Showing posts with label Kolum. Show all posts
Showing posts with label Kolum. Show all posts

24 August 2008

Sumpah Menyumpah Menyampah

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berita-berita berkenaan dengan sumpah menyumpah.Dan sesungguhnya kini sudah terlalu banyak persoalan yang kian menerpa di fikiran kita terhadap para pemimpin yang selama ini yang tidak cukup dijawab hanya dengan sekadar satu ayat iaitu SUMPAH.

Adakah dengan hanya bersumpah kita dengan ini boleh terlepas dari menghadapi pertuduhan kesalahan kita?Jika inilah apa yang dipratikkan dan digemari oleh pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini, kita dengan ini ingin mencabar Syed Hamid Albar agar membenarkan tahanan-tahan ISA yang ditahan dengan kejam agar dibenarkan bersumpah.

Dan jika tahanan ISA ini dengan rela untuk bersumpah dan menjunjung Al-Quran menafikan kesalahan-kesalahan mereka hendaklah mereka ini dibebaskan dengan serta merta.Apa yang kita inginkan ialah sistem keadilan yang benar-benar adil, telus dan bertanggungjawab tanpa memilih bulu terhadap sesiapa pun.

Sekiranya puak-puak kerajaan BN sanggup mengiktiraf sumpah Najib sebagai sah di sisi agama kita dan undang-undang negara sehingga membolehkan nama baiknya dibersihkan dengan hanya satu sumpahan itu, maka kita dengan ini berharap agar Syed Hamid Albar meyahut cabaran ini agar dibenarkan tahanan-tahanan ISA pula bersumpah untuk menyatakan bahawa mereka juga tidak bersalah dan telah ditahan dengan salah dan kejam oleh pemerintah.

Kesimpulannya, beginilah sikap Kerajaan BN yang suka mengambil jalan mudah dalam semua perkara. Soal intelek atau keadilan sering ditolak ketepi kerana yang penting kekuasaan mereka mesti dipertahankan, anak beranak mesti diperkayakan dulu dan rakyat seharusnya diabaikan.

23 July 2008

Malaysia Dilanggar Todak

Setelah berjaya mendapat Pedra Branca (Pulau Batu Putih) yang mana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Mei lalu telah memihak kepada republik itu, Singapura berusaha menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh.

Tidak mustahil mereka akan membuat tuntutan yang lebih berani pulak selepas ini jika mereka berjaya dalam tuntutan tersebut.Satu persatu akan dituntut oleh mereka. Bayangkan apa akan terjadi lagi 20 tahun dari sekarang?Apakah Johor pun akan mereka tuntut dengan melalui WPI?Adakah orang Melayu Johor akan merempat di tanahair sendiri?

Inilah padahnya apabila Kerajaan Pemerintah terlalu leka dan sibuk mengumpul kekayaan bersama-sama kroni sehingga kedaulatan Pulau Batu Putih yang sepatutnya milik kita terlepas ketangan orang lain.Pemimpin-pemimpin ini tidak menghiraukan maruah bangsa dan negara kita yang hancur kerana keasyikan mereka merompak harta rakyat.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa agar pemimpin-pemimpin sebegini dijatuhkan dan digantikan dengan pimpinan dari Pakatan Rakyat yang ikhlas demi melihat maruah bangsa dan negara tidak tergadai.

21 July 2008

Mahkamah Diperkuda Menambah Episod Duka

Apakah kita tidak merasa pelik apabila akuan bersumpah RPK yang dibuat secara sah dan berperundangan telah diketegorikan sebagai suatu fitnah.

Sepatutnya pihak yang dikaitkan didalam akuan bersumpah RPK patut dipanggil ke Mahkamah.Sebaliknya ia dirumuskan sebagai suatu fitnah.
Apakah episod Mahkamah menjadi kuda tunggangan Pemerintah akan ditayangkan lagi.

Percayalah selagi kes ini tidak selesai, selagi itu jumlah wang yang banyak akan dikeluarkan oleh mereka yang berkenaan untuk menutup kes ini dari diketahui umum.Cuba kita bayangkan berapa banyak wang yang dikeluarkan puak-puak ini untuk "menyimpan" Bala Subramaniam diluar negara.

Apapun tabik hormat patut diberikan kepada RPK yang berani kerana benar.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar kebenaran dan hak akan menjelma diakhir episod itu nanti.

01 July 2008

FILEM : SODO MEE PART TWO- Hishamuddin Rais

Alamak gua dengar filem Sodo Me karya Brad Pittail akan di buat lagi. Sodo Mee Part 2 ini akan dibuat dengan lebih gempaq. Gua dengar dengan sahih si pengarah Brad Pittail sudah mulakan penggambaran. Iklan-iklan telah bocor di akhbar-akhbar. Pelakon utama telah ditemui.

Dengar-dengar nya filem Part Two ini amat gah TETAPI lokasinya masih belum di tentukan. Inilah standard filem Melayu. Leceh. Kata nak buat filem gempaq. Lokasi pun belum jumpa. Bila di tanya Brad Pittail di mana lokasi tempat Sodo Mee terjadi , dia berkata: lokasinya berlaku di dalam kondo di Jalan Pantai , di kondo di Jalan Bangsar dan di kondo Damansara dan terus ke kondo Segambut. In best punya Sodo Mee beb. Makan tak habis.


Woit! Ada berapa ribu kondo di sana? Yang mana satu kondo yang betul. Ini nampaknya bukan filem Sodo Mee Part Two. Kalau kondo panjang-panjang dan nama kondo pun tidak jelas ini samalah seperti kempen undilah Shahrizat Gadis Pilihanku. Biar betul. Kalau macam itu baik cakap Sodo Mee ini berlaku di semua kondo-kondo di Kuala Lumpur, di Shah Alam, PJ , Kelang dan Senawang. Baru boleh cover line. Lebih safe. Pukul borong. Pasti lokasi tak salah.

Ingat tak… skrip filem pertama dulu pun macam ini juga. Mula-mula Sodo Mee Part One berlaku di kondo Bukit Bangsar. Tapi bila crew pergi check kondo ini pun belum siap dibuat. Macam mana nak menegang Sodo Mee kalau kondo belum siap. BerSodo Mee atas simen sakit…. beb. Tak percaya cuba try. Kah kah kah. Inilah filem kita berwajah kita.

Woit! Brad Pittail. Takkan drama ke dua ini macam skrip pertama juga. Kan filem pertama dulu dah tak laku. Kalau nak tipu, tipulah. Menipu bukan satu kesalahan. Yang salah apabila orang tak percaya.

Lakonan pegawai polis ini pun satu hal lagi. Dalam drama mesti ada aksi. Baru orang tengok syok. Lakonan polis ini sudah tidak masuk akal. Semua dilok polis sudah bikin kacau. Semua bikin susah. Mana dilok yang betul? Mula-mula cakap laporan penggambaran Sodo Mee ini dibuat di Balai Polis Jalan Travers kemudian laporan ini dibuat dekat pondok polis Hospital KL. Mana satu lokasi yang betul. Nak shoot pakai crane pun biarlah hati-hati. Dari Jalan Travers ke HKL berapa jauh daaa… Holywood pun tidak boleh buat satu long shot 10 kilometer jauhnya. Pasti kabur . Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Dilok Bakreee Senin dalam ‘act one’ cukup tidak meyakinkan. Dialog ini tak masuk akal. Dalam filem Sivaji The Boss balai polis hanya dijaga oleh Tok Sarjan Saab. Dalam Sodo Mee Part Two yang menjaga Balai Travers ialah Tuan Bakree Senin sendiri. Apa hal gedebe ini menjaga balai. Tuan Bakree Senin ialah seorang OCPD. Tuan OCPD tidak jaga kaunter balai untuk ambil laporan. Dia tinggal dalam bilik khas. Ada kipas angin. Kerja OCPD Saab bukan ambil laporan atau buat teh. Ni yang buat kepala pening nonton filem Melayu.

Semakin lama filem ini berjalan semakin kelam kabut jalan ceritanya. Laporan Sodo Mee ini diambil di mana ? Ulang shoot sekali lagi ke ? Di Balai Travers atau di Pondok Polis HKL? Alaaa bradeer…. kalau Marlon Brando berlakon pun gua rasa payah dia nak deliver line macam ini. Aku rasa aktor Bombay Jalalaludeen Hasani boleh jadi OCPD macam dalam Sivaji. Tapi kalau abang dia berlakon gua rasa kentut pun tidak ada bau.

Gua kurang faham kenapa si Mamat yang bernama Brad Pittail ini menjadi pengarah Sodo Mee Part Two? Si Mamat yang mengarah ini pun bukan hebat sangat otaknya. Semasa belajar dahulu dia slow sikit ( ini class mate dia seorang big lawyer yang joging hari-hari di Lake Garden bagi tahu). Dia slow kerana semasa kanak-kanak dia dihinggapi oleh wabak kurang cerdik. Mungkin badi wabak ini telah merosakkan daya fikir si Mamat ini. Itu fasal apabila dia bikin skrip drama, orang tidak percaya jalan ceritanya. Bila dia menjadi pengarah, cerita menjadi tidak lengkap dan berserabut.

Betul-betul filem Melayu. Turun lokasi dulu kemudian baru buat skrip dan cari pelakon extra. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. Hidup PDRM… opps Hidup FINAS.

Gua dengar skrip ini telah di ambil dari skrip lama filem Fitna Al- Sodom Al Drebarli. Skrip ini telah memenangi hadiah ke 3 peraduan skrip anjuran Matt Madey. Brad Pittail dipilih menjadi pengarah, bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia bernasib baik. Ketika Matt Madey jadi PM ( production manager) dahulu, Madey cukup prihatin dan telah banyak membantu pelakon-pelakon Orang Kurang Berfikir (OKB) seperti pelakon Nazri, Fidah, Sami, AG dan GIP. Matt Madey cukup suka bergelojak dengan OKB. Matt Madey sebagai PM cukup cerdik mengemut bujet dan amat bijak dalam hal mengumpulkan pelakon-pelakon OKB ini. Kerana kurang berfikirlah maka Brad Pittail dapat menjadi pengarah. Kah kah kah.

Tentang lakonan? Satu habuk pun penonton tidak akan percaya. Yang paling tidak meyakinkan ialah adegan lakonan hero filem ini dalam Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa pelakon utama filem ini digambari dengan seorang Mamat Hitam Lagi Pendek Lagi Muka Tak Laku. Mukanya Mamat Hitam ini macam muka Aman Belon.

( Siapa Aman Belon ? Gua penonton filem Melayu yang setia. Gua tahu siapa Aman Belon. Muka Mat Hitam itu macam muka Aman Belon. Kalau tidak caya sila tanya Bapak Saudara gua Lebai Google.)

Apakah perlunya bergambar di dalam opis TPM? Siapa Mamat Hitam Pendek ini? Apa peranan dia dalam filem ini? Aku rasa Mamat Hitam ini adalah Mamat Bottom. Kalau muka gebu macam dia ini, kalau gua pengarah gua minta dia berlakon jadi hantu. Macam Aman Belon dalam cerita Pontianak. Mesti Rosmah…. opps Maria Menado menjadi takut.

Pelakon utama filem Sodo Mee Part Two ini gua dengar ialah pendatang baru yang bernama Sinful Buka Harihari ( tidak ada tali persaudaraan dengan si penyeludup beras di Perlis). Apa yang dia buka hari hari itu gua pun tidak tahu. Buka seluar ke atau buka punggung. Tingginya hampir enam kaki. Bila bergambar dengan Mamat Bottom itu gayanya betul-betul macam Wahid Satay berdiri disebelah Aman Belon. Kah kah kah. Filem kita berwajah Bottom ….oops berwajah kita.

Apa yang tidak masuk akal ialah apabila adegan Sinful hendak di liwat oleh seorang tua berumur 60 tahun , kenapa si Sinful TIDAK menendang atau menerajang si peliwat yang semakin tua ini. Kenapa tidak menggunakan ‘method acting’ atau ‘kung fu Bruce Lee. Adegan ini skripnya tidak di tulis dengan betullaaa. Kalau ada pergaduhan lagi best. Lagi suspens. Lagi erotik. Inilah skrip filem Melayu kantoi all the time.

Penonton berfikir….mustahil hero kita yang baru berumur 23 tahun, tinggi 6 kaki tidak dapat menendang bakal peliwat yang sudah berumur 60 tahun. Kenapa tidak ada struggle dalam adegan ini. Patutnya ada dialog – ‘ ciss orang tua 60 tahun….jangan liwat bontot aku jika kamu tidak ada Ky Jelly…’ Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Ingat tidak Maria Schneider yang nak di liwat oleh Brando dalam Last Tango In Paris pun ada tendang menendang. Ingat atau tidak adanya butter yang di gunakan oleh Brando. Semasa Bernardo Bertolucci membuat adegan ini berapa kilo butter terbarai. Ini baru skrip yang meyakinkan.

Dalam Sodo Mee Part Two ini tidak ada adegan melawan. Ini amat-amat kurang meyakinkan. Hampir mustahil seorang anak hero yang lubang bontotnya hendak di jolok tidak dapat melawan. Kalau dia tidak jaga bontonya siapa yang akan menjaga. Apakah perlu JJ datang membantu? Lagi bahaya nanti , kena raba-raba sebelum dijolok.

Orang ramai telah mula bercakap tentang skrip filem Sodo Mee Part 2 ini. Kegagalan skrip ini sudah nampak jelas. Kalau skrip ini gagal satu lagi krisis pasti akan timbul. Matt Madey tuan punya skrip original akan bertindak menyaman pengarah filem ini. Saman akan diajukan kerana filem Part Two ini telah memalukan Matt Madey penulis asal skrip ini.

Dari majalah Cine Revue du Fou, saya difahamkan mungkin skrip filem ini dapat di selamatkan dengan prop yang cukup menarik. Kali ini TILAM dan Bantal buruk yang ada dalam skrip asal tidak akan dipanggil untuk berlakon. Saya difahamkan tilam dan bantal akan diganti dengan minyak lintah dan kain gebar. Dan besar kemungkinan ada beberapa prop baru yang sedang direka oleh Brad Pittail. Prop-prop inilah nanti diharapkan akan meyakinkan penonton Malaysia.

Saya juga mendengar beberapa ekor lintah hidup juga akan dibawa sebagai pembantu ‘special effect’ untuk mengeluarkan darah dalam babak pemeriksaan doktor. Darah perlu menitik keluar dari bontot Sinful Buka Harihari untuk menyeramkan penonton. Satu kamera angle yang unik sedang disusun di mana lintah tidak kelihatan tetapi darah menitis keluar dari bontot. Ini gua rasa akan menjadi satu adegan yang lebih hebat dari Last Tango.

Kalau adegan darah meleleh keluar dari bontot Sinful Buka Harihari ini dapat dikamerkan maka gua yakin filem Sodo Mee Part Two ada peluang untuk di murtabakkan sebagai filem lawak Melayu Internasional untuk kurun ini. Gua rasa kalau scene ini berjaya gua yakin Sodo Mee Part Two boleh bertanding untuk mendapat piala Le Fou du Monde di Cuntt Filem Festival. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

JANGAN PERCAYA KEPADA RAJA-RAJA- Hishamuddin Rais

Dari zaman saya kanak-kanak lagi saya telah tidak percaya kepada segala bentuk raja. Apa bendanya raja raja ni? Guli apa yang dipanggil raja ini. Entah apa cenerah yang dipanggil raja. Entah apa ke pundingnya di panggil raja. Natang bewok gapo rajo ni?
Sampai ke Senaling saya pun tidak akan percaya kepada raja – terutama kalau namanya Raja Petra.

Raja Petra ini entah orang entahkan biawak. Biar betul. Apa bakulnya raja Petra ni ? Siapa yang menjadikan dia raja. Dari lubang mana Mamat ini keluar. Dari bukit mana dia muncul. Saya tengok gambar Mamat ini mukanya macam Gurkha dari kem Paroi. Pelik . Kalau benar dia Petra apa ke jadahnya dia di Malaysia. Petra patut duduk di Jordan.

Semua raja adalah karut bin marut, terutama Raja Petra. Dia ini adalah raja kacau daun. Raja bikin kacau. Kalau betul Petra ini seorang raja, dia mesti ada kuda, mesti ada gajah. Kalau tidak ada kuda macam mana hendak kelim jadi raja. Kalau JJ kelim dia Raja Raba Bontot saya percaya kerana saya pernah tengok gambar JJ naik bontot kuda. Kerana itu wajib JJ kita ini dinobatkan sebagai Raja Raba-Raba Bontot atau JJRRB.

Saya cukup naik darah pada minggu ini. Kerana saya marah maka saya buka tiga botol Moet Chandon. Saya marah apabila saya mendapat tahu Raja Petra ini telah membuat Akuan Bersumpah.

Saya cukup marah apabila sumpah Raja Petra ini diajukan kepada dot dot dot….. Saya tidak berani nak sebut nama Minah ini. Minah ini Minah suci. Namanya tidak boleh disebut di khalayak ramai. Bahaya. Apabila Minah ini marah terbarai gelang emasnya. Kalau Minah ini bertambah marah dia akan letupkan perut kita. Minah ini ada ‘power’ beb.

Itu fasal akhbar Star hanya berani menggunakan perkataan – a prominent lady. Utusan Malaysia pun tidak berani menyebut nama Minah dengan penuh. Tidak ada title Datin Seri pada pangkal nama Minah ini. Malah Mansor nama ayah Minah ini pun tidak di tulis. Ini kerana Minah ini cepat naik angin. Bayangkan akhbar Star dan Utusan Malaysia yang kaki bodek ini pun takut. Kalau kena sumpah Minah ini perut ketua pengarang boleh meletup.

Tapi…. geng Cina saya bagi tahu bahawa akhbar Cina semuanya buat cerita muka hadapan tentang Akuan Bersumpah Raja Petra. Ini pelik. Macam mana akhbar Cina berani sangat. Mereka tidak takut kena dot dot dot … ke? Saya agak akhbar Cina ini kebal sikit kerana ketua pengrang nya makan daging babi. Mengikut kata Tok Guru saya sesiapa yang makan daging babi tidak akan kena ilmu hitam. Sumpah dan ilmu hitam Minah ini tak menjadi kalau kita makan babi. Kah kah kah.

Saya amat yakin lagi percaya bahawa perbuatan Raja Petra betul-betul tidak masuk ajar. Saya kesian melihat muka Mat Najib bakal PM saya itu. Dia kena ambush oleh wartawan di parlimen. Terketar-ketar dan bertambah merah bibirnya dan bertambah gugur rambutnya. Mat Najib TIDAK menjawab soalan wartawan dalam Bahasa Melayu tapi dia speaking. Ini semua kerana kerenah Raja Petra hingga nampak broken inglis Mat Najib sama macam inglis Mat Zam. Ini fasal saya naik bengang. Itu fasal saya buka satu lagi botol Moet Chandon. Kah kah kah.

Dari lubang mana Raja Petra ini dapat cerita yang dot dot dot… itu berada di dot dot dot… ketika dot dot dot…. di dot dot dotkan? Saya pun sudah takut nak sebut isi kandungan Akuan Bersumpah itu. Saya takut perut saya juga akan di dot dot dot… kan.

Kenapa Raja Petra ini tidak takut. Siapa di belakang Raja Petra. Kalau tidak dari mana Raja Petra tahu. Dia tidak pernah pergi mabuk-mabuk di Press Club. Dia tidak pernah naik ke Level Four. Mesti ada orang di belakang Raja Petra.

Saya yakin, selalunya yang duduk-duduk di belakang ini ialah Benggali. Sahih. Tepat. Betul. Di belakang Raja Petra pasti Benggali murtad yang bernama Karpal Singh yang bagi ‘info’. Tetapi bagaimana dengan JJ, dia pun suka raba-raba bontot. Apakah JJ juga di belakang bontot Raja Petra? Ini persoalan yang wajib kita sama-sama pecahkan. Kah kah kah.

Saya hairan kenapa Minah dot dot dot…. itu tidak saman Raja Petra. Ini pelik tetapi benar. Suami kepada dot dot dot…. ini juga tidak menyaman Raja Petra. Wahai Sang Suami dot dot dot….. jangan takut dan jangan risau Raja Petra ini bukan raja betul, dia tidak ada kuda. Dia tidak ada gajah macam Raja Siam.

Raja Petra ini Raja Klentong. Dia ada menyebut bahawa ada seorang Raja telah juga mendapat laporan resmi dari FBI Malaysia yang mengatakan bahawa dot dot dot…. berada di dot dot dot…. ketika dot dot dot…. di dot dot dotkan.

Woit ! Jangan takut dengan Raja Petra, raja yang di maksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah anak lelaki dia sendiri. Bukan susah hendak jadi Raja, apabila anak kita lahir bubuh nama raja atau alih nama kita di pejabat Pendaftaran Negara. Kalau hendak tahu cara-cara pertukaran nama untuk menjadi raja ini sila hubungi Tengku Adnan. Dia memiliki pengalaman. Kah kah kah.

Tetapi kenapa polis pun TIDAK serbu rumah raja Petra dan tangkap komputernya. Dulu polis serbu. Komputer masuk lokap. Kenapa sekarang tidak. Ini pelik. Kenapa? Kenapa polis hanya menuduh Akuan Bersumpah Raja Petra ini telah memalukan negara?

Memalukan negara? Kah kah Kah. Negara kita malu kerana bertelanjang bogel hingga nampak dua telur dan kontolnya bergoyang-goyang. Hal kontol montol ini sila tanya JJ. Dia pakar dalam bidang raba-raba. Tetapi negara kita ini jantan ke betina? Kalau jantan nampak kontolnya. Kalau betina nampak bincatnya. Tetapi kalau betina Melayu bincatnya telah di potong. Kalau negara kita jantan berapa kilo agaknya kemaluan negara kita? Ini bikin kepala saya bengang. Kenyataan PDRM ini telah jelas dan bercelaru. Saya jadi marah lalu saya buka sebotol lagi Moet Chandon. Kah kah kah.

Apabila Mat Najib menggunakan perkataan inglis ‘ garbage’ untuk melekehkan Akuan Bersumpah Raja Petra saya jadi marah. Saya adalah ahli Sahabat Alam. Garbage ini adalah barang baik. Memang betul garbage ialah sampah sarap sayuran lebihan dari dapur. Tetapi ianya boleh di kitar semua. Boleh dijadikan baja. Mengitar semula ialah cara hidup baru. Ini ada satu soalan Cepu Mas. Mana lebih baik garbage atau kapal selam? Kapal selam tidak boleh jadi baja. Kapal selam hanya dapat komisen. Kah kah kah.

Saya tidak faham kenapa dot dot dot…. tidak membuat sidang akhbar. Kenapa Mat Najib yang ditanya wartawan. Dari apa yang saya baca Akuan Bersumpah Raja Petra TIDAK ada langsung menyebut nama Mat Najib. Nama dua Minah dot dot dot…. itu ada. Lalu saya ingin bertanya apa hubungan dua Minah dot dot dot ….. ini dengan Mat Najib.

Kenapa Mat Najib bakal PM saya membuat sidang akhbar walhal dalam Akuan Bersumpah Raja Petra telah sahih yang Mat Najib tidak berada di dot dot dot… ketika dot dot dot…. di dot dot dot…kan.

Saya yakin Mat Najib ketika dot dot dot…. di dot dot dotkan…. Mat Najib sedang berehat sama ada di Port Dickson atau sedang berehat bersama Ziana Zain opps… sedang berehat mendengar album Ziana Zain. Mat Najib bakal PM saya ini tidak perlu risau. Saya yakin dia tidak terlibat kerana nama dia tidak tertulis dalam Akuan Bersumpah Raja Petra. Mat Najib boleh senang tidur dan membuat lebih tebal garbage mata.

Tapi saya masih marah kenapa Raja Petra ini tidak di tangkap. Saya cadangankan kita siasat dari mana dia mendapat darjah kebesaran untuk menjadi Raja. Orang kampung mana yang menyembah dia. Kalau dia Raja betul-betul raja di mana siongnya. Kalau di buktikan dia bukan raja saya cadangkan dia dibawa ke dot dot dot…. dan di dot dot dotkan… sama seperti dot dot dot …. yang telah di dot dot dotkan…itu.

Dan.. dan dan jika Raja Petra betul-betul Raja maka kita sebagai rakyat wajib membelikan dia seekor kuda. Jenis kuda terbaik dalam dunia ini datangnya dari Mongolia. Saya ada kenal satu keluarga di Mongolia, dia ada kuda dan ada anak dara cun. Kalau macam ini saya tidak marah. Tapi saya akan juga membuka sebotol lagi …. kali ini bukan Moet Chandon tapi Dom Perignon. Kah kah kah.

02 June 2008

Ezam 'budak baik' yang tersesat lagi?

Salam Kamunting, kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Semasa saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.

Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hishamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam Islamis macam budak 'usrah'.

Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu, saya mengambil masa beberapa minit di luar kem untuk mengingati bahawa lelaki itu adalah Saari Sungib, tokoh hebat yang hentian akhir perjalanan dakwahnya adalah sebagai aktivis PAS yang cukup unik dan multazim.

Saya bayangkan itu adalah kemuncak pencarian beliau dan saya meyakini pilihannya itu adalah tepat dan berpetunjuk. Saya suka untuk bersama - sama menumpang orang - orang hebat sepertinya.

Ada pun saudara Ezam, perjalanannya tampak belum berhenti, dari sirah dan umur perjuangannya sekitar 10 tahun ini, beliau telah memilih untuk balik asal. Kini beliau kembali kepada Umno.

Samada Tuan Haji Saari Sungib tak sempat khatamkan untuknya siri buku Risalah Usrahnya itu di kem neraka tersebut, ataupun memang saudara Ezam tak dapat mengukur ketinggian nilai persahabatannya dengan abangnya itu, kedua - duanya bagi saya adalah betul belaka.

Saya tak kenal Ezam. Saya mengenali dan mengaguminya daripada jauh.Kiranya, saya kurang layak untuk menulis mengenainya hari ini.Saya pendekkan, moga saya tidak tersasar pula selepas dia yang telah pun tersasar.

Yang terakhir saya diberitakan pasal Ezam adalah selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini. Saya rasa ia tepat dengan tindakan Ezam hari ini. Dahulu, Ezam melakukan sesuatu yang terpuji pada anggapan pencinta keadilan dan pembenci kezaliman.

Hari ini, ketika beliau sudah diangap berpaling tadah, saya masih mengharapkan tiada apa yang runtuh daripada amal baiknya dulu.

Tetapi itu hanya Allah yang maha tahu. Maka saya menyendiri dan kaku sekali untuk menempelak dan mencercnya. Moga rahmat Allah terus mengekori pergerakan Ezam dalam Umno. Dia budak baik, bagi saya.

Ezam, walaupun memberitahu bahawa sebab beliau kembali kepada UMNO adalah kerana inisiatif 'islah' Pak Lah membaiki negara yang nampak betul-betul dan tak berlakon lagi, tetapi saya fikir itu bukanlah sebab utamanya. Ya, ia sebab tapi ia bukan sebab utama.

Saya gagal membayangkan betapa orang yang bersungguh - sungguh menggerakkan GERAK memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara itu begitu mudah menerima pembaikian dan reformasi yang Pak Lah lakukan selepas pilihan raya baru - baru ini. Ia hanyalah pengumuman pembentukan yang belum pun dilihat hasil dan sudahnya. Ezam sudah masak untuk cukup memahami apa itu janji-janji Umno.

Bagaimana dibayangkan keberanian Ezam merempuh segala caci maki, kata nista, celaan dan cercaan pemuji dan pemujanya dahulu yang menghujaninya sepanjang penyeberangannya kembali kepada UMNO itu adalah semata-mata kerana kata janji Pak Lah yang tak terbukti pun lagi itu? Sukar saya membayangkan logik tindakan Ezam itu.

Kerana itu saya hanya merasa tenang dengan sebab yang lain daripada apa yang Ezam isytiharkan.

Beberapa ketika selepas pilihan raya, Ezam diberitakan membayangkan betapa Malaysia tidak mungkin sama sekali berPMkan Dato Seri Anuar Ibrahim. Itu kerana senario politik selepas pilihan raya baru-baru ini seperti membenarkan telahan yang sukar itu mungkin bakal menjadi kenyataan. Ezam tidak dapat menerima hakikat ini.

Adalah jelas Ezam telah bertindak keluar daripada parti Keadilan atas sebab tidak berpuas hati dan tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dan kepada orang - orang tertentu, Ezam seperti membongkar apa yang baginya dia tahu dan orang lain tak tahu mengenai Anwar. Kenyataan umum Ezam, Dato Seri adalah hipokrit.

Justeru beliau tidak segan untuk menyatakan betapa beliau menyesal tak sudah-sudah berjuang mempertahankan 'hak' bekas pemimpin idolanya itu. Ia tak tertebus sehinggalah beliau kena kembali berpatah arang menentang idolanya itu.

Ezam masuk Umno kerana mahu menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.

Inilah sebab utama. Justeru Pak Lah yang leceh sangat janjinya itu menjadi lebih baik di sisi Ezam berbanding Dato Seri Anuar Ibrahim.

Ini ketenangan yang saya rasai, mengapa Ezam melakukan apa yang disifatkan sebagai terjunan maut terhadap karier politiknya oleh kebanyakan pengamat politik hari ini. Tidakkah Umno hari ini bagai bumi dilanda gempa? Siapa masuk, maut menanti. Kerana itu, Tun Mahathir yang selalu cerdik itu keluar dari bumi Umno dengan lompatan bergalah.

Betulkah Ezam, saya tinggalkan perbahasan untuk andalah. Tak salah anda membahaskan.

Berjayakah Ezam, kita nantilahm tak salah kita menanti.

Bagaimana jika menang dan bagaimana jika kalah, anda ulaslah sendiri. Tak salah saya malas nak ulas.

Biarlah apa pandangan anda, saya tetap kata Ezam budak bagus dan budak baik.Budak baik tak semestinya betul tindakannya selalu, apatah kalau baik jenis betul bendul. Tapi Ezam bukan jenis ini. Jenis betul bendul tak mungkin diberi kepercayaan memimpin, apatah dalam dunia politik yang penuh mangsa dan pemangsa. Ezam adalah pemimpin yang ada karisma. Dulu.

Saya tinggalkan anda di sini. Cuma, pakailah yang terakhir ini.

Berjuanglah untuk Islam. Anda akan beroleh petunjuk yang betul. Berjuanglah untuk akhirat. Anda akan diberi kehidupan yang benar dan abadi. Berjuanglah di belakang RasuluLlah, anda akan menikmati perjuangan anda selama-lamanya.

Ezam telah berjuang habis-habisan untuk Dato Seri Anwar Ibrahim. Dia cuba menikmati perjuangannya itu. Dia gagal. Dato' Seri Anwar juga tak pun membela dan menyayanginya. Lama dia merana. Hari ini, Ezam cuba keluar daripada dukanya.

Semua tahu dia keluar dengan memilih jalan salah. Samada Anwar Ibrahim itu betul atau salah, Ezam telah pun salah. Beliau tersadung lagi.

Mengapa?

Allah berfirman, "Dan orang - orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami."

Banyak-banyak jalan tuhan, Umno 'confirm' jalan thaghut.

Bila Ezam pilih Umno, Ezam budak baik yang tersesat lagi. Ezam kena patah balik. Seribu kali patah balik ke jalan Allah lebih baik daripada istiqamah terus di jalan Umno. Semoga Allah mengekori Ezam dengan rahmatNya yang luas. Semoga PAS sentiasa memimpin kepada politik Islam yang bersih dan tulus.

Artikel ini dipetik dari laman web (nikabduh.wordpress.com). Penulis adalah anak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

26 May 2008

Keluar Umno: perangkap Mahathir untuk jerat Abdullah dan Anwar?

Selepas Tun Mahathir meninggalkan Umno, Tun Musa Hitam kata duri dalam Umno dah tercabut, ertinya mahathir selama ini menjadi duri bagi Umno rupanya.

Tiba-tiba Ezam Mohd Noor juara Gerak pula dikatakan akan masuk Umno. Dulu Ezam pernah dakwa akan masuk Umno jika tindakan itu dapat mengeluarkan Dato Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Ekoran itu Ezam dikatakan berbalah dengan Azman Ali lalu Ezam keluar KeAdilan. Ezam tidak menyertai PAS mungkin kerana PAS rakan KeAdilan, tidak manis bagi PAS menerima Ezam bekas pemimpin KeAdilan.

Ezam tiada pilihan melainkan mempopularkan Gerak bagi membenteras rasuah, Ezam menjelajah ke seluruh negara membicarakan tentang rasuah membuat laporan polis dan sebagainya.

Bagaimanapun keupayaaan Ezam tentulah terhad, tidak sehebat sewaktu dalam KeAdilan yang mempunyai stuktur lebih kukuh. Di Gerak hanya dia dan beberapa orang rakan karibnya sahaja.
Dalam pilihan raya 8 Mac lalu, Ezam tidak bertanding, tiada kerusi untuknya sama ada dari PAS, DAP atau lain-lain. Ezam tentunya sunyi, Ezam melihat rakan-rakannya telah menjadi Wakil Rakyat.

Azmin, Saifuddin sekadar beberapa nama semuanya telah menjadi YB, kenapalah tiada parti yang beri kerusi untuknya, Ibrahim Ali pun diberi kerusi.

Ezam tentu berasa cemburu kedudukanya semakin terpencil sedangkan rakan-rakannya gegak gempita meraikan kemenangan, dia sunyi Lalu masa terbaik untuk menyertai Umno ialah apabila Umno berada dalam keadaan kelam kabut, masa terbaik tiba jua apabila pemimpin Agong Umno meninggalkan parti.

Sekalian Umno sedih dengan pemergian Tun, ramailah ahli Umno yang dukacita sedih bimbang ajal Umno sudah tiba. Lalu Ezam datang mengisytiharkan diri menyertai Umno, walaupun Ezam tidak setanding Adi jagat itu, tetapi sekurang-kurangnya ada juga orang yang mahukan Umno dan Orang itu ialah Ezam Mohd Noor tokoh memerangi rasuah!.

Kemungkinan Ezam menyertai Umno mungkin disebabkan bapa rasuah (persepsi Ezam) telah meninggalkan Umno, ertinya umno sudah bersih dari rasuah! Jika tidak masakan Ezam boleh menyertai parti kaki rasuah yang didakwanya sebelum ini. Kemungkinan kedua ialah Ezam merupakan mengikut setia Dato' Seri Anwar Ibrahim, ramai yang percaya walaupun Ezam meninggalkan KeAdilan, tetapi hubunganya dengan Anwar tidak pernah putus, siapakah jika bukan Ezam yang sanggup berbuat apa saja untuk membebaskan Anwar dahulu.
Ezam pernah berkata dia sanggup menyertai Umno andainya itu syarat untuk membolehkan Anwar bebas, siapa tau Anwar bebas dengan perjanjian sulit Ezam!.

Jika benar apa yang berlaku ini, senario politik negara bakal berubah dan Anwar semakin hampir untuk mendapatkan semula haknya sebagai perdana menteri yang terlepas kepada Abdullah Badawi.

Dan Ezam adalah bidak percaturan Anwar yang mengorbankan diri semata-mata untuk membolehkan Anwar kembali ke dalam Umno semula!. Ezam sedang merintis jalan ke Putrajaya.

Tun Mahathir sudah menghidu terlebih dahulu percaturan politik Abdullah-Anwar ini. Justeru beliau tidak boleh bertahan lebih lama untuk melepaskan bomnya sebagai ancaman kepada Abdullah supaya segera melepaskan jawatannya kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Sedangkan Najib bagi Abdullah bukanlah orang sesuai untuk menjadi penggantinya kerana mempunyai pelbagai isu yang diperkatakan rakyat.

Perlu diingat Najib gagal dalam ujian sebagai pengarah pilihan raya BN dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Najib bercakap berapi-api di televisyen untuk menyapu bersih Kelantan, rupa-rupanya bukan PAS yang disapunya, BN yang nyaris disapu bersih oleh PAS di Kelantan.

Najib hanya berjaya meningkatkan majoriti undi dilubuk sendiri iaitu di Pekan dan Rompin sedangkan di Pahang keseluruhannya, enam kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat, dua PAS, dua DAP dan dua Perlimen oleh KeAdilan.

Adalah jelas, Najib tidak sehebat Anwar yang menguasai timur dan barat. Anwar ada imej Islam, Anwar ada imej korporat, Anwar ada segala ramuan untuk memimpin Malaysia ia dihormati PAS dan DAP dari kalangan pembangkang.

Siapalah Najib berbanding Anwar, hanya Mahathir dan pemimpin Umno Pahang sahaja yang mati-matian mahu Najib menjadi perdana menteri tetapi malangnya satu demi satu tokoh 'kumpulan penyokong' pro Najib tersungkur. Lihat saja Abdul Razak Baginda dan kini Jamaluddin Jarjis (JJ) sudah dilumpuhkan dan dijatuhkan kerana wanita jelita!.

Malang sungguh. Jarjis yang menang besar di Rompin kini diberitakan sudah jarang pulang menjenguk kawasan, tiba-tiba Abdullah mengambil pula tokoh yang tidak dibantu JJ, Dato' Maznah Mazlan menjadi Timbalan Menteri.

Ia suatu penghinaan lagi kepada JJ sekali gus memalukan Najib. Dalam banyak�banyak ahli parlimen dari Pahang Maznah seorang Adun pula diambil Abdullah, ia sungguh memalukan sekalian ahli parlimen dari Pahang yang ramai itu.

Untuk apa Abdullah berbuat begitu jika tidak kerana untuk memalukan Najib!. Ini kerana semua ahli parlimen dari Pahang itu semua adalah orang Najib, Abdullah mahukan mereka berada di dalam barisan menterinya. Bagi Mahathir, dia sudah nampak bahaya bakal menimpanya jika Najib gagal menjadi perdana menteri, lebih lagi dia tidak gembira jika Anwar menjadi pardana menteri.

Justeru sebagai peluru terakhirnya, beliau keluar dari Umno dan mengajak ahli-ahli parlimen mengikuti jejaknya kemudian. Tindakan Mahathir itu tentunya untuk mengacau Abdullah dan Anwar.

Mahathir menggunakan serampang dua mata dalam tindakanya kali ini, bagi Abdullah perlu diganggu dan Anwar perlu 'dibunuh' untuk kali keduanya. Percubaan membunuh Anwar dahulu telah digagalkan Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin yang bertandang ke rumah Anwar kerana menghantar dokumen perjalanan Anwar untuk keluar negara sebaik dibebaskan dari penjara.

Fakta ini tidak wajar dilupakan sesiapa, Khairy sememangnya mempunyai jasa kepada Anwar. Bayangkan apa terjadi jika ada ahli parlimen BN meninggalkan BN menuruti jejak Mahathir, katanya sudah 30 orang ahli parlimen menyertai kumpulan Mahathir, Ketika itu komposisi kerusi parlimen ialah BN (110) Pakatan Rakyat (82) kumpulan Mahathir (30).

Ini bermakna kumpulan Mahathir mempunyai kuasa tawar menawar yang kuat. Mereka diperlukan oleh BN dan Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Jika BN mahu meneruskan penggal pemerintahan, mereka sudah tiada kekuatan kerana majoriti parlimen berada ditangan Pakatan Rakyat dan kumpulan Pro Mahathir dengan julah 112 berbading 110!.

Nah, inilah percaturan starategi Mahathir yang hebat untuk mengajar Abdullah dan Anwar sekali gus. Jika ini perlaku maka tidak syak lagi akan bermulalah era baru dalam politik negara.
Abdullah tidak mempunyai pilihan melainkan dua, iaitu beliau akan membubarkan parlimen atau menggunakan kuasa tradisional Umno /BN iaitu ISA!

21 May 2008

Karpal Singh VS Sultan Perak

Karpal Singh mungkin betul dan mungkin salah, tetapi banyak betul dari salah. Soal yang dibangkitkan kepada Raja Perak ialah soal konvensyen Raja Berperlembagaan.

Kalau mengikut kajian Mohd Ashraf Ibrahim dari UKM-Universiti Kebangsaan Malaysia dengan nyata bahawa gagasan mengujudkan Raja Berperlembagaan bukan idea UMNO atau orang Melayu sebaliknya pandangan yang dibuat dalam memorandum Malayan Union oleh Persatuan China Seberang Laut yang diketuai oleh Tan Cheng Lock yang kemudiannya menubuhkan MCA-Malayan Chinese Association.

Orang Cina yang tahu bahawa sebenarnya untuk masa satu kurun lamnya semenjak Inggeris menjadi kolonial yang di undang oleh Raja Melayu, yang sebenarnya yang memerintah ialah Residen dan Penasihat British. Jika asal usul Raja Berperlembagaan yang dicadangkan selepas gagasan Malayan Union yang tidak berjaya diwujudkan oleh British, kemudian bertukar dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya Federation of Malaya, konsep yang asalnya Raja Berperlembagaan sebenarnya ialah Raja menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat atau dalam sistem demokrasi yang bakal di amalkan dalam Malaya yang merdeka.

Maka di sini, jelaslah bahawa keadaan hari ini sudah menjadi terbalik yang kononnya Raja terpaksa bertindak mengikut nasihat kerana adanya perkataan nasihat khasnya dalam tugas yang di Pertuan Agong. Tetapi sebenarnya nasihat Raja hendak di ambil dalam semua keputusan dan bukannya Raja kena menerima nasihat Menteri Besar atau Perdana Menteri, itu yang sebenarnya semangat Raja-raja Melayu menandatangani persetujuan untuk menjadi persekutuan.

Kenapa nasihat Raja kena diminta dalam semua keputusan orang politik yang memegang jawatan Menteri besar dan Perdana Menteri? Jawapannya mudah kerana orang-orang Melayu yang membuka negeri ini mengikut ilmu bagaimana menjadi satu negeri dan mengangkat keturunan datuk nenek moyang Raja menjadi Raja nya dan jika Negeri Sembilan terpaksa mencari raja di Pagar Ruyong di Sumatera Barat setelah perhijrahan besar-besar orang Minangkabau ke Negeri Sembilan yang dahulunya namanya mengikut nama daerah seperti Rembau, Jelabu dan Naning.

Dalam kes Karpal Singh mempertikaikan keputusan Sultan Perak dalam pelantikan seorang Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, kedua pihak ia itu Kerajaan Perak dan Sultan Perak di mana Sultan hanya menentukan hukum hakam agama Islam dan pentadbirannya tetapi kerana Setiausaha Majlis kebiasaannya ialah Pengarah Jabatan Agama Islam, maka Raja berpendapat bahawa dia berkuasa untuk melantik Pengarah, Jabatan Agama Islam, sebenarnya Raja telah membuat satu kesilapan bila dia melantik Pengarah, sewajarnya dia melantik Setiausaha Majlis Agama Islam Perak dahulu dengan sendirinya dia akan menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam bukanya dia melantik Pengarah seperti amalan biasa.

Dalam kes Karpal Singh vs Sultan Perak, bukankah isu besar sangat, dia menjadi besar kerana kurang cerdik Pembesar UMNO menjawabnya. Bukankah mudah jika pemimpin UMNO ini cerdik sikit hanya sekadar berkata,Kita(orang-orang Melayu/Islam) bersyukur dengan Allah kerana sudah dibukakan hati Karpal Singh untuk menerima Negara Islam kerana dahulu dia pernah berkata langkah mayat saya dulu untuk menegakkan Negara Islam, kerana bukan kerana keyakinan kepada Negara Islam tentulah tidak mungkin Pengerusi DAP bermati-matian memperjuangkan kehendak Menteri Besar Perak dari PAS bagi menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam itu, Apa sekali pun walau dan apa caranya Islam yang hendak di bawa oleh PAS di Negeri Perak, UMNO memberikan sokongan kepada tindakan DAP mempertikaikan keputusan itu.

Tolong Jangan Hina Mahathir - Hishamuddin Rais

Tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah Bakal Awek saya , seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami. Dia memberitahu yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.

Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Malaysia kita semua telah ‘ terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.

( Bakal Awek saya ini adalah agen yang saya upah untuk mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah) .

Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia: Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.

Tolong jangan panggil dia Mamak Kutty. Tolong jangan buka cerita asal usul keturunan Keralanya. Jangan beritahu sesiapa pun tentang ‘application form’ nya ke King Edward College di Singapura yang bertulis : Mahathir s/o Iskandar Kutty. Sila jangan minta lihat borang ini yang masih tersimpan di pejabat Tengku Razaleigh.

Beberapa minit kemudian, saya menerima satu lagi panggil telefon. Kali ini dari junior saya di Malay College Kuala Kangsar. Pada pagi cuti Hari Wesak ini junior saya ini ternampak Rafidah Aziz meluru keluar dari kedai dandan rambut. Kasut tinggi tumit Rafidah terpatah. Menurut junior saya ini Rafidah Aziz telah menjerit-menjerit ‘why…why.. sir ? Why did you do this… sir.. ? Rupa-rupanya si pendandan rambut itu telah membotakkan kepala Rafidah.

Junior saya di MCKK ini juga telah memberitahu bahawa Rafidah kini sedang memacu kereta ‘four wheel drive’ nya untuk pulang ke Kuala Lumpur menuju ke Country Heights. Saya difahamkan si Rafidah Aziz ingin ke rumah Tun Dr. Mahathir untuk meminjam rambut palsu Datin Siti Hasmah.

Tolong jangan hina Mahathir

Saya juga menerima satu panggil dari Berlin, kenalan lama saya seorang wartawan di Frankfurter Allgemeine Zeitung ingin mendapat pengesahan - apakah betul Tun Dr. Mahathir Muhamad telah meninggalkan United Malays National Organisation? Wartawan ini juga ingin tahu sama ada laporan AFP yang mengatakan bahawa Mahathir Muhamad akan memasuki parti KIMMA betul atau tidak?

Saya sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawab lagi ingin menjaga martabat kemelayuan dan ketuanan Melayu telah mengesahkan dengan sedih medih lagi pilu di hati bahawa memang betul lagi tepat Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty telah meninggalkan United Malays National Organisation. Sayangnya, kemungkinan beliau memasuki parti KIMMA seperti yang dilaporkan oleh AFP itu masih belum dapat saya pastikan.

Tolong jangan hina Mahathir. Dan tolong jangan gunakan ayat-ayat kitab-kitab suci atau merekrut Yang Maha Esa dalam hal ini. Sila jangan hantar sms dengan ayat-ayat berbunyi seperti : Jika tuhan ingin membalas seseorang maka terlebih dahulu dia akan menjadikan orang itu gila.

Tolong jangan ulangi dan jangan disebarkan satu cerita lucah yang berpunca dari Presiden Habibi dari Indonesia. Cerita ini telah tersebar luas pada zaman Reformasi dahulu. Saya anggap ada satu niat yang tidak baik dan tidak sopan di belakang cerita ini. Mengikut Habibi rakyat Indonesia menganggap Sukarno betul-betul gila perempuan. Presiden Suharto dianggap gila harta kekayaan. Manakala Tun Mahathir Muhamad dianggap oleh Habibi betul-betul gila.

Tidak lama sesudah saya menerima panggilan dari Kuala Kangsar ini, saya juga telah menerima satu lagi panggilan telefon dari kawan saya seorang lelaki India dari Sentul. Kawan saya ini seorang anggota MIC yang unggul dengan begitu gembira sekali telah mengulangi berita Tun Dr. Mahathir Muhamad meninggalkan United Malays National Organisation. Menurut kawan saya ini, MIC cawangan Kampung Chu Badak akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu hadapan untuk membincangkan hasrat ahli-ahli MIC yang ingin menjemput Mahathir Muhamad menjadi pemimpin MIC dan menggantikan Samy Velu. Ya asal balik usul.

Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad. Sedarlah rakyat Malaysia terutama orang Melayu bahawa Tengku Abdul Rahman adalah sebagai Bapak Kemerdekaan kita , Tun Abdul Razak ialah Bapak Pembangunan kita maka Tun Dr. Mahathir Muhamad tidak lain dan tidak bukan ialah Bapak Mirzan kita.

Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah seorang pejuang nasionalis bangsa Melayu yang begitu gigih, menangis-nangis dan telah bermati-matian berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu. Dengan penuh kesedaran dan dengan semangat kemelayuan yang tebal sekali demi untuk menaikkan taraf ekonomi Melayu, Mahathir Muhamad telah meluluskan Akta Tanah yang membolehkan tanah rizab Melayu di jual tanpa di tambah ganti.

Dengan penuh kesedaran, juga untuk membantu ekonomi bangsa Melayu, Mahathir Muhamad telah di kelilingi oleh penasihat ekonomi yang gah lagi hebat. Mereka terdiri dari Ananda Krihnan, Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ting Phek Khiing dan Eric Chia. Mahathir dengan bangganya telah membuktikan kepada orang Melayu bahawa seorang pemandu lori dan seorang penjual insurans boleh menjarah dan merompak ekonomi negara jika mereka pandai membodek Dr. M.

Tolong jangan hina Mahathir Muhamad

Mahathir Muhamad adalah patriot yang paling tulus lagi ikhlas. Lebih tulen dan hebat dari Patriot misile yang di buat oleh Amerika untuk menggodam Scud Saddam Hussein. Mahathir dengan semangat yang patriotik telah membuat perjanjian rahsia dengan Caspar Weinberger untuk membenarkan tentera dan soldadu Amerika datang masuk ke Malaysia. Tanpa Tun Dr. Mahathir Muhamad mungkin orang-orang Melayu tidak ada berpeluang melihat soldadu Amerika mendarat di Port Dickson.

Tidak cukup dengan patriotik, jiwa Mahathir Muhamad juga telah di salur pula semangat anti-Amerika yang berkobar-kobar. Mahathir dengan terbuka hati telah menjemput Amerika Syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ‘anti-terrorist’ untuk negara Asia. Kerana begitu patriotik dan anti-Amerika pusat ‘anti-terrorist’ ini telah di rahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malah ahli parlimen kita juga tidak mengetahui hal ini. Inilah dia jiwa seorang patriot yang cukup anti-Amerika.

Pusat ‘anti-terrorist’ ini cukup rahsia, sehinggakan anak Mahathir sendiri yang bernama Mukriz tidak tahu menahu apa yang telah dilakukan oleh ayahandanya. Dengan bangga sekali Mahathir telah menjemput Amerika untuk menubuhkan pusat rahsia ini. Semangat anti-Amerika Mahathir Muhamad ini begitu kuat sekali. Ini dibuktikan, belum pun sempat runtuhan World Trade Center di New York di baiki pusat ‘anti-terrorist’ ini telah didirikan entah di mana dalam negara kita ini. Ini adalah bukti semangat anti- Haliburton bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Haji Muhamad Mahathir.

Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketika yang betul pro Arab dan anti-Isreal. Dengan senyap-senyap kerana dasar anti-Isreal yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan Shimon Peres di sebuah hotel di Paris. Rundingan dalam gelap ini tidak di ketahui oleh anakandanya Mukriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro Arab dan anti-Isreal.

Tolong jangan hina Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua

Kemelayuan Tun Dr. Mahathir Muhamad ini tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan dalam negara kita ada beratus ribu peguam Bumiputera yang hebat-hebat, lihat siapa yang menjadi peguam peribadi Mahathir Muhamad – tidak lain dan tidak bukan orangnya ialah V.K. Lingam. Ini membuktikan : Air di cincang tidak akan putus. Mana gelap kulit Mahathir gelap lagi kulit Lingam. Hanya yang legam yang dapat melegam yang lain.

Kepada sasterawanis, penulis certot dan pejuang bahasa Melayu what is the because you angry-angry. Kita patut berbangga sama kerana Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah pejuang bahasa Melayu yang jumud lagi kuat kemut. Lihat bagaimana perkataan belanjawan telah diubah kepada bujet. Inilah contoh keglokalan Mahathir Muhamad.

Ingatilah sampai hari kiamat, tanpa inisiatif imitatif inovatif yang imaginatif dari Tun Dr. Mahathir Muhamad kita yang positif lagi reflektif menjadikan anak-anak Melayu kita hari ini tidak lagi tercicir dalam ‘maths and science’. Sekarang orang Melayu boleh berbangga kerana seorang anak Melayu telah dapat menumpang kapal angkasa komunis Rusia yang tidak bertuhan itu. What is the because you angry-angry dengan Tun Dr. Mahathir Muhamad. You Malay must equal hepi hepi.

So, tolong jangan you shykan dan look bottom Tun Dr. Mahathir Muhamad. Silap-silap nanti dia masuk Tamil Tigers.

08 May 2008

Si penderhaka yang mahu membela istana

Tiba-tiba negara digemparkan dengan teriakan para hulubalang. Masing-masing menghunus keris dan menjulang-julangnya ke udara. Rakyat menjadi gamam. Apa pula gerangan isunya hingga para hulubalang itu menjadi gempar dan mengamuk tidak tentu haluan.

Baru sebulan lalu, para hulubalang di negeri sebelah Timur berdemonstrasi di hadapan istana. Membuka langkah menghantar memorandum tidak berpuas hati dengan Majlis Pemangku Raja. Watikah bantahan dihantar mempersoalkan tindakan majlis melantik bendahara negeri yang tidak diperkenan parti para hulubalang.

Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis "Kami mahu Deris binatang!", "Kami sokong Deris sebagai bendahara", "Kami tak mahu Md Said". Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana. Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana.

Selepas menghantar memorandum bantahan, para hulubalang itu bergerak ke kediaman rasmi bendahara dan membuat pengumuman penting.

Antaranya, jurucakap hulubalang mahu calon yang dipersetujui Yang Dipertua parti hulubalang diangkat sebagai bendahara. Jika calon lain diangkat istana, maka para hulubalang akan memberontak dan paling kurang pun meletakkan jawatan.


Begitulah tekad hulubalang. Apabila dingatkan sang warta bahawa hasrat para hulubalang untuk meletakkan jawatan akan menyebabkan mereka kehilangan jawatan itu buat seumur hidup, maka jurucakap para hulubalang penderhaka itu pun dengan gugup gagapnya berkata: "Errr... kami akan mengkaji semula hasrat kami itu, kami acah-acah aja..."

Kesudahan ceriteranya, hasrat para hulubalang itu tidak kesampaian, dan calon yang dipilih Majlis Pemangku Raja terus kekal sebagai bendahara.
Di sebuah negeri di utara Semenanjung, gegak gempita pemilihan bendahara juga berlaku. Calon daripada parti hulubalang mengamuk sakan kerana jawatan yang sepatutnya dianugerahkan kepadanya diberikan kepada orang lain.
Maka hulubalang itupun menghunuskan kerisnya ke udara mahu Yang Dipertua parti hulubalang bertegas melantiknya ke jawatan itu.

Watikah perlantikan telah diterima dan istana tiada hak mengetepikan watikah daripada parti hulubalang, jelasnya kepada sekumpulan sang warta.
Maka gegak gempita lah seluruh negara. Yang pekak datang bertanya. Yang bisu ternganga-nganga. Yang cacat datang bertongkat. Yang lumpuh berkerusi roda. Yang jahil menggeleng tak tahu apa-apa.

Akhirnya calon istana dipilih jua dan si hulubalang terpaksa menumpang rumah abang kakak kerana hilang tempat berteduh, setelah rumah rasmi diambil alih bendahara baru.
Tiba-tiba para hulubalang berbuat bising lagi. Kali ini angkara seorang bai tua berkerusi roda yang didakwa menghina istana. Bai itu dianggap biadap dan tak tahu adat Melayu kerana mempersoalkan titah Raja.

Ada seorang Melayu DKK yang punyai ilmu undang-undang menyifatkan si bai boleh didakwa kerana menghasut. Ada seorang Hulubalang Melayu DKA menuduh si bai sebagai biadap dan mencabar kedaulatan sultan. Maka si bai dianggap sombong dan bongkak setelah menang dalam pemilihan umum lalu.

"Parti hulubalang tidak pernah mempertikaikan titah istana. Kalau kita tak setuju pada istana, kita pergi menghadap sultan dan beritahu secara berbahasa," kata hulubalang Melayu DKA kononnya.

Ramai pemimpin Melayu tulen parti hulubalang turut masuk campur. Ada yang sanggup mempertahankan istana dari kebiadapan si bai walaupun mereka tahu si bai hanyalah seorang tua yang lumpuh berkerusi roda.
Ada juga pemimpin pelajar penyokong parti hulubalang yang memberikan tarikh lupus kepada si bai untuk menarik balik kenyataannya. Jika tidak keris mereka akan bermandi darah.

Begitulah gegak gempitanya parti hulubalang "mempertahankan kedaulatan istana" yang konon-kononnya kini tidak selamat kerana dicabar si bai berkerusi roda.
Komen paling keras datangnya daripada mantan Yang Dipertua parti hulubalang. Hulubalang tua itu menakutkan rakyat tentang gambaran sebenar masa depan rakyat jika parti-parti sekutu si bai tua diberi mandat besar oleh rakyat untuk menerajui negara.
Ada cubaan untuk mengaitkan parti muslim, sekutu parti si bai dalam kancah isu penderhakaan itu.

Bagaimanapun dua pemimpin kanan parti muslim dilaporkan sang warta mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung isu itu.
Ialah. Sikap pemimpin parti muslim itu difahami kerana sang warta mahir dalam kepandaiannya memutarbelitkan kenyataan pemimpin parti lawan parti hulubalang.
Seorang pemimpin Melayu tulen pernah dianggap murtad dan menggadai agama kerana memakai sigah kaum kadazan yang berlambang salib. Hasilnya, parti pemimpin Melayu tulen itu kalah teruk dalam pemilihan umum.

Bagaimanapun kemajuan teknologi siber menjadikan rakyat benar-benar celik isu.
Dalam hingar bingar sang hulubalang menghunus keris dan menjulangnya ke udara kerana kononnya mahu membela istana; hamba rakyat tertanya-tanya.
Bagaimana mungkin hulubalang yang berpakat mengurangkan kuasa para sultan ketika mereka di puncak kuasa boleh dipercayai untuk membela istana?

Bagaimana mungkin perajurit-perajurit hulubalang yang menghina istana dan sultan dengan lafaz kata "binatang" boleh lebih dibela dan diberi muka berbanding seorang bai tua yang hanya mahukan penjelasan tentang batas kuasa istana?
Bagaimana mungkin penghulu hulubalang yang menghunus keris mahu mengamuk ke saentero negeri kerana tidak dipilih sebagai bendahara, tiba-tiba mahu mendabik dada sebagai pembela istana?

Bagaimana mungkin hulubalang yang membawa lari puteri raja untuk dinikahinya di seberang negeri, kemudian diceraikan sesuka hati, mampu memelihara maruah istana dan raja negeri?

Bagaimana mungkin parti penderhaka boleh menjadi pelindung institusi raja-raja?
Maka si pekak, si bisu, si lumpuh dan si jahil yang pada mulanya geram menatap Utusan Warta, mencampak akhbar itu jauh-jauh dan berkata: "Kita tertipu lagi rupanya. Mana mungkin si penderhaka boleh jadi Sang Setia!"


Maka mereka pun pulang ke rumah membuka TV dan menonton rancangan "akademik fantasia" dan "jom buat-buat heboh".

Nota: Cerpen pendek ini hanyalah saduran peristiwa semasa. Watak dan latar belakang kejadian hanyalah rekaan dan tiada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup atau meninggal dunia.

24 April 2008

Dakwat kekal: Beza Nepal-M'sia

Amin Iskandar

Tanggal 10 April 2008 mencatat sejarah buat rakyat Nepal apabila mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam pilihanraya Dewan Perwakilan Rakyat yang pertama di negara itu.

Sehingga kini, Parti Komunis Nepal berfahaman Maoisme masih mendahului keputusan pilihanraya di seluruh Nepal, meninggalkan Parti Kongres Nepal, Parti Komunis Nepal berfahaman Marxisme-Leninisme dan parti-parti lain di belakang.

Keputusan rasmi pilihanraya ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Nepal dalam jangka masa terdekat.


Saya bersama beberapa rakan dari Malaysia mewakili Institut Nasional Untuk Integriti Pilihanraya menyertai delegasi Asian Network for Free Election (ANFREL) seramai 100 orang dari 27 negara untuk memantau perjalanan pilihanraya yang bersejarah itu.

Pilihanraya ini penting untuk Nepal kerana ia akan menentukan hala tujunya pada masa akan datang. Antara keputusan radikal yang akan dibuat di dewan perwakilan nanti ialah menukar Nepal yang sebelum ini mengamalkan Sistem Beraja Mutlak kepada sebuah negara republik.

Ertinya, selepas ini Raja Gyanendra akan menjadi rakyat biasa tanpa apa-apa keistimewaan. Dalam kalangan rakyat bawahan, kebencian terhadap Raja telah berada di tahap kemuncak. Beberapa penduduk ditemui di kawasan pedalaman di daerah Saptari memberitahu penulis bahawa Nepal tidak memerlukan lagi sistem beraja.

Pada pendapat mereka, raja terbukti tidak dapat melakukan apa-apa ketika rakyat menderita. Raja terus kaya sedangkan rakyat Nepal miskin dan kebanyakannya terpaksa bekerja di luar negara untuk meneruskan kehidupan dan membantu keluarga.

Pada pilihanraya kali ini, saya bertugas di daerah tersebut yang terletak di bahagian timur Nepal berhampiran sempadan India. Pusat pentadbiran bagi daerah Saptari dinamakan Rajbiraj.


Apabila sampai di Rajbiraj pada 6 April, saya terkejut melihat suasana lengang dan hampir semua kedai ditutup. Apabila dijelaskan oleh penterjemah, barulah saya maklum bahawa “hartal” (boikot secara total) sedang berlangsung untuk memulaukan pilihanraya 10 April.

Menurut penterjemah lagi - beliau orang tempatan - “hartal” dianjurkan oleh beberapa kumpulan ekstremis puak Madhesi yang tidak bersetuju dengan pilihanraya oleh kerana kerajaan masih lagi tidak mahu menunaikan beberapa tuntutan mereka.

Di Nepal, terdapat dua puak utama: Pahari yang berwajah mirip orang China/Mongolia dan Madhesi yang berwajah mirip orang India.

Oleh kerana “hartal” sedang berjalan di Saptari, hanya satu hotel yang dibuka. Walaupun kemudahan dan keselesaannya tidak seberapa, Hotel Star telah menjadi pusat kediaman beberapa kumpulan pemantau antarabangsa termasuk dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pilihanraya ini, penggunaan dakwat kekal menarik perhatian saya. Walaupun Nepal baru sahaja selesai konflik dan masih terdapat beberapa kumpulan ekstremis bersenjata yang tidak bersetuju dengan pilihanraya, Suruhanjaya Pilihanraya Nepal meneruskan penggunaan dakwat kekal sebagai satu cara untuk menggelak berlakunya pengundian berulang.

(foto kanan: sisa-sisa dakwat di Nepal masih melekat di kuku penulis selepas 10 hari)

Pada hari pilihanraya, sejak awal pagi lagi kelihatan ramai rakyat beratur untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Di Saptari, walaupun berlaku “hartal” untuk memboikot pilihnaraya, kelihatan ramai rakyat di kesemua tempat mengundi yang dilawati.

Pemboikotan pilihanraya yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan ektremis bersenjata puak Madhesi seakan-akan langsung tidak mempengaruhi pengundi di daerah tersebut - rakyat tidak kira tua dan muda berpusu-pusu ke tempat mengundi.

Penggunaan dakwat kekal berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Terbukti bahawa penggunaan dakwat kekal diterima oleh rakyat Nepal dan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap penjalanan pilihanraya. Penerimaan ini termasuklah di kawasan-kawasan pedalaman yang mempunyai majoriti rakyat tidak berpendidikan.

Apabila menyaksikan kejayaan pilihanraya di Nepal dan penggunaan dakwat kekal, terlintas di fikiran saya mengenai apa yang berlaku di Malaysia empat hari sebelum pilihanraya umum ke-12. Pada ketika itu pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kita membatalkan penggunaan dakwat kekal beralasankan isu keselamatan.

Menurut Abdul Rashid Abdul Rahman, SPR terpaksa membatalkan cadangan itu setelah mengambil kira laporan keselamatan yang mereka terima. Laporan keselamatan mendedahkan bahawa terdapat pihak tertentu di Malaysia yang telah membeli dakwat tersebut di luar negara.

Pihak tersebut dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Menurut Abdul Rashid lagi, jika pengundi itu hadir untuk membuang undi pada hari pilihanraya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan dalam kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi tersebut. SPR juga mengatakan bahawa penggunaan dakwat kekal bercanggah dengan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan.

Sementara ketua polis negara Musa Hassan yang turut bersama-sama dalam sidang akhbar bagi membatalkan penggunaan dakwat kekal berkata bahawa polis sedang menyiasat empat kes membabitkan empat orang individu berlainan yang disyaki cuba melakukan penipuan dakwat kekal.

Keempat-empat lelaki berkenaan, yang bekerja sendiri dan berusia 20 hingga 33 tahun, sedang disiasat kerana cuba menipu.

"Modus operandi mereka ialah pergi ke kampung-kampung untuk mencalitkan dakwat pada kuku pengundi dan mereka memberitahu pengundi kononnya tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi.

"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan menipu dan bahagian jenayah perdagangan sedang menyiasat," katanya. (Utusan Malaysia, 5 Mac)

Sehingga hari ini masih lagi belum kedengaran nasib empat lelaki yang ditahan oleh polis kerana cubaan menipu dengan menggunakan dakwat kekal. Apa kata Musa Hassan tentang ini? Bilakah polis akan mendedahkan hasil siastan mereka?

Jika benar terdapat empat individu yang ingin melakukan penipuan dakwat kekal, apakah rakyat Malaysia terlalu bodoh sehingga boleh ditipu dengan begitu mudah? Jika rakyat Nepal yang tinggal di kawasan pedalaman dan kurang berpendidikan tidak ada sebarang masalah untuk menggunakan dakwat kekal, apa masalahnya dengan rakyat Malaysia?

Jika dibandingkan dengan Nepal, situasi keselamatan di Malaysia jauh lebih baik, “ibarat langit dan bumi”.

Apa kata anggota SPR yang menyaksikan penjalanan pilihanraya di Nepal pada 10 April lalu?

Mungkinkah persoalan ini boleh ditujukan kepada timbalab pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar yang mengepalai delegasi SPR ke Nepal baru-baru ini.

Melayu bersatu hanya di perut!

Hishamuddin Rais

Slogan 'Melayu Bersatu' semakin bising dan hingar-bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan 'Melayu Bersatu' tidak memiliki apa-apa makna - ia hanyalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan zilch.

Slogan Melayu bersatu ini samalah tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda ketuanan Melayu.

Kalau perkataan b-o-t-o-l keluar dari mulut, maka kita dapat mengenali dan memahami benda itu. Kalau bunyi t-e-l-o-r yang keluar, maka kita dapat membayangkan benda itu.

Tetapi M-e-l-a-y-u B-e-r-s-a-t-u apakah bendanya yang dapat kita fahami daripada bunyi ini? Kalau slogan ini satu konsep, ia wajib memiliki asas.

Konsep ialah perkataan yang memiliki makna tetapi tidak dapat dipegang dan dilihat (kecuali dalam akal). Konsep bukan botol. Konsep seperti berbudi bahasa, kita dapat menggambarkan makna dan kelakuan – berbudi bahasa - yang dicakupi oleh konsep ini.

Melayu Bersatu pasti bukan konsep. Melayu Bersatu hanyalah suatu ilusi, suatu mimpi, suatu khayalan, suatu angan-angan dan suatu karut yang terlalu carut. Kalau melihat kerja ilusi David Copperfield, dapatlah juga kita dihairankannya dan ditakjubkannya.

Slogan Melayu Bersatu tidak menghairankan langsung. Tidak ada yang menakjubkan. Hanya, kita berkemungkinan dapat terhibur dengan kumpulan-kumpulan lawak yang datang bersama sosok-sosok yang sedang mengheboh-hebohkan slogan ini.

Melayu Bersatu bukan konsep kerana ia tidak memiliki asas. Ia menjadi karut lagi carut kerana Melayu tidak pernah bersatu. Melayu tidak bersatu. Dan Melayu tidak akan bersatu. Melayu Bersatu hanyalah satu cerita dongeng yang sengaja dijaja oleh United Malays National Organisation.

Manusia bersatu bukan kerana bahasa. Manusia bersatu bukan kerana agama. Manusia bersatu bukan kerana warna kulit. Manusia bersatu bukan kerana negara. Manusia bersatu kerana kepentingan ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini difahami?

Memang betul, pada awalnya manusia akan berkumpul dengan orang-orang yang sama bahasa, yang sama kulit, yang sama setempat atau sama agama. Perkumpulan ini menjadi asas awal untuk mereka mengenali dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Apa tujuan mereka berkumpul? Mereka berkumpul untuk mencari makan. Mencari makan adalah asas ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini difahami?

Ekonomilah yang menjadi asas untuk manusia berkumpul, berpasukan, berpersatuan, berparti atau bernegara. Manusia juga bertengkar, bertelagah, bergaduh dan berperang kerana ekonomi.

Punca ekonomi ialah hakikat sejarah perjalanan tamadun manusia dari semenjak manusia mula merangkak, bangun, berjalan dan meninggalkan gua-gua batu di Kenya hingga ke hari ini. Sejarah manusia ialah sejarah mencari dan merebut peluang punca-punca ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini difahami?

Orang Portugis, orang Belanda dan British datang ke Tanah Melayu dahulu bukan kerana gian hendak makan petai atau tempoyak. Mereka datang untuk mendapatkan bijih, emas, rempah-rampai yang boleh mereka bawa pulang ke Eropah. Barang ini untuk diniagakan. Untuk mendapat untung - ini ekonomi.

George W Bush menyerang Iraq bukan kerana hendak melawat Makam Abu Nawas di Baghdad tetapi untuk mengambil telaga dan loji-loji minyak. Serangan ini perebutan punca ekonomi.

Kalau masih ada yang tidak yakin bahawa seluruh hidup dan tamadun manusia hari ini berpunca daripada ekonomi, maka cuba tanya diri sendiri - kenapa selalu sangat timbul cakap-cakap tentang orang Cina di Malaysia lebih kaya daripada orang Melayu.

Atau orang India di Malaysia lebih banyak yang menjadi doktor dan peguam. Atau bangunan di bandar dan di pekan Malaysia majoritinya dimiliki oleh orang Cina.

Semua kenyataan ini sering dianggap dan dilihat sebagai kenyataan ‘politik’ tetapi asas kenyataan ini ialah perebutan ekonomi.

Semua parti politik yang wujud dalam dunia ini ditubuhkan untuk tujuan ekonomi. Individu-individu berkumpul dan berpayung di bawah parti politik kerana mahu mendapat dan memiliki sumber-sumber ekonomi.

Parti-parti politik mungkin berselindung di belakang warna kulit, di belakang bahasa atau di belakang agama. Semua ini bohong!

Bahasa, warna kulit dan agama tidak dapat membeli beras. Yang dapat membeli beras hanyalah duit. Duit ialah ekonomi.

Bahasa, bangsa dan warna kulit digunakan kerana senang untuk dijadikan asas awal untuk berkumpul dan berpersatuan.

Agama? Agama digunakan sebagai asas parti politik kerana ia senang untuk dijadikan payung luas untuk berkumpul.

Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah tidak pernah mengiakan atau memberi endorsement kepada iklan parti-parti politik ini.

Nama-nama tuhan ini digunakan bertujuan merebut peluang ekonomi.
Yang membuat dasar parti politik ini bukan Yang Maha Esa tetapi manusia dan ahli-ahli parti politik. Yang Maha Esa tidak pernah mengiakan atau menidakkan manifesto dan program parti-parti ini.

Justeru, bolehkah Melayu bersatu? Jawabnya, tidak mungkin malah mustahil. Kemustahilan ini muncul kerana manusia Melayu walaupun kesemuanya bercakap Melayu, berkulit sawo matang dan menganut agama yang sama tetapi memiliki asas ekonomi yang berbeza-beza.

United Malays National Organisation adalah parti yang mewakili kelas feudal, kelas komprador, kelas birokrat kapitalis dan kelas borjuis nasional Melayu. Kelas-kelas kapitalis inilah yang menjadi teras ekonomi parti politik ini.

(Komprador adalah peniaga perantaraan di antara rakyat tempatan dengan kapitalis antarabangsa. Borjuis nasional adalah kaum pemodal tempatan. Birokrat kapitalis adalah individu yang menjadi pemodal melalui badan-badan kerajaan i.e. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri atau SEDC)

Parti PAS pula diwakili oleh borjuis kecil, tuan tanah kecil, peniaga kecil, kaum tani, tuan punya warung, nelayan, tok peraih, guru-guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, intelektual lokal dan agamawan lokal. Mereka berasa selesa dengan PAS kerana kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka akan dijaga dengan baik oleh parti ini.

Parti Keadilan Rakyat pula mewakili kumpulan yang seakan-akan sama asas ekonominya dengan PAS tetapi mereka tidak selesa dengan gaya hidup yang dibawa oleh PAS. Mereka lebih urban, lebih kosmopolitan dan memiliki pandangan dunia dan nafsu ekonomi yang luas berbanding dengan pengikut PAS.

Ada satu lagi kumpulan yang berpayung bawah PKR – mereka ini adalah kumpulan peniaga yang memiliki nafsu besar tetapi telah dipinggirkan oleh United Malays National Organisation, atau perniagaan besar mereka terpelocok ketika berlakunya krisis ekonomi 1997.

Mereka ingin mencari payung baru agar nafsu dan kepentingan ekonomi mereka dapat berkembang.

Lihatlah ketiga-tiga kumpulan Melayu ini - mereka tidak memiliki asas ekonomi yang sama. Malah kepentingan ekonomi mereka bertentangan sesama sendiri. Bangsa, bahasa dan agama hanyalah kulitan untuk mencari sokongan dan mengolah persetujuan.

Masih tidak yakin lagi?

Kalau tidak yakin tentang asas-asas ekonomi parti-parti itu, mari kita lihat ke dalam United Malays National Organisation sendiri - parti politik yang 1,000% berahlikan manusia Melayu tetapi tidak pernah bersatu malah sesudah pilihanraya 2008, mereka kelihatan sedang beramuk sesama sendiri. Amukan yang sedang berlaku hari ini berpunca daripada perebutan punca-punca ekonomi.

Mahathir Mohamad mewakili komprador dan borjuis nasional yang selama 22 tahun dulu telah kenyang dan montok. Apabila Abdullah Ahmada Badawi masuk, maka para komprador dan borjuis ini sedang diketepikan kerana Abdullah sedang membawa sosok-sosok baru untuk menggantikan mereka.

Dalam bahasa pasar, Abdullah Ahmad Badawi ada kroni baru dan kroni Mahathir dipinggirkan.

Amat jelas, perebutan punca-punca ekonomi inilah yang menjadikan Mahathir melawan Abdullah dan hasilnya United Malays National Organisation bergaduh.

Lima negeri yang diheboh-hebohkan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bermakna lima punca ekonomi hilang - ini tidak ada sangkut-paut dengan agenda Melayu, ketuanan Melayu atau slogan Bersatulah Melayu.

Orang Melayu di lima negeri ini tetap Melayu. Air sungai Perak tetap mengalir ke laut di muara Bagan Datuk. Air Sungai Gombak tetap sampai ke Klang. Melayu di mana pun mereka berada akan terpaksa juga membayar tol kalau menggunakan Lebuh Raya PLUS.

Justeru, ada kumpulan yang menuduh Abdullah Ahmad Badawi lembik - hanyalah sebagai alasan atas kehilangan punca-punca ekonomi mereka. Mereka mahu seorang pemimpin yang ‘keras’ untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka agar terus berkembang i.e. untuk mereka terus mendapat kontrak.

Kalau begitu, siapa pula Tengku Razaleigh Hamzah?

Ku Li mewakili kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu. Kelas birokrat ini muncul ketika Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Ketika itu kelas ini berenang dan berpesta dengan harta kekayaan negara. Kelas feudal Melayu juga dapat menumpang semangkuk.

Apabila Mahathir masuk, kelas-kelas ini hampir pupus kerana banyak daripada perbadanan negeri ini diswastakan oleh Mahathir untuk menjadikan mereka borjuis nasional dan komprador. Ada kelas feudal Melayu yang berubah wajah seperti keluarga feudal Negeri Sembilan, mereka bersalin kulit untuk menjadi borjuis nasional agar tidak tercicir.

Adakah saya ini antiMelayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti Melayu. Saya hanya antiperkara yang karut-marut.

Saya yakin hanya kepentingan ekonomi sahaja yang menyatukan umat manusia. Manusia berkumpul untuk kepentingan kelas ekonomi mereka. Pertembungan kepentingan kelas inilah yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang.

Perebutan punca ekonomi ini sedang dikaburkan dan dipropagandakan sebagai kepentingan bangsa, bahasa dan agama.

Saya anti sesiapa sahaja yang menjajakan perkara yang karut-marut.

Derita anak-anak mangsa ISA menggamit kebahagiaan yang tidak ditemui

Anis Nazri Foto HarakahDaily
Tatkala melihat kanak-kanak seusianya bergelak ketawa bersama ibu bapa, mulut petahnya terdiam seketika. Dia termenung, sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Air matanya bertubir di sudut matanya, dan dia berlari menuju ke rumah. Biar hilang pandangannya dari melihat kebahagiaan itu. -->-->
Hatinya sayu. Sayu mengenangkan nasibnya yang tidak seuntung kanak-kanak tadi. Masakan tidak? Sudah sekian lama dia tidak dapat berkumpul, bergembira dan bermesra dengan bapa kesayangannya. Sudah lama dia terpisah dari bapanya. Bukan kerana Allah menjemput bapanya ke alam roh, tetapi satu-satunya akta zalim ISA yang bertindak demikian!
Bagi Suhaib Mat Sah, tidak tercapai di fikirannya bahawa satu ketika nanti dia tidak dapat mengecapi kebahagiaan bersama bapanya angkara ISA. Dia sentiasa berasakan bahawa kasih sayangnya bersama kedua ibu bapanya sentiasa berpanjangan. Namun, impian itu bukanlah realiti baginya. Kini, hampir enam tahun beliau tidak dapat bermesra dengan bapanya.
Enam tahun! Bapanya masih meringkuk di Kemta tanpa sebarang bukti kukuh yang boleh disabitkan ke atasnya. Kekecewaan anak berusia 14 tahun ini, jelas tergambar apabila dia pernah bertanya kepada uminya..."apa lagi yang PM nak?", "apa lagi yang cuba Pak Lah nak buktikan kesalahan abah?".
Aduhai hati, siapalah yang tahu penderitaan dan kesayuan yang dirasai Suhaib ini. Bagi kita yang dewasa, jika kehilangan orang tersayang pun sudah cukup meruntun hati. Apatah lagi bagi Suhaib, yang menyaksikan sendiri bapanya dibawa pergi, di tengah malam, enam tahun lalu.
Bermula saat itu, hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain. Hatinya tersentuh setiap kali melihat kemesraan kanak-kanak lain bersama ibu bapa mereka. Hati kecilnya sering tertanya-tanya, bilakah abah yang dikasihinya akan menghirup udara kebebasan dan berpeluang kembali mencantum kebahagiaan mereka sekeluarga.
Seringkali Suhaib mendengus dan merungut, seolah-olah menyesali dengan apa yang terjadi. Apalah anak sekecil itu, yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang bapa mampu menghadapi dugaan maha perit ini?
Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walapun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.
'Kehilangan' abahnya cukup membuatkan perkembangannya tergugat. Anak yang kini sedang dalam proses membesar ke alam remaja sudah tentu memerlukan seorang bapa bagi membantunya menempuh alam baru.
Jika bapanya memang sudah tiada di dunia, mudahlah hati anak kecil itu dipujuk dan dikhabarkan berita itu. Malah, jika bapanya di penjara dalam tempoh yang diketahui akan berakhir sekalipun, pasti mudah dia menerimanya.
Namun, apa yang dilakukan ISA ini, benar-benar tidak berperikemanusiaan. Sudahlah terkepung tanpa bicara yang boleh membuktikan bapanya bersalah, pembebasan bapanya juga menjadi tanda-tanya dan mengikut sesuka rasa pihak pemerintah.
Baik lagikah ISA ini dalam masyarakat? Apakah ketenteraman negara ini akan terjejas sekiranya akta ini dimansuhkan seperti yang dituntut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini?
Sedangkan adanya ISA inipun keselamatan rakyat di negara ini sudah tidak tenteram. Sana sini dikhabarkan berlaku penculikan, pembunuhan, rogol, samun dan sebagainya. Tenteramkah negara ini? Selamatkah kita dengan adanya ISA ini?
Aduhai pemimpin Malaysia, hentikanlah penderitaan keluarga mangsa tahanan ISA ini. Sapukanlah air mata yang mengalir di pipi anak-anak kecil ini. Bukan Suhaib seorang menanggung derita ini, masih ada 70 keluarga lain yang menangisi dan menderita akibat ISA.
Wahai rakyat Malaysia yang prihatin, bangkitlah. Bangkitlah sekali lagi bagi membantu GMI dalam rangka usaha mereka untuk membebaskan semua tahanan ISA, selain memansuhkan akta zalim ini.
Bangkitlah menunjukkan kuasa anda mendesak kerajaan dengan kepimpinan 'baru' ini agar mendengar dan menunaikan tuntutan semua pihak seperti yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato' Seri Syed Hamid Albar dalam Utusan Melayu tidak lama dulu..."Saya akan memenuhi tuntutan semua pihak..."
Buat pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

Analisis: Katakan apa saja tentang Anwar namun Anwar tetap Anwar

Oleh Ariffuddin Ishak / mStar
SEORANG pembaca mStar, Lia Shiela, pernah menulis, 'Anugerah Pelakon Terbaik' milik Datuk Seri Anwar setelah membaca laporan yang bekas Timbalan Menteri Malaysia itu ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan di dalam laman web Malaysiakini pada bulan Disember tahun lepas.
Kononnya, laporan itu tidak berasas sama sekali dan cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku ketika itu. Kata Lia, 'lakonan' Anwar yang diibaratkan sebagai hero Bollywood itu sengaja dilakukan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.
Namun empat bulan selepas pendapat itu disiarkan, ahli politik yang selalu melaungkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pejuang reformasi telah memeranjatkan ramai pihak apabila dengan mudah memberi kemenangan besar pada Pakatan Rakyat di Pilihan Raya 12 pada 8 Mac.
Malah undian yang dijalankan oleh pihak mStar on-line ....'Adakah 'come-back' Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak besar kepada senario politik negara?' jawapan yang diterima di luar jangkaan kerana 86.8% berkata Ya, 8.2% berkata Tidak dan hanya 5% Tidak pasti.
KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT KERANA ANWAR?
Satu kemenangan yang begitu manis sekali bagi pihak lawan. Mengikut percaturan Anwar yang sememangnya seorang 'strategis' semuanya kerana satu pakatan yang bersepadu dari semua komponen baik DAP, Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di saat pihak Barisan Nasional cuba meneruskan propagandanya, Anwar dalam senyap telah membuat banyak komplot dan pakatan untuk menumbangkan parti pemerintah.
Telahan yang dibuat oleh bekas 'orang kuat' PKR, Dr Chandra Muzaffar bahawa undi simpati tidak lagi berpihak kepada PKR kerana Anwar sudah bebas dari 'sangkar besi' juga meleset.
Malah beliau kini 'terbang' bebas bagi meneruskan misi utamanya iaitu menggulingkan kerajaan.
Buktinya, pihak pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen, pencapaian yang terbaik pernah dicipta dalam mana-mana pilihan raya.
Jika di pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen, hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.Malah, isteri dan anak Anwar, Nurul Izzah kini sedang bersiap sedia ke Parlimen.
Pada akhir tahun 2006, Anwar pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun impiannya tidak menjadi kenyataan, mimpi indahnya telah direalisasikan oleh rakan-rakannya yang bersungguh-sungguh ingin menyaksikan Barisan Nasional tumbang.
Ketika isteri beliau Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga bertindak sebagai Presidan PKR membuat kenyataan yang beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen, ramai masih tertanya-tanya, adakah mungkin perkara ini akan berlaku?
Wan Azizah menyandang kerusi Presiden sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.
ANWAR SEBAGAI STRATEGIS
Anwar seorang 'orator' - pemidato yang baik dan berjaya memukau siapa saja apabila beliau berucap. Bukan setakat seorang strategis, bekas Menteri Kewangan ini juga adalah adalah seorang 'master planner' atau perancang yang bijak.
Lihat sahaja kejayaan besar PKR menghimpunkan pengikut setianya seramai 20,000 dalam perhimpunan gerila 'Black 14' sebagai mengakhiri 'zaman gelap' Anwar.
Tiada siapa sangka perancangan rapi mereka mengadakan perhimpunan itu cukup 'kebal' walaupun tanpa permit polis. Manakan tidak, Kelab Sultan Sulaiman yang selama ini menjadi saksi pelbagai peristiwa bersejarah Melayu itu kini milik Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Setelah melihat kejayaan luar biasa parti pembangkang, tidakkah kita terfikir yang faktor Anwar ini adalah sesuatu yang tidak boleh kita perlekehkan.
Tambahan dengan iltizamnya untuk membuktikan sesuatu dan 'membalas dendam' tentang ketidakadilan ke atas dirinya satu ketika dulu, seolah situasi yang ada sekarang berpihak kepadanya.
RAMALAN
Ramalan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melalui blognya juga kuat mengatakan bahawa Anwar hanya akan masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri!
Ini bukan tilik nujum Pak Belalang, Dr Khir mungkin sudah 'celik' dan banyak masa untuk membuat analisa lebih-lebih lagi setelah tidak menjadi Menteri Besar apabila tewas dalam pilihan raya umum lalu.
Beliau sendiri sedar bahawa karisma Anwar pasti akan merebak seperti virus yang menular keseluruh negara hingga mampu melumpuhkan pengaruh BN terhadap rakyat.
Dr Khir juga begitu yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.
Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.Tindak tanduk Anwar sebagai 'strategis' dan 'master planner' cukup licik. Segala gerak gempur dan perang saraf yang ingin dilakukan agak sukar dijangka.
Sememangnya kerusi yang diidamkannya adalah Perdana Menteri.
Kini timbul spekulasi yang PKR sedang berusaha memancing sekumpulan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti itu.
Cakap-cakap kedai kopi juga terngiang-ngiang bahawa bukan sahaja pemimpin Sabah dan Sarawak yang dibimbangi lompat parti, takut nanti rakyat Sabah dan Sarawak juga ikut 'sekapal' lompat-melompat dalam pilihan raya umum akan datang.
KOMPLOT
Ketika artikel ini ditulis, Anwar sedang mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak. Apa maksudnya? Beliau menafikan kunjungannya ke negeri berkenaan untuk memancing Ahli Parlimen BN.
Namun beliau sempat berseloloh, "lawatan ini bukan untuk memancing tetapi jika ada ikan (ahli Parlimen BN) di sekitarnya, kami mengalu-alukan dan menjemput mereka."
Mungkinkah Anwar "bakal Perdana Menteri"? Beliau pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dan menjadi pilihan Tun Mahathir ketika itu untuk menggantikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua. Namun satu skandal yang memalitkan ramai pihak telah mengheret beliau pada tahun 1998 dan disingkirkan oleh Mahathir.
Sebelas tahun dulu, Anwar juga sedang bersiap-siap untuk menjadi 'bakal Perdana Menteri' namun sikap penasihat-penasihat di sekelilingnya yang ingin beliau menyingkirkan Tun Mahathir lebih awal dari waktunya memakan diri.
Kini, adalah peluang kedua untuk Anwar untuk duduk di kerusi idamannya itu. Mungkin faktor itu membuat Anwar lebih berhati-hati mengatur langkah dan tidak lagi bersikap terburu-buru untuk duduk di atas takhta.
Walaupun berada dalam tahanan mahupun bebas tanpa sebarang jawatan politik secara rasmi, Anwar TIDAK pernah 'bersara'. Tanggungjawab politik yang digalasnya cukup berat dari sejak dia disingkirkan lagi.
Yang patut kita kagumi ialah sifat dan peribadi Anwar atau 'charm' yang beliau ada sehingga berjaya memikat bukan sahaja kawan-kawannya di Barisan Alternatif seperti Tian Chua, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang juga isteri dan anak tercinta untuk berjuang bagi pihaknya tetapi telah berjaya memikat hati seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi parti lawan.
Siapa kata 'faktor' Anwar sudah berlalu? Orang-orang yang berkata ini berada 'in denial' kerana menafikan satu hakikat dan realiti yang sedang berlaku di depan mata. Larangan politik yang dikenakan ke atasnya bukan penghalang tapi penggerak untuknya merancang komplot yang lebih hebat.
Apakah kejutan yang menanti kita sekembalinya Anwar 'melancong' ke Sabah dan Sarawak? Adakah tanggal 28 April bakal mencetuskan fenomena baru? Mantan Perdana Menteri pernah berkata Anwar bermimpi di siang hari.
Katakan apa saja tentang Anwar - 'Pembelot', 'Manusia angkuh' mahupun 'Pelakon Bollywood', namun Anwar tetap Anwar. Tindak-tanduknya tegas dan licik, sekeras laungannya..."lawan tetap lawan!"

23 April 2008

Najib pembawa zaman gelap

Dr Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh Hamzah membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Ahmad Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh telah dijadikan batu loncatan oleh Dr Mahathir. Razaleigh mewakili politik lama, politik era Tunku Abdul Rahman – politik the British clubby gentleman – yang menuntut setiap kata dikotakan.Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Dr Mahathir inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokrasi. Justeru, Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.Sayugia, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib? Malah minggu lalu media arus perdana juga 'terjerat' dengan tipu helah Dr Mahathir apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Dr Mahathir ini bertujuan menaikkan syahwat Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri. Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul. (Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman masa hadapan)Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur - menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir. Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video - menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir. Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import), manakala tukang lipat spesies jantannya pula Nazri Aziz yang tersangkut dengan 600 permit teksi. Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.Apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan - di mahkamah, seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.Najib lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim. Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri. Manusia seperti Najib ini adalah "model" (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.Dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya - sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ke arah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.Jadi siapa sebenarnya Najib?Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup. Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek, Najib demi membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang 'dianggapnya' Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena "jantan di barisan lain dan betina di barisan lain" - ia akan terjadi lebih daripada itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.Buktinya: Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai 'ilmuwan Islam' telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah disambut dan disokong oleh Najib. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam.Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen. Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung bawah Dr Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan. Menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy. Salah bacaan politik jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation. Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri: Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Dipetik dari hasil tulisan Hishamuddin Rais