27 April 2008

Perihal Gila Kuasa

Maka kini, Anwar Ibrahim dituduh gila kuasa. Yang menuduhnya, YB Bung Mukhtar Radin daripada Kinabatangan. Boleh dibaca dalam The Star hari ini.

Pertamanya, kalau satu ketika dahulu Adun-Adun PAS Kelantan dipujuk menyertai BN ‘demi kepentingan Kelantan’, maka apalah salahnya MP-MP BN dipelawa menyertai PR ‘demi kepentingan Malaysia’?

Tidak beerti kita menghalalkan sebarang usaha pembelian MP-MP itu. Kalau betul mereka dibeli, wajib kita menentang habis-habisan. Tetapi kalau peralihan platform itu berlaku atas dasar melangkah ke satu tahap yang lebih baik, yang lebih telus, dan lebih bersih, untuk rakyat di akhir jalan, maka pulangkanlah yang hak kepada yang empunyanya.

Kata Bung Mukhtar lagi:

Bung Mokhtar said claims by Anwar that Barisan MPs were ready to crossover was a political gimmick that showed that he was suffering from a craze for power.
He said Anwar must accept the fact that Barisan holds the majority in Parliament and his Pakatan Rakyat coalition had lost the general election.


Kalau betul gimik, tak perlulah dilayan. Buang masa,kan? Biarlah Anwar dengan gimik serta khayalannya, yang dilayan bersungguh-sungguh buat apa?

PR mungkin tewas dari aspek kerusi Parlimen, tetapi dari konteks penguasaan negeri termasuk Wilayah Persekutuan KL, PR tawan 6 BN tawan 8. Itu namanya kalah tipis, apa saja bisa berlaku untuk ‘menterbalikkan keputusan’ seandainya rakyat mahu.

Saya fikir tak timbul soal gila kuasa. Anwar mengakui bahawa ada MP BN Sabah dan Sarawak yang menemui beliau sehingga ke Dubai dan Hong Kong. Bukan beliau yang kepingin mahu jumpa, mereka yang datang jumpa. Maka siapa yang gila, yang mahu merampas atau mahu mempertahankan diri daripada dirampas?

Meminjam kata-kata Datuk Ustaz Ismail Kamus. Ini bukan saya cakap, Ustaz Ismail Kamus yang cakap:

“Kita bukan gila kuasa. kita cuma nak mengambil kuasa daripada orang gila.”

No comments: