30 July 2008

Bila lubang dah bocor . . .

By : Raja Petra Kamarudin



Pada 21 Julai 2008. saya telah siarkan satu artikel di kolum yang sama.................

Dalam artikel itu saya ada menyebut perkara berikut:

Cuba anda perhatikan. Mereka telah meminta seorang doktor tertentu daripada sebuah hospital tertentu melakukan siasatan ke atas Saiful. Doktor itu berbuat demikian dengan satu laporan bahawa tidak ada bukti yang Anwar pernah menjolok ataupun meliwat anak muda tersebut. Polis kemudian tangkap dan tahan doktor itu selama tiga hari. Walaupun mereka cuba pujuk doktor tersebut menukar laporannya untuk mengaitkan Anwar , doktor itu enggan berbuat demikian.

Sehingga hari ini doktor itu masih bertegas dengan laporannya bahawa tidak ada bahan bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu dia akan merana kerana tindakannya, tetapi dia tidak peduli. Dia tidak akan mengubah laporannya dan berkata bahawa Anwar telah meliwat Saiful, tidak kira apa yang akan mereka lakukan ke atasnya. Kerana terdesak polis terpaksa melepaskan Anwar dengan ikat jamin ataupun ‘police bail’ Doktor tetap enggan mengubah laporannya dan Anwar pula tidak mahu memberikan contoh spesimen secara sukarela.

Baiklah, nama doktor itu ialah Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) yang kini sudah membawa keseluruhan ahli keluarga beliau lari bersembunyi kerana pihak polis sedang mencari beliau untuk menukar laporan perubatannya.

Pada 2.00 pm pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan telah berjumpa Dr. Mohamed Osman untuk mengadu dia kesakitan di bahagian duburnya. Saiful memberitahu doktor itu yang dia telah diliwat oleh seorang yang sungguh ternama – maksudnya beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman telah memeriksa Saiful tetapi tidak mengesan sebarang bukti yang dia telah diliwat, baik oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa sahaja yang lain. Laporan doktor itu yang boleh dilihat di Malaysia Today (salinan & penjelasan catatan doktor dapat dilihat di sini: Medical report demonstrates Anwar Ibrahim's innocence) mengatakan tidak ada kesan kulit yang mengelupas (o), zero (o) pendarahan, zero (O) keadaan menanah, dan lain-lain lagi. Pada asasnya ini bermakna dia tidak boleh merasa sakit di bahagian duburnya seperti yang dia mendakwanya.

Diagnosis doktor itu telah TRO (to rule out) yakni menafikan berlakunya serangan (sodomi). Dengan lain perkataan Saiful Bukhari Adam tidak pun menanggung sebarang kesakitan di duburnya dan dia tidak pun diserang ataupun diliwat di kawasan dubur itu.

Saiful kemudian berkata dia mahu membuat satu laporan polis, kerana itu Dr. Mohamad Osman mencadangkan agar dia pergi membuat pemeriksaan perubatan kedua di sebuah hospital kerajaan. Itulah yang dilakukan oleh Saiful dan doktor kerajaan pun membuat diagnosis yang serupa. Tetapi Saiful tetap membuat laporan polis di pondok polis di hospital itu. . .

Walaupun doktor telah memperakukan bahawa Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes tersebut. Anwar Ibrahim telah ditangkap akhirnya oleh lebih kurang 20 anggota gerak gempur yang berpakaian ‘balakalvas’ (bertopeng) dan lengkap bersenjata berat ala satu filem drama, di hadapan rumah beliau walaupun dia telah membuat pengakuan bahawa dia akan berada di balai polis pada 2.00 pm seperti yang dikehendaki.

Polis telah menahan Anwar di lokap sehingga keesokan paginya dan membawa beliau ke hospital untuk pemeriksaan dan cuba mendapatkan contoh DNA kerana polis berkata tujuannya mahu menyimpan satu profil DNA itu. Hakikat polis sudahpun ada menyimpan satu profil DNA Anwar pada 1981 dahulu, dan dua orang doktor daripada dua buah hospital sudah memperakukan bahawa Saiful tidak pernah diliwat tidak dipedulikan oleh pihak polis.

Jelas kerajaan cuba mereka cipta bahan bukti terhadap Anwar dan cuba mengenakan beliau berasaskan dakwaan palsu . Siapa lagi yang sanggup buat kerja busuk itu selain daripada si laknat AG dan si laknat KPN. Inilah dua orang laknat Allah yang sama melakukan kerja busuk yang serupa pada episod 1998 dahulu dan merekalah juga yang mendalangi kerja busuk yang sama.

Laporan doktor telah menyebutnya dengan jelas bahawa Saiful tidak pernah diliwat oleh Anwar ataupun sesiapa. Kenapakah kerajaan masih meneruskan kes itu terhadap Anwar? Kenapakah mereka mencari doktor yang kini sudah pergi lari bersembunyi bersama dengan ahli keluarganya?

Pertubuhan orang awam, NGOs dan Majlis Peguam Malaysia mesti mula bersuara dan jangan asyik diam membisu. Polis pernah menahan doktor itu selama tiga hari tetapi dia masih tetap enggan mengubah pendiriannya. Anwar tidak meliwat Saiful dan laporan doktor itu menyebut dengan jelasnya. Polis juga mempunyai satu salinan laporan yang sama seperti yang saya siarkan di bawah ini, jadi mereka tahulah apa yang saya juga tahu. Kini rakyat Malaysia juga sudah tahu apa yang saya dan pihak polis tahu - bahawasanya Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa.

Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)

No comments: