23 October 2008

Al-Fatihah buat Samad Lefthanded

KUALA LUMPUR: Bekas gitaris kumpulan Lefthanded, Abdul Samad Mian 45, beliau yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari tadi.

Difahamkan Allahyarham terjatuh dipejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Ampang.Bagaimanapun ketika tiba di hospital berkenaan, pihak hospital mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Samad meninggalkan seorang balu Norliza Sumairi, dan empat orang anak berusia di antara 6 hingga 18 tahun.Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor patang ini.Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.

Menurut bekas vokalis Lefthanded, Nash, Allahyarham dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh."Saya tak dapat pastikan punca sebenar kematian beliau. Saya cuma diberitahu Allayarham terjatuh. Ini pun saya sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melihat jenazah arwah,"katanya.

Difahamkan Samad mengidap penyakit kencing manis.

No comments: