11 February 2009

Kubur Politik Najib Di Bukit Gantang

Mengimbas kembali pertempuran di antara Nazi Jerman dan Soviet Union.

Ketumbukan Nazi telah menyerang Soviet Union. Mereka mahu memancung kepala Josef Stalin dan menawan Moscow.

Sepanjang merentasi Siberia, tentera infantri dan artileri Nazi hanya menghadapi tentangan - tentangan ringan dari gerombolan kecil askar Soviet. Semuanya berjaya dipatahkan dengan mudah.

Ketika itu musim dingin. Tentera Nazi pastinya berada dalam kesejukan, keletihan dan kekurangan makanan. Kuda - kuda tunggangan telah disembelih dan askar - askar mula kelihatan tidak bermaya.

Namun perjalanan ke Moscow tetap diteruskan. Mereka yakin ramai askar Soviet sudah mati terbunuh dan bakinya lari lintang pukang. Mereka yakin mereka akan berjaya melanggar Moscow dengan kekuatan tentera dan kecanggihan persenjataan Jerman.

Sikap terlalu yakin dan angkuh Tentera Nazi akhirnya memakan diri. Sesampainya mereka di pinggiran bandar Moscow tiba - tiba keluarlah ribuan askar Soviet menggempur kedudukan mereka.

Tentera Nazi tidak menyangka 'The Red Army' sengaja membiarkan mereka menceroboh jauh ke dalam wilayah Soviet.

Mereka tidak tahu bagaimana hendak berundur. Kuda telah disembelih dan jentera artileri pula sudah kehabisan minyak. Mereka terkepung di tengah - tengah kesejukan musim dingin. Dalam keadaan terpinga - pinga ini ribuan tentera Nazi mati dibunuh begitu sahaja.

Dan di situlah kubur besar mereka, di sebuah tempat yang indah diselaputi salji memutih.

Di Malaysia kubur besar ini boleh ditemui di Bukit Gantang. Ya, ia adalah kubur politik UMNO. Sejarah bakal terpahat di sini di mana rakyat akan memerah seluruh tenaga demi memberikan pukulan maut terhadap karier politik Najib Razak. Maha Suci Tuhan yang telah memberkati tanah Bukit Gantang.

Bukit Gantang bukan pertembungan di antara PAS dan Umno, bukan juga pertempuran di antara Pakatan dan BN. Ia adalah peperangan di antara rakyat marhaen Perak dengan Umno.

Ia adalah kubur politik Najib Razak. Di sinilah Najib bersama - sama balachi dan penjilatnya akan dikucing kurapkan oleh rakyat jelata.

Tidak dapat dinafikan rakyat kecewa dengan Tuanku Sultan Azlan Shah. Tetapi kemarahan rakyat memuncak apabila mendapati Najib memanipulasi istana bagi menjatuhkan Nizar.

Inilah kesilapan besar Najib. Najib memilih Perak sebagai gelanggang pertarungan sedangkan rakyat Perak bukanlah bodoh seperti beliau.

Najib lupa bahawa Nizar telah berjaya meraih sokongan rakyat Perak dari segenap bangsa dan agama.

Nizar disayangi orang Cina, Nizar dihargai orang India, Nizar dihormati orang Melayu bahkan kelibat Nizar dirindui staf kerajaan yang bekerja di Bangunan S.U.K.

Kealpaan dan keangkuhan Najib merampas kuasa akhirnya akan memakan diri jua.

Kemusnahan yang dibawa Najib telah membakar sentimen anti-BN di kalangan warga Perak. Kini rakyat jelata bangkit menyahut seruan Nizar untuk menguburkan karier politik Najib di Bukit Gantang.

Kita akan lihat bagaimana rupa bentuk pembalasan ke atas Najib Razak nanti. Kita akan saksikan sendiri detik - detik akhir Najib Razak -- saat ketika beliau rebah tersungkur di penghujung koridor kuasa. Najib dan balachi - balachinya akan menerima nasib yang sama seperti tentera Nazi yang angkuh!

Dan kepada Sultan Azlan Shah, ketahuilah sambutan jubli perak ulang tahun ke 25 pemerintahan Tuanku bakal berlangsung dalam keadaan lesu dan hambar. Tuanku telah melukakan hati rakyat jelata. Tuanku telah menzalimi rakyat jelata. Tuanku telah menafikan keadilan untuk Nizar.

Tuanku telah memuja perasuah dan tuanku telah menghina pemimpin yang amanah. Tiada apa yang patik minta melainkan balasan dari Tuhan Yang Maha Esa untuk raja yang zalim...
Petikan drp Blog M@RHAEN

No comments: