُ الْعَمَى

"Apabila seorang diantara kamu berhubungan dengan isterinya atau budaknya, maka janganlah ia melihat kepada kemaluannya, kerana hal itu akan mewariskan kebutaan". [HR. Ibnu Adi dalam Al-Kamil (2/75)].

Maka hadits ini adalah palsu kerana dalam sanadnya terdapat Baqiyah ibnul Walid. Dia adalah seorang mudallis yang biasa meriwayatkan dari orang-orang pendusta sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Hibban. Lihat Adh-Dho’ifah (195)

Sumber : Buletin Jum’at Al-Atsariyyah edisi 36 Tahun I.

Derita anak-anak mangsa ISA menggamit kebahagiaan yang tidak ditemui

Anis Nazri Foto HarakahDaily
Tatkala melihat kanak-kanak seusianya bergelak ketawa bersama ibu bapa, mulut petahnya terdiam seketika. Dia termenung, sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Air matanya bertubir di sudut matanya, dan dia berlari menuju ke rumah. Biar hilang pandangannya dari melihat kebahagiaan itu. -->-->
Hatinya sayu. Sayu mengenangkan nasibnya yang tidak seuntung kanak-kanak tadi. Masakan tidak? Sudah sekian lama dia tidak dapat berkumpul, bergembira dan bermesra dengan bapa kesayangannya. Sudah lama dia terpisah dari bapanya. Bukan kerana Allah menjemput bapanya ke alam roh, tetapi satu-satunya akta zalim ISA yang bertindak demikian!
Bagi Suhaib Mat Sah, tidak tercapai di fikirannya bahawa satu ketika nanti dia tidak dapat mengecapi kebahagiaan bersama bapanya angkara ISA. Dia sentiasa berasakan bahawa kasih sayangnya bersama kedua ibu bapanya sentiasa berpanjangan. Namun, impian itu bukanlah realiti baginya. Kini, hampir enam tahun beliau tidak dapat bermesra dengan bapanya.
Enam tahun! Bapanya masih meringkuk di Kemta tanpa sebarang bukti kukuh yang boleh disabitkan ke atasnya. Kekecewaan anak berusia 14 tahun ini, jelas tergambar apabila dia pernah bertanya kepada uminya..."apa lagi yang PM nak?", "apa lagi yang cuba Pak Lah nak buktikan kesalahan abah?".
Aduhai hati, siapalah yang tahu penderitaan dan kesayuan yang dirasai Suhaib ini. Bagi kita yang dewasa, jika kehilangan orang tersayang pun sudah cukup meruntun hati. Apatah lagi bagi Suhaib, yang menyaksikan sendiri bapanya dibawa pergi, di tengah malam, enam tahun lalu.
Bermula saat itu, hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain. Hatinya tersentuh setiap kali melihat kemesraan kanak-kanak lain bersama ibu bapa mereka. Hati kecilnya sering tertanya-tanya, bilakah abah yang dikasihinya akan menghirup udara kebebasan dan berpeluang kembali mencantum kebahagiaan mereka sekeluarga.
Seringkali Suhaib mendengus dan merungut, seolah-olah menyesali dengan apa yang terjadi. Apalah anak sekecil itu, yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang bapa mampu menghadapi dugaan maha perit ini?
Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walapun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.
'Kehilangan' abahnya cukup membuatkan perkembangannya tergugat. Anak yang kini sedang dalam proses membesar ke alam remaja sudah tentu memerlukan seorang bapa bagi membantunya menempuh alam baru.
Jika bapanya memang sudah tiada di dunia, mudahlah hati anak kecil itu dipujuk dan dikhabarkan berita itu. Malah, jika bapanya di penjara dalam tempoh yang diketahui akan berakhir sekalipun, pasti mudah dia menerimanya.
Namun, apa yang dilakukan ISA ini, benar-benar tidak berperikemanusiaan. Sudahlah terkepung tanpa bicara yang boleh membuktikan bapanya bersalah, pembebasan bapanya juga menjadi tanda-tanya dan mengikut sesuka rasa pihak pemerintah.
Baik lagikah ISA ini dalam masyarakat? Apakah ketenteraman negara ini akan terjejas sekiranya akta ini dimansuhkan seperti yang dituntut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini?
Sedangkan adanya ISA inipun keselamatan rakyat di negara ini sudah tidak tenteram. Sana sini dikhabarkan berlaku penculikan, pembunuhan, rogol, samun dan sebagainya. Tenteramkah negara ini? Selamatkah kita dengan adanya ISA ini?
Aduhai pemimpin Malaysia, hentikanlah penderitaan keluarga mangsa tahanan ISA ini. Sapukanlah air mata yang mengalir di pipi anak-anak kecil ini. Bukan Suhaib seorang menanggung derita ini, masih ada 70 keluarga lain yang menangisi dan menderita akibat ISA.
Wahai rakyat Malaysia yang prihatin, bangkitlah. Bangkitlah sekali lagi bagi membantu GMI dalam rangka usaha mereka untuk membebaskan semua tahanan ISA, selain memansuhkan akta zalim ini.
Bangkitlah menunjukkan kuasa anda mendesak kerajaan dengan kepimpinan 'baru' ini agar mendengar dan menunaikan tuntutan semua pihak seperti yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato' Seri Syed Hamid Albar dalam Utusan Melayu tidak lama dulu..."Saya akan memenuhi tuntutan semua pihak..."
Buat pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

Analisis: Katakan apa saja tentang Anwar namun Anwar tetap Anwar

Oleh Ariffuddin Ishak / mStar
SEORANG pembaca mStar, Lia Shiela, pernah menulis, 'Anugerah Pelakon Terbaik' milik Datuk Seri Anwar setelah membaca laporan yang bekas Timbalan Menteri Malaysia itu ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan di dalam laman web Malaysiakini pada bulan Disember tahun lepas.
Kononnya, laporan itu tidak berasas sama sekali dan cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku ketika itu. Kata Lia, 'lakonan' Anwar yang diibaratkan sebagai hero Bollywood itu sengaja dilakukan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.
Namun empat bulan selepas pendapat itu disiarkan, ahli politik yang selalu melaungkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pejuang reformasi telah memeranjatkan ramai pihak apabila dengan mudah memberi kemenangan besar pada Pakatan Rakyat di Pilihan Raya 12 pada 8 Mac.
Malah undian yang dijalankan oleh pihak mStar on-line ....'Adakah 'come-back' Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak besar kepada senario politik negara?' jawapan yang diterima di luar jangkaan kerana 86.8% berkata Ya, 8.2% berkata Tidak dan hanya 5% Tidak pasti.
KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT KERANA ANWAR?
Satu kemenangan yang begitu manis sekali bagi pihak lawan. Mengikut percaturan Anwar yang sememangnya seorang 'strategis' semuanya kerana satu pakatan yang bersepadu dari semua komponen baik DAP, Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di saat pihak Barisan Nasional cuba meneruskan propagandanya, Anwar dalam senyap telah membuat banyak komplot dan pakatan untuk menumbangkan parti pemerintah.
Telahan yang dibuat oleh bekas 'orang kuat' PKR, Dr Chandra Muzaffar bahawa undi simpati tidak lagi berpihak kepada PKR kerana Anwar sudah bebas dari 'sangkar besi' juga meleset.
Malah beliau kini 'terbang' bebas bagi meneruskan misi utamanya iaitu menggulingkan kerajaan.
Buktinya, pihak pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen, pencapaian yang terbaik pernah dicipta dalam mana-mana pilihan raya.
Jika di pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen, hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.Malah, isteri dan anak Anwar, Nurul Izzah kini sedang bersiap sedia ke Parlimen.
Pada akhir tahun 2006, Anwar pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun impiannya tidak menjadi kenyataan, mimpi indahnya telah direalisasikan oleh rakan-rakannya yang bersungguh-sungguh ingin menyaksikan Barisan Nasional tumbang.
Ketika isteri beliau Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga bertindak sebagai Presidan PKR membuat kenyataan yang beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen, ramai masih tertanya-tanya, adakah mungkin perkara ini akan berlaku?
Wan Azizah menyandang kerusi Presiden sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.
ANWAR SEBAGAI STRATEGIS
Anwar seorang 'orator' - pemidato yang baik dan berjaya memukau siapa saja apabila beliau berucap. Bukan setakat seorang strategis, bekas Menteri Kewangan ini juga adalah adalah seorang 'master planner' atau perancang yang bijak.
Lihat sahaja kejayaan besar PKR menghimpunkan pengikut setianya seramai 20,000 dalam perhimpunan gerila 'Black 14' sebagai mengakhiri 'zaman gelap' Anwar.
Tiada siapa sangka perancangan rapi mereka mengadakan perhimpunan itu cukup 'kebal' walaupun tanpa permit polis. Manakan tidak, Kelab Sultan Sulaiman yang selama ini menjadi saksi pelbagai peristiwa bersejarah Melayu itu kini milik Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Setelah melihat kejayaan luar biasa parti pembangkang, tidakkah kita terfikir yang faktor Anwar ini adalah sesuatu yang tidak boleh kita perlekehkan.
Tambahan dengan iltizamnya untuk membuktikan sesuatu dan 'membalas dendam' tentang ketidakadilan ke atas dirinya satu ketika dulu, seolah situasi yang ada sekarang berpihak kepadanya.
RAMALAN
Ramalan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melalui blognya juga kuat mengatakan bahawa Anwar hanya akan masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri!
Ini bukan tilik nujum Pak Belalang, Dr Khir mungkin sudah 'celik' dan banyak masa untuk membuat analisa lebih-lebih lagi setelah tidak menjadi Menteri Besar apabila tewas dalam pilihan raya umum lalu.
Beliau sendiri sedar bahawa karisma Anwar pasti akan merebak seperti virus yang menular keseluruh negara hingga mampu melumpuhkan pengaruh BN terhadap rakyat.
Dr Khir juga begitu yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.
Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.Tindak tanduk Anwar sebagai 'strategis' dan 'master planner' cukup licik. Segala gerak gempur dan perang saraf yang ingin dilakukan agak sukar dijangka.
Sememangnya kerusi yang diidamkannya adalah Perdana Menteri.
Kini timbul spekulasi yang PKR sedang berusaha memancing sekumpulan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti itu.
Cakap-cakap kedai kopi juga terngiang-ngiang bahawa bukan sahaja pemimpin Sabah dan Sarawak yang dibimbangi lompat parti, takut nanti rakyat Sabah dan Sarawak juga ikut 'sekapal' lompat-melompat dalam pilihan raya umum akan datang.
KOMPLOT
Ketika artikel ini ditulis, Anwar sedang mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak. Apa maksudnya? Beliau menafikan kunjungannya ke negeri berkenaan untuk memancing Ahli Parlimen BN.
Namun beliau sempat berseloloh, "lawatan ini bukan untuk memancing tetapi jika ada ikan (ahli Parlimen BN) di sekitarnya, kami mengalu-alukan dan menjemput mereka."
Mungkinkah Anwar "bakal Perdana Menteri"? Beliau pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dan menjadi pilihan Tun Mahathir ketika itu untuk menggantikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua. Namun satu skandal yang memalitkan ramai pihak telah mengheret beliau pada tahun 1998 dan disingkirkan oleh Mahathir.
Sebelas tahun dulu, Anwar juga sedang bersiap-siap untuk menjadi 'bakal Perdana Menteri' namun sikap penasihat-penasihat di sekelilingnya yang ingin beliau menyingkirkan Tun Mahathir lebih awal dari waktunya memakan diri.
Kini, adalah peluang kedua untuk Anwar untuk duduk di kerusi idamannya itu. Mungkin faktor itu membuat Anwar lebih berhati-hati mengatur langkah dan tidak lagi bersikap terburu-buru untuk duduk di atas takhta.
Walaupun berada dalam tahanan mahupun bebas tanpa sebarang jawatan politik secara rasmi, Anwar TIDAK pernah 'bersara'. Tanggungjawab politik yang digalasnya cukup berat dari sejak dia disingkirkan lagi.
Yang patut kita kagumi ialah sifat dan peribadi Anwar atau 'charm' yang beliau ada sehingga berjaya memikat bukan sahaja kawan-kawannya di Barisan Alternatif seperti Tian Chua, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang juga isteri dan anak tercinta untuk berjuang bagi pihaknya tetapi telah berjaya memikat hati seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi parti lawan.
Siapa kata 'faktor' Anwar sudah berlalu? Orang-orang yang berkata ini berada 'in denial' kerana menafikan satu hakikat dan realiti yang sedang berlaku di depan mata. Larangan politik yang dikenakan ke atasnya bukan penghalang tapi penggerak untuknya merancang komplot yang lebih hebat.
Apakah kejutan yang menanti kita sekembalinya Anwar 'melancong' ke Sabah dan Sarawak? Adakah tanggal 28 April bakal mencetuskan fenomena baru? Mantan Perdana Menteri pernah berkata Anwar bermimpi di siang hari.
Katakan apa saja tentang Anwar - 'Pembelot', 'Manusia angkuh' mahupun 'Pelakon Bollywood', namun Anwar tetap Anwar. Tindak-tanduknya tegas dan licik, sekeras laungannya..."lawan tetap lawan!"

Wakil BN siap sedia sertai Pakatan

Benar, memang ada ahli-ahli parlimen BN di Sabah bersedia menyertai Pakatan Rakyat, dakwa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Cuma, mereka belum bersedia berbuat demikian kerana belum mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, katanya lagi seperti laporan Bernama. Anwar berkata mereka sedang mengatur masa yang sesuai untuk meninggalkan BN. "Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. "Anggota-anggota parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," beliau dpetik sebagai berkata di Kota Kinabalu sewaktu lawatannya di negeri itu.Beliau juga berkata, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin bulan berikutnya, Julai atau malah pada hari sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos."Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," tambahnya.Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar . Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak."PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpadiganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac. Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Penduduk Kg Sungai Batu merintih tidak mampu duduki rumah baru

BALIK PULAU, 23 April (Hrkh) - Sebahagian penduduk Kampung Sungai Batu, Balik Pulau terus berendam air mata kerana tidak dapat berpindah ke rumah flat di Taman Vanila ekoran ketiadaan wang berbuat demikian terutamanya kos penggangkutan dan kegunaan persiapan menduduki kediaman baru. -->-->
Rata-rata mereka mengharapkan pampasan setelah rumah mereka dirobohkan oleh Pemaju Perumahan Guan Bee Hup Kee Sdn Bhd untuk saraan hidup bila ditempatkan di kediaman baru lima tingkat itu kelak.
Harakahdaily dimaklumkan, perkampungan yang dirobohkan pada 31 ogos 2006 iaitu seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri kini dibangunkan perumahan bertaraf mewah.
Mereka ditempatkan sementara di rumah panjang sebelum pemaju menyiapkan rumah flat lima tingkat.
Bahkan, ramai yang mendakwa tertipu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Kumbar, Syed Amirudden Syed Ahmad merangkap Exco Perumahan Negeri sewaktu era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana bersuara bagi pihak pemaju setiap kali pertemuan diadakan.
Bukan itu sahaja, mereka juga kecewa dengan sikap Pengerusi dan Setiausaha Badan Bertindak yang dilantik kerana bertindak senada dengan pemaju dan akhirnya lakonan mereka terbukti apabila mereka mendapat keistimewaan.
Salah seorang penduduk, Siti Aminah Salleh 47 berpendapat, sukar untuk berpindah ke diaman baru sebab tiada wang samada untuk kos perpindahan, penyelenggaraan atau membayar sewaan nanti.
Jika pemaju memberikan pampasan beliau percaya isu ini tidak timbul sebaliknya berjalan lancar kerana penduduk bukan menentang pembangunan. "Kami hanya mahukan pampasan.
Barulah semua boleh hidup selesa dan kami pun dapat merasai nikmat pembangunan," tegasnya kecewa.
Sekarang ini hidupnya terumbang ambing kerana hilang mata pencarian apabila gerainya diroboh tanpa sebarang pampasan.
Rakannya, Jamaliah Ismail 55 pula kesal bekas Adun Teluk Kumbar terus lepas tangan bilamana kalah dalam pilihanraya umum lalu.
Sepatutnya, jika beliau mempunyai prinsip perjuangan yang asli beliau harus membela penduduk sehingga berjaya.
"Bekas Adun tidak nampak muka langsung bila kalah dalam pilihanraya umum lepas. Inikah yang dinamakan wakil rakyat. Walhal projek tersebut di bawah pemerhatianya sebelum ini," jelasnya yang juga kehilangan punca pendapatan bila gerainya dirobohkan pemaju.
Rubiah Sudin 50, kecewa tidak dibenarkan mencabut undi untuk mendiami flat Taman Vanilla itu.
Akibatnya, beliau sekeluarga ditempatkan di tingkat lima dan tentunya mendatangkan masalah pada warga tua sepertinya memandangkan ketiadaan lif.
"Saya mewakili warga tua merasakan tidak adil kerana orang yang mengampu bersama pengerusi dan setiausaha memperolehi rumah paling bawah atau tingkat satu. Kami yang tua terpaksa mendaki tangga setiap hari-hari, " ujar beliau yang juga seorang ibu tunggal mempunyai lapan orang anak.
Sementara itu, Adun Teluk Kumbar, Abdul Malek Abul Kasim merangkap Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang ketika perjumpaan dengan penduduk Sungai Batu di pejabatnya semalam menegaskan, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya mampu menyelesaikan permasalah terkini bukan lagi bertanggungjawab menghuraikan masalah lama kerana ia telah di selewengkan oleh Umno.
"Itulah natijahnya mereka mempercayai Umno dan BN dalam pilihanraya umum terdahulu.
Kesannya penduduk sendiri sengsara tertipu dengan janji manis untuk kepentingan politik mereka, " ujar beliau.
Namun begitu katanya, beliau menerusi Kerajaan Negeri cuba membantu sebaik mungkin bagi memastikan mereka dapat gantian rumah yang dijanjikan.

Dipetik dari Harakahdaily.net

Rustam Sani meninggal dunia pagi tadi

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Penulis,aktivis dan penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun. -->-->
Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Difahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti.
Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.
Allahyaraham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.
Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum 'Pandangan Rustam' dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.
Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.
Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

23 April 2008

Kemaskini: Bekas menteri gatal dipercayai kawan baik TPM

BARU sekejap tadi TV3 melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an.

"Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak. Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib"
Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.
Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ianya tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah.
Begitulah kalau mereka yang terlibat itu bekas orang besar. Tetapi kalau ianya nelayan, penoreh getah atau pengayuh beca pasti nama dan gambarnya sudah disiarkan dalam media massa.
Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisa/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan.

"Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu"
Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak.
Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib.
Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu.
Menurut laporan berita TV tadi laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat 14 April lalu setelah empat hari kejadian.
Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan dan jaminan polis yang ingin menyiasat tokoh politik berkenaan. Sekarang ini beliau masih di luar negera. Sebaik-baiknya setiba bekas menteri berkenaan di airport polis terus mencekupnya dan di bawa ke balai polis.
BERITA SEBELUMNYA
Bekas menteri raba punggung wanita
KL: Seorang gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.
Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras suntuk menteri berkenaan.
Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.
Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.
Teman lelaki pelayan berkeranaan terus mendapatkan bekas menteri berkenaan.
Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.
Bekas menteri itu dikatakan sering ke kelab berkenaan untuk menghisap cigar (ceruk) di kelab berkenaan.
Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya menimbulkan seribu persoalan dan khabarnya ianya ada kena mengena dengan beberapa kelakuannya yang tidak senonoh sebelum ini.
Menurut sumber bloger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tiak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin.

Najib pembawa zaman gelap

Dr Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh Hamzah membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Ahmad Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh telah dijadikan batu loncatan oleh Dr Mahathir. Razaleigh mewakili politik lama, politik era Tunku Abdul Rahman – politik the British clubby gentleman – yang menuntut setiap kata dikotakan.Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Dr Mahathir inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokrasi. Justeru, Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.Sayugia, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib? Malah minggu lalu media arus perdana juga 'terjerat' dengan tipu helah Dr Mahathir apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Dr Mahathir ini bertujuan menaikkan syahwat Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri. Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul. (Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman masa hadapan)Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur - menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir. Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video - menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir. Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import), manakala tukang lipat spesies jantannya pula Nazri Aziz yang tersangkut dengan 600 permit teksi. Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.Apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan - di mahkamah, seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.Najib lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim. Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri. Manusia seperti Najib ini adalah "model" (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.Dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya - sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ke arah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.Jadi siapa sebenarnya Najib?Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup. Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek, Najib demi membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang 'dianggapnya' Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena "jantan di barisan lain dan betina di barisan lain" - ia akan terjadi lebih daripada itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.Buktinya: Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai 'ilmuwan Islam' telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah disambut dan disokong oleh Najib. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam.Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen. Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung bawah Dr Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan. Menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy. Salah bacaan politik jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation. Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri: Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Dipetik dari hasil tulisan Hishamuddin Rais

Cabul: Polis siasat bekas menteri

Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas menteri melakukan jenayah seksual di sebuah hotel bertaraf lima bintang berdekatan stesen Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang berumur 30-an di ibu pejabat polis daerah Brickfields pada Jumaat lalu.Dalam kejadian pada 14 April lalu, mangsa yang juga pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri tersebut sebelum mendakwa dicabul, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Kelab Rotary bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.Menurut laporan Bernama, Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.Beliau turut menegaskan, polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa.Beliau berkata, pihaknya akan memanggil bekas menteri terbabit untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanahair.Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan.Jika sabit kesalahan, ahli politik itu boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

JPP: Umno-BN cabuli kedaulatan Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR, 22 April - Usaha Umno-BN mewujudkan kerajaan dalam kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat disifatkan sebagai mencabuli kedaulatan Raja-raja Melayu. -->-->
Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yang mahu Majlis Raja-raja menasihati Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi segera membubarkan JPP.
"Kerajaan BN seolah-olah tidak mengiktiraf keputusan rakyat yang memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat mentadbir lima negeri dengan mewujudkan JPP," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
JPP katanya adalah badan penyaluran peruntukan pembangunan yang bukan kepada kerajaan negeri yang memerintah, sebaliknya satu jabatan lain yang terasing.
Ini sekaligus menghina kedaulatan Raja-raja Melayu yang menjadi paksi kepada rakyat di negara ini dan sekaligus pihak yang merestui pengwujudan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat selepas menang dalam pilihan raya umum lalu, katanya.
Beliau mendesak Majlis Raja-raja yang bersidang hari ini dan esok memperhalusi hal ini selain mendesak Perdana Menteri agar tidak mendiskriminasi negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
"Pertemuan esok yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri adalah landasan tebaik untuk mendesak kerajaan agar menghormati keputusan rakyat," kata Mahfuz.
Beliau juga tidak mendesak Majlis Raja-raja melihat soal tindakan Umno-BN dalam isu Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) selain isu Ketua-ketua Kampung di Perak yang hanya menimbulkan konflik.
"Mereka ini (Umno-BN) seolah-olah tidak mengiktiraf kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sedangkan ia adalah pilihan rakyat," katanya.

22 April 2008

Pembinaan Jambatan kedua di P Pinang ditangguhkan

KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah ditangguhkan berikutan masalah untuk mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk yang terbaik dan kos pembinaan yang meningkat.
“Ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya. Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan.
“Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asean Eropah, di sini hari ini.
Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab-sebab pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dikaji semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Beliau juga menjelaskan bahawa selain daripada pembinaan jambatan ini, ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.

Awas Hadis Palsu: Bacaan Al-Qur'an atas kubur satu Bida'ah

By: Azamin Amin

Hadis-hadis palsu seringkali digunapakai dalam amalan segelintir umat Islam yang perlu diperbetulkan malah wajar dibanteras penggunaan hadis tersebut dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menjadi lebih berleluasa.Sebagai renungan beberapa contoh yang disebarkan yang wajar dikaji semula adalah membaca Al-Qur'an ketika ziarah kubur yang bersandarkan kepada satu hadis iaitu : " Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada hari jumaat dan membacakan surah Yassin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan".Hadis sebegini telah dijadikan dalil untuk menjustifikasikan amalan membaca Al-Qur'an dikubur, kononnya amalan itu adalah suatu sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.Sedangkan ia merupakan sebuah hadis palsu yang mana kepalsuannya telah ditegaskan oleh para ulama hadis seperti Ibn Adiyy dalam Al-Kamil Fi Ducafa' Ar-Rijal, Az-Zahabi dalam Mizan Al-Ictidal Fi Naqd ar-Rijal, As-Suyuti dalam Al-Laili' Al-Masnu'ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu'ah.Satu lagi hadis palsu berkaitan membaca Al-Qur'an dikubur ialah yang bermaksud, " Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian dia membaca Al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan Al-Hakumut Takasur, lalu ia berdoa : " Ya Allah, Kuhadiahkan pahala pembacaan firman-mu pada kaum mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya ( pemberi syafaat ) pada hari kiamat".

Sunnah Memakai Jam Tangan Dengan Tangan Kanan

Shaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : Kami melihat sebahagian orang memakai jam di tangan kanan, mereka berkata bahwa yang demikian itu sunnah, ada dalilnya?Artinya : Sesungguhnya Yahudi tidak mencelup ( menyemir ) rambut-rambut mereka, karena itu berbedalah dengan mereka, dengan cara menyemir rambut kalian.Juga hadiths yang lain yang di dalamnya terdapat perintah untuk berbeda dengan musyrikin.Maka dengan hadis-hadis tersebut dapat kami simpulkan bahwa disunnahkan bagi seorang Muslim untuk bersemangat dalam membedakan diri dengan orang-orang kafir.Dan sepatutnya untukkita ingat bahwa membedakan diri dari orang kafir, mengandung erti bahwa kita dilarang mengikut adat kebiasaan mereka. Maka tidak boleh bagi seorang Muslim untuk menyerupai orang kafir, dan sudah selayaknya bagi kita untuk selalu tampil beda dengan orang-orang kafir.Diantara adat kebiasaan orang kafir adalah memakai jam di tangan kiri, padahal kita mendapatkan pintu yang teramat luas di dalam syari'at untuk menyelisihi adat ini. Walhasil mengenakan jam tangan di tangan kanan merupakan perlaksanaan kaidah umum, yaitu (mendahulukan ) yang kanan [1], dan juga kaidah umum yang lain yaitu membedakan diri dengan orang-orang kafir.