22 April 2008

Pembinaan Jambatan kedua di P Pinang ditangguhkan

KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah ditangguhkan berikutan masalah untuk mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk yang terbaik dan kos pembinaan yang meningkat.
“Ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya. Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan.
“Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asean Eropah, di sini hari ini.
Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab-sebab pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dikaji semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Beliau juga menjelaskan bahawa selain daripada pembinaan jambatan ini, ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.

No comments: