07 October 2008

JAKIM yang tak berKUASA

Rasanya soal halal haram barangan pengguna Islam seolah-olah seperti dipandang remeh oleh pihak JAKIM. Apa yang mengelirukan terdapat beberapa barangan yang dijual di pasaran yang berlabel Halal JAKIM langsung tidak dapat dikesan dalam direktori halal JAKIM sendiri. Soalnya mengapa hal ini terjadi.

Sebagai seorang yang beragama Islam apabila kita mendapat maklumat daripada artikel-artikel yang dibaca, kita berasa bimbang dan ragu akan kesahihan logo halal JAKIM tersebut.

Kita kerap kali terbaca sama ada dalam forum atau dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri tentang keraguan sesuatu produk itu.Tapi sayangnya pihak JAKIM gagal menanganinya dengan baik.Isu Roti High5 dan produk Syarikat Silver Bird yang dikatakan mengandungi lemak babi sampai sekarang masih belum terjawab.

Kita dapat lihat apabila produk syarikat tersebut masih terjual dengan logo halal JAKIM.Tapi apa yang mendukacitakan apabila dirujuk pada direktori halal JAKIM tidak ada sebarang pengesahan halalpun.

Begitu juga dengan isu barangan Apollo dan Wall's yang heboh diperkatakan terdapat sumber yang tidak halal digunakan, pihak JAKIM langsung tidak memberikan sebarang respon.Hanya pihak syarikat terbabit sahaja yang mengeluarkan kenyataan.

Sebagai pengguna kita masih lagi terkeliru dengan penggunaan kod E pada kandungan makanan yang kita tahu ia merupakan kod yang digunakan bagi lemak haiwan dan sayuran.Tetapi soalnya berapa ramai pengguna Islam yang tahu tentang kod tersebut.Yang menghairankan mengapa sumber lemak sayuran juga menggunakan kod E. Apakah pihak JAKIM hanya berpeluk tubuh sahaja.Tiada langsung usaha untuk membezakan antara kod bagi lemak haiwan dan lemak sayuran.

Tidak perlu pergi lebih jauh, sosej yang dikatakan menggunakan sumber lemak babi tidak lama dulu juga sampai sekarang tidak dimaklumkan tentang syarikat mana yang terbabit.Hal ini sangat mendukacitakan kita di mana para pemimpinnya sentiasa mencanangkan untuk menjadi pengeluar makanan halal terbesar di dunia.

Itu belum lagi yang berkaitan dengan pakaian seperti kasut,selipar dan dompet yang sesetengahnya dikatakan menggunakan kulit babi.

Kepada para pegawai yang duduk di kerusi empuk di JAKIM tu jangan lena kat sana.Jangan biarkan umat Islam makan makanan yang bersumberkan haram.Rasanya tidak salah mewujudkan satu program di RTM yang dapat menjelaskan tentang semua ini.Jangan makan gaji buta aje.

No comments: