25 April 2008

Isteri Khir Toyo Cuba Songlap RM9.9 Juta??

Biasalah, nak tulis blog. Tajuk mesti pancing dan panas. Haha.

Aku terbaca pembongkaran dalam dua artikel dalam The Sun hari ini. Tulisan R. Nadeswaran.

Kalau ada yang tak pernah dengar nama itu, Nadeswaran merupakan antara orang lama dalam dunia kewartawanan Malaysia.

Pernah memenangi anugerah Journalist of The Year oleh Institut Kewartawanan Malaysia tiga tahun berturut-turut.

Terbaru, beliau bersama Terrence Fernandez memenangi Excellence in Public Service Journalism Award yang dikelolakan oleh Persatuan Penerbit-Penerbit Asia.

Ceritanya tentang isteri bekas Menteri Besar Selangor yang mengepalai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) - persatuan untuk para isteri wakil-wakil rakyat Selangor.

Tiga hari selepas kalah pilihan raya, Datin Zaharah buat mesyuarat tergempar.

Tujuannya untuk bubarkan Balkis dan tutup akaun. Esoknya, akaun Balkis ditutup dan wang dipindahkan ke sebuah akaun.

Kemudiannya dipindahkan ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti). Faham-fahamlah kenapa. Haha.

Berapa nilainya? RM9.9 juta. Ya, banyak wahai rakan-rakan pembaca sekalian.

13 Mac, notis pembubaran dihantar ke ROS. Termasuklah cadangan pindaan perlembagaan dan penubuhan persatuan baru. Balkis-BN, antara nama yang dicadang.

Satu sumber dalaman kata, ini untuk memastikan pertubuhan tersebut tidak jatuh ke tangan pembangkang dan wang tersebut kekal dalam genggaman mereka sesudah persatuan baru ini tertubuh kelak.

Malangnya, ROS hantar semula surat beritahu pembubaran mereka tidak lengkap.

Malangnya, Khalid Ibrahim - big boss baru Selangor hantar surat supaya ROS siasat dan audit tentang Balkis.

Sebab?

Kalau ikut perlembagaan Balkis, presiden persatuan tersebut mestilah isteri kepada Menteri Besar Selangor melainkan beliau sakit atau tak mahu jadi Presiden.

Maka, tiga hari selepas pilihan raya, Datin Zaharah bukan lagi isteri Menteri Besar. Khalid Ibrahim kahwin dengan orang lain.

Namanya Puan Sri Salbiah Tunut.

Maka, apakah status mesyuarat tergempar dan pemindahan wang RM9.9 juta tersebut? Kalian fikirlah sendiri.

Mungkin ada orang boleh kata, itu duit mereka - biarlah ingin dipindahkan walau ke mana.

Tahukah anda dari manakah datangnya RM9.9 juta tersebut? Semuanya sumbangan syarikat kerajaan negeri - Kumpulan Darul Ehsan Bhd menyumbang RM268,862 dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi RM 590,379.
Duit ini untuk kebajikan siapa? Fikirlah sendiri.

p/s: Begitulah kasih sayang para isteri wakil rakyat. Kesedihan tumpas di tangan Pakatan Rakyat dikongsi jua oleh mereka.

Biar kami turut berjuang untuk abang!

No comments: