23 September 2008

Apakah Najib pun Ejen Zionis jugak?

Hari ini, Najib mengumumkan beliau menentang langkah menambat ringgit dalam menghadapi masalah ekonomi global yang semakin parah. Adakah ahli UMNO akan mendakwa Najib juga ejen zionis? Artikel ini mempersoalkan samada nasib anak-anak kita dan ekonomi Malaysia akan selamat di bawah Najib.

Datuk Seri Najib Razak, yang memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Kewangan semalam menegaskan, Malaysia tidak akan menambat semula ringgit seperti yang pernah dibuat oleh Tun Mahathir kerana yakin nilai mata wang tempatan itu cukup kukuh.

DULU, sewaktu Anwar menentang agar ringgit ditambat, maka menjerit-jeritlah ahli UMNO mendakwa Anwar ejen Zionis, Anwar ejen IMF, Anwar boneka Yahudi. Tun Mahathir dijulang-julang sebagai wira yang bijak kerana menambat ringgit.

KINI, bila Najib mengumumkan tidak akan menambat ringgit, ahli UMNO berdiam diri dahulu. Masyarakat maklum dengan budaya UMNO yang suka mengampu pemimpin dan sentiasa memijak-mijak pemimpin yang jatuh. Waktu Anwar dalam UMNO dahulu, melangit pujian ke atasnya oleh UMNO.

SELAMANYA, budaya mengampu subur dalam UMNO. Bangsa Melayu menjadi terhina berikutan sikap dan tindak tanduk mereka. Lihat saja di youtube tingkahlaku mereka sewaktu pilihanraya Permatang Pauh.


Sekiranya ada ahli UMNO dan SB yang membaca artikel ini, muhasabahlah diri sebelum tiba hari kamu diadili di akhirat..Allah dan Rasulnya MELAKNAT golongan yang suka menabur fitnah.

Kepada blogger-blogger di luar sana, baik UMNO atau PR, berhati-hati dalam menulis.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari kita sendiri.

Oleh melayunett

No comments: