29 October 2008

ROMPAKAN RM 1.67 BILION DIGAGALKAN

Satu rompakan besar duit rakyat yang telah lama di rancang telah dapat di gagalkan petang tadi.

Rompakan ini telah dirancang dengan licik sekali tetapi masih dapat digagalkan.

Rompakan RM 1.67 bilion ini telah digagalkan oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah bagun sebaris menentang rompakan Eurokopter EC725.

Minggu lepas satu gerombolan perompak dari kumpulan yang sama telah berjaya merompak Rm5 bilion duit KWSP. Ketika berita ini ditulis orang ramai masih lagi sedang mencari nama-nama perompak yang akan mendapat agihan duit rompakan RM 5 bilion itu.

Rakyat Malaysia di minta berjaga-jaga kerana lanun-lanun dan perompak-perompak ini masih berkeliaran. Perompak ini akan terus beruasaha walau pun kali ini rompakan mereka telah digagalkan.

Rakyat Malaysia wajib berwaspada kerana perompak ini sedang menggunakan nama jalan tulisan Jawi, Cina dan India untuk mengaburi mata orang ramai. Rakyat Malaysia juga diingatkan agar berwaspada agar tidak termakan racun perompak ini hingga menjadi lalai.

Perompak ini sedang menimbulkan hal ekuiti harta rompakan mereka yang mereka anggap masih belum mencukupi. Rakyat Malaysia jangan termakan racun ekuiti ini kerana ini ialah sebahagian dari taktik untuk melahirkan sangka buruk antara kita sesama kita. Bila kita bergaduh sesama sendiri maka inilah masa yang terbaik untuk mereka merompak.

Perompak dan penjarah ini memang cekap dalam pengunaan taktik Orang Melayu benci Orang Cina , Orang Melayu benci Orang India dalam usaha rompakan mereka.

Rakyat Malaysia diingatkan agar jangan lupa kepada satu jampi yang cukup mujarab untuk melawan perompak-perompak ini. Jampi ini ialah : Rakyat Bersatu Tidak Akan Di Tipu - ( Laporan Ajensi Berita TT)

Hasil Tulisan:Hishamuddin Rais (Tukar Tiub)

23 October 2008

Al-Fatihah buat Samad Lefthanded

KUALA LUMPUR: Bekas gitaris kumpulan Lefthanded, Abdul Samad Mian 45, beliau yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari tadi.

Difahamkan Allahyarham terjatuh dipejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Ampang.Bagaimanapun ketika tiba di hospital berkenaan, pihak hospital mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Samad meninggalkan seorang balu Norliza Sumairi, dan empat orang anak berusia di antara 6 hingga 18 tahun.Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor patang ini.Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.

Menurut bekas vokalis Lefthanded, Nash, Allahyarham dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh."Saya tak dapat pastikan punca sebenar kematian beliau. Saya cuma diberitahu Allayarham terjatuh. Ini pun saya sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melihat jenazah arwah,"katanya.

Difahamkan Samad mengidap penyakit kencing manis.

21 October 2008

Menyingkap penubuhan PKMM demi menuntut kemerdekaan penuh dari British

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.

Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya.

PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis.

PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Kedua-duanya memainkan perana dalam pucuk pimpinan awal parti itu:

Yang Dipertua: Mokhtaruddin Lasso
Naib Yang Dipertua - Dr. Burhanuddin Helmi
Setiausaha - Dahari Ali
Bendahari - Arshad Ashaari
Ahli Jawatankuasa - Ahmad Boestamam

Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan beberapa cawangan di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun Ahmad Boestamam telah dapat merenggangkan API dari PKMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan dari PKMM.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.

Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Bagaimanapun pengaruh PKMM tidak kekal lama. Antara sebab utamanya ialah kemunculan UMNO, parti yang lebih diyakini oleh orang-orang Melayu untuk memperjuangkan nasib mereka. Sebab-sebab lain ialah kegiatan-kegiatan PKMM yang anti-UMNO dan anti-penjajah sangat dicurigai oleh Kerajaan. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dianggap oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948[4], PKMM (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Masih aku teringat kata-kata ayah aku (Pak Cik Ban) yang mana ianya berbunyi begini:-

"Kita mendapat Kemerdekaan daripada British dengan menerusi TINTA, tetapi kita sebenarnya mengharapkan Kemerdekaan penuh dari British melalui SENJATA"

Mungkinkah jika kita mendapat kemerdekaan melalui senjata, Malaysia akan bebas sepenuhnya dari anasir-anasir penjajah seperti yang ada sekarang?Adakah sekarang ini kita mendapat Kemerdekaan penuh dari British?Perlukah apa yang diajar oleh guru-guru kita tentang sejarah Tanah Melayu ditelan bulat-bulat?Kenapakah pejuang-pejuang Nasionalis seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako, Shamsiah Fakeh, Dr. Burhanudin, Abdullah CD dan yang seangkatan dengannya dinafikan dan dilenyapkan jasa-jasa pejuangan mereka didalam sejarah menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu?Adilkah pejuang-pejuang bangsa ini dituduh sebagai pengkhianat?

British memilih UMNO untuk diberikan kemerdekaan kerana UMNO sahaja yang boleh diharapkan oleh British untuk menjaga kepentingan-kepentingan mereka didalam Tanah Melayu pada waktu itu.Untuk pengetahuan kita bersama Tanah Melayu adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil dan sumber aslinya.Demi kebobrokan mereka, demi ketamakan mereka, mana mungkin mereka melepaskan Tanah Melayu kepada yang lain selain UMNO.Kerana UMNO pada waktu itu kebanyakkannya dianggotai oleh anak-anak bangsawan, yang mana mereka semua ini bagai kerbau yang dicucuk hidung.

Apapun sejarah Malaysia perlu di kaji semula untuk anak-anak kita dimasa depan.Janganlah disorokkan fakta-fakta yang benar tentang sejarah kita.

20 October 2008

"Nasionalis Kiri" Shamsiah Fakeh meninggal dunia


Innalilahiwainahirojiun...

Salam takziah buat keluarga bonda Shamsiah Fakeh

Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah. Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.

Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa tidur seharian suntuk semalam.

"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, beliau sudah tidak ada. Wajahnya kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang berlainan bapa.

Tambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais hadir memberikan penghormatan terakhir.

Hujan lebat sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.

Menurut memoirnya, Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

15 October 2008

Sokongan Untuk Utusan Meloya - AMENO

Parti perkauman nombor satu di Malaysia Umno dengan angkuh dan sombong melancarkan kutipan untuk bantu Utusan Meloya yang tersohor nombor satu pemfitnah di Malaysia yang disaman Teresa Kok kerana fitnah !

Mangkuk-mangkuk ahli totok Umno senang dicucuk hidung dan beri sokongan kuat buat pemimpin Umno Cheras keturunan penyamun 'tarbus' arwah Syed Abas Al Habsee pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang sedikit masa dulu yang bersekongkol dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta MPPP dan Umno untuk menyeleweng tanah sekangkang kera yang di wakafkan oleh Allahyarham Tn Hj Kassim di Kampung Makam Jalan Dato Keramat Pulau Pinang di tengah George Town bernilai jutaan ringgit.

Kesinambungan tradisi menipu Melayu oleh geng-geng mamak dan yang mengaku keturunan Arab celup mudah perdaya bangsa Melayu yang senang dijual dan gadai ! Sejak dulu lagi kaum-kaum inilah merosakkan bangsa Melayu yang 'simple' dan mudah percaya bukan 'mudah lupa' seperti saranan seorang lagi penipu besar bangsa Melayu bapak putar alam Mahazalim Madey dari Malbari !

Kebodohan ahli parti Melayu penyokong si Arab celup ini sungguh menghairankan ,dengan modal slogan mempertahankan 'bangsa Melayu,membela ketuanan dan hak ' maka ayat perkauman terkenal ini akan dijadikan modal me'lembu'kan ahli-ahli Umno untuk menyokong seratus peratus puak-puak penipu ini atas nama pembela bangsa dan agama, lihat sajalah keahlian dalam pimpinan Umno kaum mana yang banyak memegang jawatan, adakah Melayu seratus peratus?

Buta huruf kah mereka atau buta akal kerana semua penjelasan telah pun dikeluarkan oleh MP dari Seputih tentang kes azan,tulisan jawi dan lain-lain yang diputar reka oleh media pengampu perdana tapi masih lagi buta mata dan pekak badak si ahli-ahli Umnoi !
Dengan angkuh dan sombong mereka memulakan dengan sumbangan RM 20 ribu untuk permulaan demi mempertahankan akhbar penipu dan pemfitnah besar Utusan Meloya yang mungkin kebanyakkan pemberitanya tidak beragama , kerana jika beragama walau yahudi sekalipun mereka tidak akan sanggup makan duit haram yang jadi gaji bagi mereka dengan kerja memfitnah ,berita berunsur perkauman dan menipu serta laporan jahat ! Halalkah duit gaji itu yang jadi nafkah makan anak dan isteri? Tidak takut kah terpaksa menjawab depan Rab'bal Jalil di hari kemudian nanti?

Kesungguhan memburuk-burukkan dan memfitnah Teresa Kok sangat menghairankan kerana seperti ketakutan akan segala pembongkaran beliau atas semua penyelewengan pemimpin Umno ,maka hanya dengan cara membunuh 'karekter' beliau sahaja yang mungkin mereka nampak akan berhasil menutup segala pembongkaran najis kebejatan pemimpin-pemimpin Umno !

Tetapi mereka lupa rakyat marhaen kini bukan yang seperti dulu percaya bulat-bulat apa saja yang keluar dari mulut pekung pemimpin-pemimpin Umno/BN, mereka sudah celik dan mahu perubahan bukan seperti banyak dalam Umnoi yang sudah dicucuk hidung dan akal !
Masa kini perlu perubahan dan pemikiran drastik /kritis bukan terima bulat-bulat apa saja yang keluar dari tong najis media Umno ! Bukalah minda dan mata hati untuk melihat kebenaran yang dituntut Islam !

Wassalam

Kini masa untuk ubah kerajaan kelentongan !

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Oleh: jingoza
amuraria-alikram.blogspot

09 October 2008

Bermulalah Perang terhadap Najib Razak


Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.



Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.

Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.

Di banner ini pula tertulis,

“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?

Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
Membeli isteri orang untuk dikahwini.
Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
Misteri pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”

Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.

Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.

Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.

Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.

(Gambar dan Tulisan dari Blog Amin Iskandar)

08 October 2008

Surat Bapa Altantuya bela RPK


Diatas adalah surat yang dikirim oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Dr. Shariibuu Setev kepada Raja Petra Kamarudin (RPK) yang kini terpenjara selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting dan sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diatas tuduhan dibawah Akta Hasutan.

Surat tersebut dikirimkan olehnya kepada penulis blog Susan Loone yang ditulis dengan tulisan tangannya sendiri. Terjemahan dalam Bahasa Inggeris surat tersebut berbunyi begini:

I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity.

I understand that the below issues were directly connected with murder case of my daughter:

- Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French?
- Who was attending in the trip to French and what did they do?

If it could make clear those issues, they would understand every thing. Why is there so much force and influence in the case? Because there was a serious issue. Thus they destroyed my daughter.

Unfortunately, they pressed down Mr.Raja Petra’s statement. I think this issue needs to get attention from international human right organizations.
He (RPK) shouldn’t be a victim of politic for justice. It would be justice if they release Mr.Raja Petra.

As we are, all Mongolian worry for him and his justice, we lack of information on truth and situation.

Signed:
Mongolian citizen:Shaariibuu Setev
06.Oct.2008

Dalam surat tersebut, Dr. Shaariibuu turut mempersoalkan tentang siapakah yang menguruskan visa Altantuya untuk ke Perancis. Selain daripada itu beliau merasakan bahawa RPK menjadi mangsa ISA kerana membongkar pengelibatan pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Diharap teman-teman penulis blog yang bersimpati kepada RPK dapat turut menyiarkan surat ini diblog masing-masing

Mansuhkan ISA!!!

07 October 2008

JAKIM yang tak berKUASA

Rasanya soal halal haram barangan pengguna Islam seolah-olah seperti dipandang remeh oleh pihak JAKIM. Apa yang mengelirukan terdapat beberapa barangan yang dijual di pasaran yang berlabel Halal JAKIM langsung tidak dapat dikesan dalam direktori halal JAKIM sendiri. Soalnya mengapa hal ini terjadi.

Sebagai seorang yang beragama Islam apabila kita mendapat maklumat daripada artikel-artikel yang dibaca, kita berasa bimbang dan ragu akan kesahihan logo halal JAKIM tersebut.

Kita kerap kali terbaca sama ada dalam forum atau dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri tentang keraguan sesuatu produk itu.Tapi sayangnya pihak JAKIM gagal menanganinya dengan baik.Isu Roti High5 dan produk Syarikat Silver Bird yang dikatakan mengandungi lemak babi sampai sekarang masih belum terjawab.

Kita dapat lihat apabila produk syarikat tersebut masih terjual dengan logo halal JAKIM.Tapi apa yang mendukacitakan apabila dirujuk pada direktori halal JAKIM tidak ada sebarang pengesahan halalpun.

Begitu juga dengan isu barangan Apollo dan Wall's yang heboh diperkatakan terdapat sumber yang tidak halal digunakan, pihak JAKIM langsung tidak memberikan sebarang respon.Hanya pihak syarikat terbabit sahaja yang mengeluarkan kenyataan.

Sebagai pengguna kita masih lagi terkeliru dengan penggunaan kod E pada kandungan makanan yang kita tahu ia merupakan kod yang digunakan bagi lemak haiwan dan sayuran.Tetapi soalnya berapa ramai pengguna Islam yang tahu tentang kod tersebut.Yang menghairankan mengapa sumber lemak sayuran juga menggunakan kod E. Apakah pihak JAKIM hanya berpeluk tubuh sahaja.Tiada langsung usaha untuk membezakan antara kod bagi lemak haiwan dan lemak sayuran.

Tidak perlu pergi lebih jauh, sosej yang dikatakan menggunakan sumber lemak babi tidak lama dulu juga sampai sekarang tidak dimaklumkan tentang syarikat mana yang terbabit.Hal ini sangat mendukacitakan kita di mana para pemimpinnya sentiasa mencanangkan untuk menjadi pengeluar makanan halal terbesar di dunia.

Itu belum lagi yang berkaitan dengan pakaian seperti kasut,selipar dan dompet yang sesetengahnya dikatakan menggunakan kulit babi.

Kepada para pegawai yang duduk di kerusi empuk di JAKIM tu jangan lena kat sana.Jangan biarkan umat Islam makan makanan yang bersumberkan haram.Rasanya tidak salah mewujudkan satu program di RTM yang dapat menjelaskan tentang semua ini.Jangan makan gaji buta aje.

03 October 2008

Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !!

Ramai pihak kini panik dan tertanya-tanya, apakah punca sebenar Pengendali laman web Malaysiatoday ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sedangkan kes yang beliau hadapai itu, jika dibawa ke mahmakah pun kerajaan belum tentu menang.

Tuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk tulisan pada "komen artikel" adalah amat tidak wajar sama sekali. Semua orang tahu bahawa "komen artikel" boleh ditulis oleh sesiapa pun dengan menggunakan nama samaran. Mungkinkah beliau diperangkap oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha menyelamatkan kepentingan politik peribadi masing-masing?. Inilah yang sedang dinilai oleh rakyat.

Jika sekadar bersandarkan kepada hina agama dan Nabi, lebih banyak kes yang sepatutnya ditahan ISA sebelum ini. Bukankah kita pernah digempar dengan individu yang mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan sebagainya. Mengapa pulak "Ayah Pin" tidak ditangkap dan ditahan ISA? Umum mengetahui bahawa kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Begitu juga dengan laporan bekas Ustazah yang murtad iaitu Kamariah Ali, 54, yang berkelulusan pengajian agama dari Asia Barat. Beliau merupakan anak buah ayah Pin yang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan tersebut. Ini belum lagi kes yang melibatkan artis Rosnah Mat Aris yang dihebohkan dimedia baru-baru ini. Bahkan apa yang dilakukan oleh Rosnah itu jelas sekali "menghina" Nabi dan Islam? Mengapa beliau tidak didakwa dan ditahan ISA. Walhal apa yang dilakukan oleh mereka ini lebih jelas dan nyata dan ada faktanya. Bahkan kenyataan Rosnah pula disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ribuan penonton. Begitu juga dengan Ayah Pin, perbuatan beliau jelas "menghina Islam" dan telah menarik ramai pengikut untuk mendalami ajaran sesatnya itu. Tetapi mengapakah mereka semua terlepas dari hukuman dibawah akta ISA?. Apa bezanya Raja Petra dengan mereka-mereka itu? Inilah yang dikatakan undang-undang "double standard" yang diamalkan oleh kerajaan kita.


Bila disiasat semula kes ini, sedarlah kita bahawa Raja Petra ditahan atas "satu sebab lain" sebenarnya. Ini kerana sebelum ini beliau pernah berkata akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak. Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang. Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis. Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis. Oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis. Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu. Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan :-

Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (Pakar Letupan C4 orang yang bertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.

Memandangkan keputusan kes tersebut akan diumumkan sekitar penghujung bulan Oktober ini, maka peluang untuk Raja Petra mengeluarkan lebih banyak bahan bukti akuan berkanunnya "terhalang". Dengan itu, proses keadilan akan gagal ditegakkan bila perkara sebenarnya disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mungkin atas alasan inilah agaknya, Raja Petra akhirnya ditahan atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal kes yang sama melibatkan orang lain dibiarkan bahkan hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah sahaja. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi gambaran tentang betapa lemahnya sistem undang-undang di negara kita. Bila individu itu dikatakan boleh mengancam negara hanya kerana mereka memegang dan mempunyai bukti kukuh tentang penyelengan dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Kita tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Namun tiada pihak pula yang mengambil tindakan "saman" terhadap Raja Petra selepas akuan berkanunnya itu dilaporkan kepada pihak polis. "Hina Nabi: Bicarakan Raja Petra Di Mahkamah Terbuka !"

[Sebenarnya ini jelas sekali membuktikan kepada kita betapa pincangnya amalan undang-undang di negara kita sebenarnya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Bahkan ISA itu sendiri sepatutnya dihapuskan demi memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Kiranya akta itu terus dipertahankan maka selagi itulah amalan undang-undang negara kita akan ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa].