17 September 2008

Nasihat Muhyidin, Jangan Jumpa Pakatan Rakyat

"Salam Ramadhan untuk semua.

Tiba-tiba Abdullah mendapat penasihat baru, Muhyidin. Kenapa Abdullah akur dengan nasihat Muhyidin ini?

Baru beberapa hari lepas, masih panas, Abdullah terkejut dengan terjahan Muhyidin agar mempercepat pelan 2010. Muhyidin jugalah yang bertanggungjawab memasukkan semula TDK ke dalam UMNO, musuh nombor wahid Abdullah.

Takkanlah Abdullah begitu naif untuk menanggap agenda di sebalik terjahan maut Muhyidin itu. Sepatutnya, Muhyidin meneladani sikap terpuji Zaid Ibrahim, letak jawatan apabila tidak bersetuju. Kini, beliau akur pula dengan nasihat Mahyidin itu.

Sekurang-kurangnya terselit agenda tertentu. Pertama, pelan penyelamatan dirinya daripada dihentam dalam mensyuarat MT pada 18 September ini.

Kedua, agendanya untuk menguburkan Abdullah dengan membawa masuk TDM baru bermula. Kita sedia maklum Abdullah bukanlah perunding yang baik. Muhyidin percaya sebaik Abdullah berdepan dengan Anwar, Abdullah tentu cair secair ais di tengah terik mentari. Muhyidin percaya, agenda Anwar akan berhasil. Dengan itu pelannya akan terkubur! Tentunya, sekiranya Abdullah bersetuju tentunya Abdullah akan mengadakan tawar-menawar. Dan ini mestilah terangkum sama pelan penyelamatan maruah dirinya dan keluarganya.

Ketiga, Anwar menjelaskan yang beliau akan mendedahkan nama-nama MP BN yang akan melompat kepada Abdullah. Barangkali namanya terselit sama (siapa tahu kan).

Keempat, Muhyidin memang berniat untk menguburkan Abdullah sedalam-dalamnya. Dengan enggan berjumpa PR, Anwar dan PR akan mengadap Agong. Katalah Agong bersetuju, maka kejatuhanAbdullah amat aib. Nasib Abdullah, menantunya, anaknya, suku-sakatnya, tak dapat digambarkan nasib mereka di tangan Anwar.

Walau apa pun, kita penyokong PR harus bersabar, biarkan proses peralihan berjalan lancar mengikut kebijaksanaan pimpinan. Ruang dan waktu harus diberi kepada Abdullah untuk menilai kembali pendiriannya.

Wallahualam.

http://helangjagat.blogspot.com

No comments: