17 September 2008

8 Sebab Kenapa Pak Lah Wajib Serah Kuasa Kepada Anwar Ibrahim

Ada banyak sebab kenapa Paklah Badawi harus, mesti dan WAJIB serah kuasanya kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Antara sebabnya2 akan dihuraikan... Sebabnya ialah:-

1) Anwar Ibrahim hampir menjadi Perdana Menteri yang ke-5 jika tidak dianiayai oleh Dr.Mahathir pada waktu dulu dan Paklah Badawi yang diambil oleh Dr.Mahathir ketika itu hanyalah untuk mengambil hati Rakyat Pulau Pinang yang marah dengan keputusan Dr.Mahathir itu.

2) Kedudukan Politik Pulau Pinang sekarang ini unik dan tidak sama dengan negeri2 lain. Contoh jika Paklah Badawi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada waktu ini dan menyerahkan kuasanya kepada contohnya; Najib (Pahang), Muhyidin Yassin (Johor), Ku Li (Kelantan). Ok, apakah jika salah seorang mereka ini yang menjadi Perdana Menteri, adakah Pulau Pinang akan terus dipandang mereka? Adakah peruntukan akan terus diberikan kerana P.Pinang adalah negeri pembangkang dan mustahil peruntukan pembangunan akan disalurkan. Dan rakyat Pulau Pinang akn terus derita...

3) Selepas Paklah letak jawatan, beliau akan jadi seperti Dr.Mahathir yang akan sentiasa dihentam oleh orang yang menggantikannya sepertimana yang dirasai oleh Dr.Mahathir sekarang ini dan di Pulau Pinang, Abdullah akan senasib dengan Anwar Ibrahim kerana mereka orang PULAU PINANG.

4) Anwar adalah orang Pulau Pinang, maka jika beliau menjadi Perdana Menteri, Rakyat Pulau Pinang akan terus menikmati kesan pembangunan di samping pembangunan negeri2 lain kerana Anwar sayangkan semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

5) Anwar Ibrahim lebih dikenali di seluruh dunia dan antara Pemimpin Politik yang cukup berpengaruh dan diiktiraf oleh beberapa negara Islam sebagai seorang Pemimpin. Beliau boleh meningkatkan ekonomi Malaysia kembali seiring dengan negara membangun yang sekarang ini sudah jauh meninggalkan negara kita.

6) Anwar Ibrahim sudah berjanji akan mengurustadbir negara ini dengan lebih cekap, dan akan menjadikan rakyat kembali menikmati taraf hidup yang lebih stabil dengan keadaan ekonomi yang lebih kukuh. Pakatan Rakyat berjanji dan Barisan Nasional juga berjanji, tetapi mengapa kita hanya memberi peluang kepada Barisan Nasional sahaja yang memerintah negara?

7) Bayangkan kita ni sedang minta kerja. Ada 2 kilang yang ada kerja kosong. Kilang yang pertama tawarkan gaji rm1500 sbln, kilang kedua rm1000 sbln. Kilang pertama ada jual minyak petrol dgn harga rm2.00/liter dan kilang kedua jual rm2.55/liter. Kilang pertama nak bagi pendidikan percuma untuk anak-anak pekerja, kilang kedua nak kenakan yuran. Kedua-dua kilang yakin yang pengurusan mereka akan bertambah maju. Adakah kita nak jadi hipokrit untuk berkata kilang kedua lebih bagus dan sanggup hidup susah semata2 yakin dengan masa depan kilang kedua tu?

8) Rakyat Malaysia sudah cukup kenal dengan Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional!Itu saja yang dapat saya huraikan sebab2nya, ada yang setuju? atau ada yang nak tambah lagi? kalau nak bangkang, biarlah kena pada tempatnya...janganlah membabi buta hentam pembangkang...

1 comment:

Semut Merah said...

sdr yg dihormati,
jika dibandingkan sabah dan p pinang, p pinang 70% kedepan berbanding sabah 35% saja taraf pembangunannnya... jaringanjalanraya di pedalaman sabah terlalu daif, seolah-olah baik lagi ketika zaman British dahulu...
contohnya, jalan raya daerah Kota Belud, masih yang terburuk malah antara yang terburuk di Asia tenggara..., sejak UMNO menawan Kota Belud, tidak ada penaiktarafan yang dilakukan, apa yang ada adalah janji -janji KOSONG, Diskriminasi kaum terlalu menebal, kawasan Muslim didutamakan, perkampungan orang Dusun Tobilung, Tindal, Kadazan di biarkan..., kami mengharapkan Anwar Ibrahim..., Kami sudah bosan dengan Barisan BN yang yang sudah terlalu lama pegang kekuasaan,kebanyakan pemimpinnnya TIDAK Kreatif untuk membangunkan rakyat secara adil dan saksama, walhal Agama Islam itu dikatakan ADIL untuk semua bangsa, so...pada kami yang tiada kedudukan ini, menyokong penuh DSAI untuk ganti PAKLAH..., pak lah hanya sesuai jadi imam dimesjid, jika diteruskan juga pelabur2 asing akan takut, dan menarik balik pelaburan sebab huru hara, ISA diguna sewenang wenang... kes altantuna yg melibatkan kerajaan dilambat lambatkan proses pengadilannya... lama lama Allah akan marah rujuk BLOG " TOBURON TODAY"