22 April 2008

Awas Hadis Palsu: Bacaan Al-Qur'an atas kubur satu Bida'ah

By: Azamin Amin

Hadis-hadis palsu seringkali digunapakai dalam amalan segelintir umat Islam yang perlu diperbetulkan malah wajar dibanteras penggunaan hadis tersebut dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menjadi lebih berleluasa.Sebagai renungan beberapa contoh yang disebarkan yang wajar dikaji semula adalah membaca Al-Qur'an ketika ziarah kubur yang bersandarkan kepada satu hadis iaitu : " Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada hari jumaat dan membacakan surah Yassin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan".Hadis sebegini telah dijadikan dalil untuk menjustifikasikan amalan membaca Al-Qur'an dikubur, kononnya amalan itu adalah suatu sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.Sedangkan ia merupakan sebuah hadis palsu yang mana kepalsuannya telah ditegaskan oleh para ulama hadis seperti Ibn Adiyy dalam Al-Kamil Fi Ducafa' Ar-Rijal, Az-Zahabi dalam Mizan Al-Ictidal Fi Naqd ar-Rijal, As-Suyuti dalam Al-Laili' Al-Masnu'ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu'ah.Satu lagi hadis palsu berkaitan membaca Al-Qur'an dikubur ialah yang bermaksud, " Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian dia membaca Al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan Al-Hakumut Takasur, lalu ia berdoa : " Ya Allah, Kuhadiahkan pahala pembacaan firman-mu pada kaum mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya ( pemberi syafaat ) pada hari kiamat".

No comments: