20 September 2008

Mahathir tidak setuju penggunaan ISA!!

Mahathir yang selama 20 tahun pemerintahannya telah menggunakan sepenuhnya akta ISA untuk menyelamatkan kedudukkannya. Tapi kenyataan beliau semalam sedikit mengejutkan saya.Beliau tidak bersetuju penggunaan ISA ke atas penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana bagi beliau mereka tidak melakukan ketegangan.
Malaysiakini melaporkan bahawa Mahathir berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.
Nampaknya Mahathir juga sudah pandai berbicara soal hak dan kebebasan bersuara. Beliau yang kini duduk diluar Umno pastinya begitu terasa dengan bahang ISA yang kini memburu para blogger termasuk beliau yang banyak mengkritik Kerajaan BN pimpinan Dollah.

Walau apa pun, Mahathir belum lagi sebut yang beliau mahukan ISA dimansuhkan. Pendapat beliau kini sama sahaja dengan Zaid Ibrahim dan pimpinan Umno yang tak sealiran dengan Dollah. Apa sahaja yang Dollah buat semua tak betul, tapi masa mereka buat dulu semua betul. Begitulah pemimpin Umno, 2X5=semuanya tak betul!

No comments: