27 December 2008

Bila pemimpin Islam lupa diri dan memperlekehkan Hudud

Saya agak kecewa apabila membaca tajuk artikel dibawah yang tersiar di Agenda Daily memetik kata kata atau kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkecilkan hasrat dan matlamat Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan Syariah Islam dibumi Malaysia ini.

'Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS' – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu'


SOALAN
Saya ingin bertanya bakal Perdana Menteri Malaysia ini akan apa sebenarnya agama yang dianuti nya?

Siapa Tuhan nya?

Siapa Nabi yang diutuskan kepada nya?

Apakah berlainan Tuhan yang disembah oleh Mohamad Najib bin Abdul Razak ini?

Jika memang berlainan, saya tidak hairan akan cara manusia yang bakal dilantik oleh Yang di Pertuan Agong Malaysia menjadi Perdana Menteri negara yang kononnya 'Negara Islam' ini berkata dan memperlekehkan hasrat murni umat Islam yang berjuang melalui Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan panji panji Allah dimuka bumi Malaysia ini!

Jika yang disembah Mohamad Najib Abdul Razak ini sama dengan kita umat Islam seMalaysia, saya ingin mengetahui apakah perkara yang membuatkan manusia ini sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam di tanahair ini sehingga mudah mempertikaikan dan memperkecilkan niat pimpinan Parti Islam seMalaysia didalam memperdaulatkan Ad Deenul Islam?

Apa benda yang susah sangat hendak difahami makhluk bernama Mohamad Najib ini tentang perlunya kita selaku umat Islam menegakkan Syiar Islam dengan sebaik mungkin didalam kehidupan kita yang bersifat sementara ini dengan peruntukan kuasa yang Allah Azza Wa Jalla kurniakan pada dirinya?

Apakah Najib merasakan dirinya akan hidup kekal selama lamanya dan boleh melupakan bahawa segala yang berkuasa sekarang ujud hanya dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Manusia yang sombong dan bongkak dimuka bumi ini akan ditimpa bala bencana baik semasa hayatnya mahupun setelah ruhnya berpisah keluar dari jasadnya sebaik tiba ajalnya!

Tidak terawal barang sesaat atau terlewat barang sedetik!

Sadar lah diri kamu wahai saudara Najib dan sebaik mungkin carilah jalan penyatuan ummah dari berkokok bongkak tanpa perlu terhadap hasrat sesama Ummah mendaulatkan Hukum Allah!

Kekadang musuh Islam itu bukan datang dari luar tetapi dari kalangan mereka yang mengaku sesama Muslim kita sendiri!

Kepada pucuk pimpinan PAS, saya menyeru agar tidak terus bersekongkol dengan musuh Islam dan terus berjuang secara istiqamah tanpa perlu menggadaikan prinsip perjuangan parti selama ini.

Jika tidak integriti parti PAS akan hancur berkecai reput seperti kayu dimakan anai anai!

Berwaspadalah terhadap serigala berkulit bebiri didalam permuafakatan bersama seteru seteru Ad Deenullah.

by MAHAGURU58

03 December 2008

Kereta bawa penumpang ke 4 dibelakang boleh disaman

"KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Dipetik dari Harian Metro.

Dimanakah rasionalnya peraturan seperti di atas ?

Bayangkan jika sebuah keluarga yang mempunyai 6 orang dan hanya mampu memiliki sebuah kereta penumpang biasa bukan MPV atau Van atau pun Bas. Jika kereta hanya dibenarkan membawa 5 orang sahaja,bagaimana nasib anak ke 6. Hendak ditinggalkan di rumah, siapa yang nak jaga ? Andai ditinggalkan di rumah, berlaku kejadian culik umpamanya, sudah tentu bapa pula akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana cuai terhadap keselamatan anak.

Adakah undang-undang tersebut praktikal dan relevan untuk dilaksanakan ? Sama-samalah kita fikirkan. Diharap wakil rakyat kita dapat membincangkan di Parlimen berkenaan undang-undang yang hanya membenarkan hanya 5 penumpang sahaja bagi sebuah kereta."